Sunday, September 21, 2008
Coretan di bulan Ramadhan yang penuh Keberkatan dan Salam Lebaran 1428 Hijrah...
Alhamdulillah, ari ni dah nak masuk 21 hari umat Islam berpuasa pada tahun 1428 Hijrah ni.. Alhamdulillah, sempat jugak bertemu sekali lagi bulan yang penuh keberkatan ini.. Tahun depan belum tentu lagi sampai umur ke tak...
Sebenarnya banyak perkara nak diceritakan tapi banyak lagi kerja nak disettelkan sebelum balik Purun semula ni.. Takpalah, tulis jelah mana-mana yang terlintas di fikiran ni..
Pertamanya, hati ni gembira sangat bertemu lagi di bulan yang mulia ni, " Syukur sangat-sangat Ya Allah, ada rezekiku lagi bertemu bulan Ramadhan ni... " Walaupun tahun ni tahun pertama berpuasa tak sepenuhnya bersama keluarga tapi alhamdulillah semua okay.. Awal Ramadhan & setiap hujung minggu dapat juga bersahur & berbuka bersama keluarga.. Alhamdulillah, Allah mudahkan setiap urusan selama ni... Tapi yang tak bestnya, awal-awal lagi, baru 3 hari Ramadhan, dah ada orang ofis pasang lagu raya.. Katanya, saja suruh iqa rindu kat kampung.. Ada ke patut?? Sedih tau... Bukan ingat kat kampung tapi sedih sebab Ramadhan baru bermula, puasa pun belum tentu selesai lagi dah sibuk dengar lagu raya.. Kalau boleh dengarlah lagu-lagu nasyid Ramadhan, baru terasa berada di bulan Ramadhan selain ibadah Terawih.. Ni tak, lagu raya jugak yang kedengaran selalu.. Lagu bulan Ramadhan tu boleh kira je berapa kali dengar... Betul-betul sedihlah... Tapi alhamdulillah, ku banyak koleksi lagu-lagu nasyid & zikir selawat, teman hiburan pendidik jiwa.. Walaupun bukan nasyid Ramadhan tapi okaylah dari dengar lagu-lagu raya di awal-awal ramadhan tu...
Yang keduanya, Alhamdulillah, diriku dah boleh sesuaikan diri kerja di tempat baru.. Belajar hidup berdikari & belajar berjimat kat sana sebab nak balik Kuantan selalu.. Huhuhu... Kerja pun dah okay walau banyak lagi yang perlu dipelajari.. Sekarang ni, pegang pentadbiran kewangan sekolah.. Hari-hari mengadap kakulator, komputer, baucer2, cek dengan buku2 tunai tambah jumpa pembekal-pembekal.. Mula-mula dulu pening jugak sebab memang ku tak suka langsung bab-bab kewangan ni.. Tapi apa yang ku tak suka tulah yang selalu ku kena hadapi.. Dugaan, dugaan.. Betullah kata orang, kalau tak suka, tak boleh tunjuk sangat kita tak suka.. Takut berbalik semula pada kita.. Tapi alhamdulillah, berkat belajar, bertanya & semangat yang sungguh2 nak kerja, dah boleh buat semua.. Sampaikan Ketua Jabatan terlupa yang Pembantu Tadbir sorang ni orang baru dan baru je mula kerja. Sebabnya dah boleh urus semua kerja dengan baik.. Dah memang jenis yang tak suka tangguh-tangguh kerja sebab tu apa yang boleh disiapkan akan segeralah disiapkan... Senang.. Bila ada Audit Mengejut, takdalah pulak terkejut nanti...Hehehee....
Sebenarnya semua ni kubelajar dari tempat kerja lama ( IT Department, UIA Kuantan ). Bos kat sana, Dr. Jamal & Abang-abang kat sana ( Abg Azam, Abg Nizam, En. Naser, Abg Hamzah, Abg Mizi, Abg Roslam, Abg Man, Wan, Zura ) banyak membantu membuka minda dalam alam pekerjaan ni.. Terima kasih banyak-banyak.. Rindu betul kat ofis lama sebab banyak sangat kenangan manis kat sana... Tapi takpalah, ini jalan yang ku pilih, insyaAllah adalah hikmah yang tersirat tu.. Dan apa yang pasti semangat nak sambung study tu makin berkobar-kobar sekarang.. InsyaAllah, ada rezeki tahun depan lepas sah jawatan, bolehlah mula sambung belajar.. Ramai sangat yang beri dorongan ke arah tu, itu yang makin bersemangat tu.. Semoga Allah permudahkan hasratku ni. insyaAllah...
Cerita pasal bulan Ramadan ni.. Biasalah macam tahun-tahun lepas bab makan, biasa masak je, tak beli sangat.. Kalau teringin pun beli murtabak je, sebab tak berapa pandai nak buat.. Yang lain-lain, masak simple-simple je.. Sebab makan pun tak banyak.. Air je minum banyak sebab cuaca sekarang panas sangat.. Sebabkan cuaca panas sangat, dah kena sakit tekak, batuk, & demam panas sampai hilang suaraku ni hampir seminggu lebih... Tapi orang ofis cakap, diriku demam sebab rindu kat mama.. Bak kata abg hamzah ( masa mesej friendster ari tu ), 'Home sick'.. Apa-apa jelah.. Sekurang-kurangnya ku tau, sedikit sebanyak sakit tu penghapus dosa-dosa kecil.. Alhamdulillah, dah okay cket sekarang cuma batuk je sikit-sikit lagi.. Harap-harapnya sebelum raya, sempatlah baik, insyaAllah..
Sebut pasal Raya ni, insyaAllah tahun ni keluargaku akan beraya kat Melaka & Negeri Sembilan.. Balik kampung!!! Kampung abahku sebenarnya tapi buat-buat macam kampung sendiri.. Yang seronok tu, nak jumpa anak buah kesayangan sebenarnya, Abdul Rahman & "Pakwa" lama...Hehehee.. Aman dah pun pandai cakap, dah boleh belari & dah faham apa yang kita cakap, seronoklah sangat melayan dia.. Yang lagi best tu, antara perkataan pertama yang Aman sebut adalah Angah.. Gembiranyalah dapat dengar dia sebut Angah.. Mana taknya, dah jaga dia dari umur 2 minggu sampai umur setahun, asyik dengan Mak Ngah je, itu yang boleh sebut angah cepat tu sebab asyik dengar nama Mak Ngah je.. Hehehee.. 07 hb 10 nanti, cukup umur aman 2 tahun.. Kejap je rasanya masa berlalu.. Lahirnya malam 15 Ramadan, Ulangtahun pertama 27 Ramadan dan Ulangtahun kedua pada 7 syawal.. Besar dah anak sedara Mak Ngah sorang ni.. Semoga menjadi anak yang baik, Soleh & taat pada Allah, Rasul dan ibubapa.. Mak Ngah doakan yang terbaik selalu buat aman, sihat dan gembira selalu, insyaAllah...
Pasal persiapan raya, biasa-biasa je.. 2 helai baju raya, dan buat 4-5 jenis kuih raya ( InsyaAllah minggu depan balik, baru mula buat ) Biasalah, buat tat nenas, almond kuantan, biskut arab, biskut mazola, kek batik dan kek coklat.. Yang mudah-mudah je.. Tahun ni Alang je tak dapat berhari raya bersama sebab masih kat Sabah lagi, Operasi tak habis lagi.. Takpalah, nanti bila Alang balik Kuantan dekat-dekat Depavali nanti, Angah buat persiapan raya untuk Alang pulak ye, insyaAllah.. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar, insyaAllah..
Ramadhan dan Hari Lebaran pengikat tali silaturrahim antara kita.. Saling bermaafanlah kita di bulan yang mulia ni.. Sempena hari baik, bulan baik ni, Saya nak minta maaf banyak-banyak ye.. Andai ada tersilap kata, bicara, perbuatan, perkataan, dan sebagainya sengaja @ tak, mohon dimaafkanlah ye.. Halalkan semua makan minum & ilmu yang diberi.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin buat semua.. Salamku buat semua... Berhari raya nanti janganlah lupa pada yang dah tiada, pada yang susah & sama-samalah kita manfaatkan Ramadhan & Syawal sebaik-baiknya... Selamat meningkatkan lagi ibadah di akhir-akhir Ramadhan ni, Selamat mengutip sebanyak mungkin mutiara-mutiara di bulan barakah ni. Selamat Berhari Raya & Selamat Berpusa Sunat 6 di bulan Syawal nanti....
Bersamalah kita teruskan amal ibadat dalam mencari keredhaan dan keampunan Allah di bulan yang mulia ni.. Sama-sama kita banyakkan berzikir dan berdoa.. Semoga amalan kita diterima Allah, Semoga kita diampuni dan dirahmati hidup di Dunia & Akhirat, insyaAllah...
" Ya Allah, ampunilah dosa dan kesalahan kami, terimalah amal ibadah kami, tambahkanlah keimanan dan ketaqwaan dalam diri kami, tambahkanlah nilai syukur ke dalam diri kami, janganlah dipesongkan hati kami sesudah Tuhan kami berikan kami petunjuk taufiq dan hidayah kepada kami, cukupkanlah kami dengan rezeki yang halal lagi berkat, kurniakanlah kami pasangan yang boleh membimbing & bertanggungjawab, kurniakanlah kami zuriat yang soleh/solehah dan keluarga yang bahagia penuh sakinah, kurniakanlah kami kesihatan yang baik dalam beribadat kepada-Mu, luaskan pintu-pintu rezeki yang baik untuk kami, jadikanlah kami dari golongan yang memberi dan janganlah jadikan kami dari golongan yang meminta, permudahkanlah setiap urusan kami, akhirilah umur kami dalam iman dan keadaan yang baik-baik, sempatkanlah kami menunaikan ibadah haji, jauhilah kami dari azab kubur, azab api neraka, luaskanlah kubur kami & pemudahkanlah kami melalui titian Siratulmustaqim-Mu, Ya Allah, dan berkatilah dan rahmatilah hidup kami di dunia dan akhirat... Hanya padamu kami memohon Ya Allah.. Perkenankanlah setiap permintaan kami Ya Allah.. Amin.. Ya Rabal Alamin...."
Ramadhan...
Kedatanganmu sentiasa dinanti penuh gembira..
Pemergiaanmu ditangisi penuh syahdu...
Lailatur-Qadar malam yang selalu dinanti..
Malam yang terbaik dari seribu bulan..
Rahmat, Keampunan dan Redha Allah
Terlalu banyak dan setiasa menanti..
Allah rindu akan rintihan dan doa hamba-hambanya..
Sama-samalah kita mencari keredhaan Allah
Di hari-hari terakhir Ramadhan yang mulia ni..
Allah.. Allah.. AllahuAkhbar.......
Salam Ramadhan & Salam Syawal 1428 Hijrah buat semua...
Semoga Kita semua diRahmati Allah hendaknya...
Sunday, July 20, 2008
Salam, Salam, Salam Buat Semua.. Cerita terbaruku...
Keluargaku yang tersayang... Angah sayang semua... Keluarga inspirasiku.. Semoga kita sentiasa dalam Rahmat & Perlindungan Allah selalu.. Amin...
Kenangan terakhirku dengan warga OCD di Asenia @ Langkawi...
Gambar Kenangan dengan kak ira, wife En. Naser ( ITD ), Fatihi & Farhah masa kat Langkawi..
Assalamualaikum w.b.t buat semua...
Rindunyalah nak tulis blog.. Kalau ikut banyak perkara nak tulis.. Tapi sebab dah agak lama tinggal & kesuntukan masa, tulis jelah apa yang patut.. Balik rumah cuti sekali sekala, biasalah mesti nak luangkan masa dengan family.. Minggu lepas balik Melaka rumah Along, minggu ni balik Kuantan, minggu depan, tak tau lagi macam mana.. Bila balik rumah Kuantan, mama kotakan janji masak sedap2 sebab angah dah duduk jauh.. Dulu masa duduk rumah, makan masakan sendiri sebab mama penat kerja, tugas masak memang dah menjadi tugas utamaku.. Bila sekali sekala balik, dapatlah rasa air tangan mama yang selalu kurindukan.. Tapi yang paling penting sekali dapat jumpa & cium mama, abah & adik2, itu yang utama sekali.. Bab makan tu tak berapa kisah sangat sebab sekarang makan pun dah kurang.. Duduk jauh, takda selera.. Berat pun dah kurang 4 kg masa medical check up ari tu.. Huhuhu, punyalah "seronok" duduk kat sana sampai boleh turun mendadak 4 kg...
Pejam celik, pejam celik dah 3 minggu kat tempat kerja baru.. Baru belajar menyesuaikan diri.. Susah jugaklah sebab dah biasa kerja kat tempat ok, pastu kena kerja kat tempat yang mungkin kurang sikit, memanglah macam tu.. 2 minggu pertama memang menangis jelah time balik keja dengan lepas solat.. Abis lencun baju solat dengan air mataku.. Huhuhu, sedihlah sangat tak biasa dengan tempat baru. Tambah pulak jauh dari keluarga.. Yang sedih & terkilan sangat tu, masa surat tawaran kerja sampai, cakap penempatan kat JPNP. Sebab tu boleh terima lagi walau berat hati nak tinggalkan keja kat UIA.. Masa taklimat penempatan, baru diaorang bagitau yang JPNP akan tempatkan kita kat mana2.. Apa lagi, menangislah bila dapat tau kena keja jauh..Huhuhu...
Balik taklimat petang tu ( 26.06.08 ), bagitau mama dengan abah.. Abah ngan mama kata gi jelah sebab susah nak dapat kerja kerajaan sekarang ni.. Walaupun masih ada pilihan, dah takda kata dua.. Nak tak nak & walau menangis taknak pergi pun, kena pergi jugak.. Masa kemas2 barang ari tu, asyik termenung je lepas puas nangis.. Mama tengok, mama pulak yang tolong kemas sebab taksiap2 lagi walau dah 2 ari berkemas.. Nak wat macam mana, memang ku taknak pergi.. Kalau tau awal, memang takkan terima punyalah tawaran tu.. Biarlah kerja part time je kat UIA tu.. Tapi sekarang dah boleh terima dah.. Berkat doa mama, abah, keluarga & kawan2 terutama mez yang banyak support, sekarang dah okay cket.. Oklah, sebab seminggu sekali, balik kampung.. Tak ke Kuantan, balik Melaka @ Negeri Sembilan.. Dah Triang & Bera tu duk tengah2, dua-dua boleh gi... Belum dapat gaji lagi, dah rajin berjalan dah.. Macam manalah esok-esok nanti.. Takpa, makan boleh berjimat, balik kampung akan dicontrol bulan2 akan datang... Huhuhu..rinduku pada keluarga mengatasi segala-galanya.. Susah betul budak manja sorang ni...
Itulah, berpisah dengan keluarga, baru tau diri ni manja.. Masin betul mulut abah dulu, cakap lepas ni Angah pulak kena kerja jauh.. Yalah, mula2 kaklongku ( Melaka ), pastu Alang ( Johor.. sekarang dah kat Sabah, ada Operasi sampai lepas Raya ), sekarang giliran Angah pulak ( masih dalam Pahang tapi jauh, sama jauh dengan tempat Along & Alang balik ke Kuantan )..Huhuhu... Takpalah, kalau Along & Alang boleh belajar hidup berdikari, insyaAllah Angah pun akan cuba belajar jugak.. Dah dekat 25 tahun biasa duduk dengan family, ni baru berjauhan memanglah terasa.. Lebih2 lagi jenis orang yang tak suka berjalan ni... Ada hikmah sebenarnya tapi taktau je apa.. Sebab tu kusentiasa berdoa agar dikuatkan & ditabahkan hati ni selalu berada kat tempat orang & dengan suasana kerja yang baru.. Walaupun sedih tapi rasanya bolehlah terima lagi.. Mama pun rajin call, tengah hari, petang & malam tanya kabar anak manja sorang ni.. Itu yang okay cket tu, dapat dengar suara mama hari2.. Sedih... sebab biasanya dapat salam & cium abah & mama, sekarang tak boleh dah hari2... Pergi kerja pandai2lah sendiri.. Nasiblah, boleh bawa diri & belajar hidup berdikari.. Walaupun dah biasa duduk dengan family tapi sebagai seorang kakak, dah terbiasalah dengan kerja2 rumah.. Pergi mana2 pun boleh bawa diri, insyaAllah.. Alhamdulillah semua okay walaupun hidup kat sana tak semudah kat Kuantan.. Purun Oh Purun!!!
Oklah, dah sampai masa nak balik Purun ni.. InsyaAllah, bila balik lagi & senang2 nanti, akan update lagi blog ni.. Kat sana susah cket, kemudahan internet kurang.. Kalau tau Purun tu kat mana, taulah nanti tu... Sebab diriku sendiri pun baru la ni lah tau pun tempat ni pun.. Nama je orang Pahang.. Yang dah okay kat Purun ni pun sebab ada kawan kaklong tolong tengok2kan kat sana.. Allah dah permudahkan satu perkara, Alhamdulillah... Tapi bila pikir2 balik nak sampai Purun tu, itu yang boleh menangis balik tu.. Kalau dapat keluar dari Purun tu @ duduk je kat rumah kakitangan tu, takdalah terasa sangat.. Harap2 cepatlah dapat tukar semula ke Kuantan.. Amin...
Buat semua, Salam maaf banyak2 ye andai ada tersalah kata, perbuatan selama ni.. Harap dimaafkan, dihalalkan makan minum & ilmu yang diberikan... Salam bulan Rejab ( bulan Allah ), Syaaban ( bulan Nabi ) & Salam Ramadhan ( bulan Ummat, bulan kita ).. Selamat berpuasa.. Pesanan buat diriku & semua.. Rajin2lah berpuasa sunat di bulan2 Islam ni.. Semoga mendapat rahmat & keberkatan Allah hendaknya selain melatih diri menghadapi bulan Ramadhan nanti, insyaAllah.. Semoga Allah panjangkan usia kita bertemu bulan Ramadhan yang mulia nanti & dapat menambahkan lagi pahala ibadah kita, insyaAllah.. " Ya Allah, rindunya nak jumpa bulan Ramadhan, bulan ibadah penuh keberkatan... Semoga diizinkan Allah bertemu Ramadhan kali ini.. Ramadhan Karim ; Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan..."
Buat Alang yang berada kat Sabah tu, jaga diri & kesihatan baik-baik ye dik.. Angah & keluarga sentiasa doakan keselamatan & kesejahteraan Alang kat sana.. Ingat Allah selalu & selamat bekerja dan beribadah kat sana.. Tugasmu demi negara menuntut pengorbanan & kerinduan keluarga.. Angah sayang Alang selalu, insyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.. Walaupun angah sedih tak dapat jumpa ari tu tapi bila dapat cakap & MMS pagi tadi, okaylah cket.. Terubat rindu angah kat Alang... Selamat menjalani ibadah puasa kat sana ye.. Salam peluk cium dari Angah & keluarga...
Salam sayang buat semua yang sentiasa kukasihi selalu... Pengalaman berjauhan mengajarku erti rindu yang amat sangat.. Hanya doa mampu kupanjatkan kepada Allah untuk kesejahteraan & kebahagiaan insan-insan yang sentiasa kusayangi.. Panjang umur ada rezeki, insyaAllah kita jumpa lagi.. Kenang Daku dalam Doa Kalian... Assalamualaikum....
" Selamat Berpuasa & Menyambut Bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan buat semua... Semoga doa-doa kita sentiasa dimakbulkan Allah di bulan-bulan mulia ni.. Amin..."
Wednesday, June 25, 2008
Hari Terakhir Di ITD...
Gambar2 yang sempat diambil oleh ISO, abg nizam di hari2 terakhirku di ITD...
Hari ni 25hb jun 2008 adalah hari terakhirku di ITD, UIAM Kuantan Campus ni... Tapi masih banyak lagi yang perlu disettlekan ni sebelum pergi.. Nak ajar AA yang baru, Nurul mana2 yang patut.. Senang cket nanti.. Takdalah macam diriku dulu, taktau apa2 pun, semua kena mula sendiri, pandai2 sendiri.. Huhuhu.. Sekurang-kurangnya Nurul dah nampak cket2 cara kerja kat cni & harapnya dapatlah meningkatkan lagi cara kerja kat cni.. Sebab diriku sendiri pun masih baru dalam bidang admin. ni, banyak lagi yang perlu dipelajari & ditingkatkan.. InsyaAllah, akan kubelajar lagi di tempat baru nanti.. Setiap hari adalah pelajaran & pengalaman dalam hidup.. Semoga sentiasa di bawah bimbingan & jalan yang benar.. Amin..
Di kesempatan yang ada ni, nak ucap terima kasih banyak2 kepada semua staff terutamanya staff di ITD yang banyak membantu & memberi tunjuk ajar selama 9 bulan di sini.. Banyak perubahan kepada diriku dari segi komunikasi, sedikit pertambahan ilmu IT dalam diri, dari segi pergaulan & perkembangan minda yang agak tertutup selama ni.. Hihihi.. Belajar dari pengalaman lalu.. Terima kasih banyak2 ye.. Memang seronok sangat dapat kenal staff ITD ni terutamanya Dr. Jamal, banyak membukakan fikiran ni untuk berfikir lebih panjang... Dan seterusnya HOD, En. Naser, ISO, Abg Nizam, Abg Hamzah, Abg Azam, Abg Man, Abg Mizi, Abg Roslam, adik2 ; Wan, Juan & Zura.. Juga buat Nurul, kerja baik2 ye.. Semoga Nurul senang kerja kat sini.. Apa-apa kalau nak tanya, call jelah ye.. Bagi tiqah, semuanya baik2 belaka, dah jadi macam keluarga sendiri, abang2 dan adik2... mesti rindu lepas ni nak tengok diaorang buat 'humor' seperti selalu.. Untuk melupakan tidak sekali-kali.. kerana susahnya nak mendekati seseorang.. begitulah susah untuk melupakan lebih2 lagi yang dah dianggap seperti keluarga sendiri...
Sebenarnya, taknak tulis panjang2, nanti sedih pulak..
Sebelum pergi .. Salam maaf tiqah pohon dari semua ye.. Ada tersalah kata, tersilap bicara, perbuatan @ sebagainya, minta maaf banyak2 ye.. jangan simpan dalam hati ye.. tiqah tau ada buat salah jugak sengaja @ tak sengaja.. Maaf ye.. Jaga diri & kesihatan selalu.. Semoga sentiasa dalam rahmat & perlindungan ALLAH selalu.. Tiqah sayang semua.. Senang2 kalau online @ baca blog.. mesej jelah ye...
Oklah.. Bye.. Assalamualaikum buat semua... Semoga ITD sentiasa success selalu, insyaAllah.. Amin..
Tuesday, June 17, 2008
Belajar Menghargai....
Macam biasalah, setiap kali bawa kereta, memang akan on kan radio.. Masa tu dengar channel Radio Malaysia Pahang, rancangan Kalam Damai di PahangFm.. Santai budi.. Mencuit Sanubari.. Rancangan ini disiarkan setiap Isnin, 6 - 7 ptg.. Macam2 cerita berkaitan agama yang dicelotehkan dalam rancangan tersebut.. Bagus juga rancangannya.. terutama bila Ustaz Badli Shah dijemput sekali, memang lagi best dengar.. Kalau tak caya, cuba dengar sekali.. Rancangan ni ada blog juga yang dicreate oleh Ustaz Ahmad Shah bin Jamlus selaku tetamu setiap minggu... Kalau senang2, cubalah baca blog kalam damai tu ye.. @ http://kalamdamai.blogspot.com/
Sedang syok dengar Ustaz ngan kak Ruhaida ni bercerita, fikiranku melayang sekejap tentang keputusanku untuk ke JPNP.. Entahlah, apa yang tak kena.. asyik bergoyah je lagi hati ini sampai ari ni, padahal minggu depan dah nak gi ni.. Adakah betul pilihan yang kubuat ni?? Jangan tukar keputusan di saat2 akhir dahlah.. Tiba-tiba ada pulak kat Medic nanti.. terkejut semua orang nanti..Huhuhu.. Itulah, bila pilihan datang, amat sukar sekali untuk dibuat keputusan.. Ya Allah, kumohon yang terbaik dari-Mu dalam membuat pilihan ini.. Istikharahku kerana-Mu, Ya Allah.. Amin.. Harapnya semoga inilah yang terbaik buatku.. Tak nak dah pikir.. Yang belum tentu pasti keadaanya, jangan diharap sangat.. itulah pesan orang tua2.. Macam pesan ISO, bila dah istikharah, dah dapat petunjuk & buat keputusan, teruskan jelah.. Lepas tu berdoa & bertawakal kepada Allah.. Adalah rezeki & jalan untuk kita Allah tunjukkan.. InsyaAllah... Yang pasti, diriku bersyukur sangat.. sekurang-kurangnya rezeki ku di alam pekerjaan masih ada lagi laluannya.. Walau terpaksa memilih antara dua tapi lebih baik dari menjadi seorang penganggur terhormat (tiada kena mengena samaada yang hidup @ mati ye) Alhamdulillah.. hargai apa yang kita ada, itulah yang penting.. Sebab zaman sekarang dah susah dapat kerja.. mana2 rezeki yang dapat alhamdulillah.. Yang dah berkerjaya tu, beruntunglah anda2 semua dan tahniah!!!
Ari ni kat ofis aircond sejuklah sangat.. Dah lama takpakai blazer sebab sebelum ni aircond tak berapa ok.. Bila sejuk, sejuklah sangat.. Kalau panas, biasalah kan..cari kipas.. Lepas aircond ok semula, fikir2 jugak.. apa2 yang ada perlulah sentiasa dihargai & bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang sebab kat tempat kita ni sentiasa ok lagi walau ada terkurang sini sana cket.. Kat negara yang susah sana, lagi kesian penderitaan yang mereka alami.. Alhamdulillah, kita bertuah lagi kat bumi Malaysia ni.. Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini di kalangan hamba yang sentiasa bersyukur.. Amin...
Selama 9 bulan kat cni, ramai kawan2 baru kukenal.. Ukhwah di mana-mana kan.. kat cnilah pernah kerja paling lama & paling ramai rakan sekerja.. Nama pun universiti kan.. Sayang pulak rasa nak tinggal..Huhuhu.. 9 bulan?.. satu tempoh masa yang agak lama.. Ada kawan2 kat cni mula kenal dulu, baru lepas kawin, sekarang dah ada baby.. Cepatnyalah masa berlalu ye.. Rasa macam baru je masuk semalam & rasa 'dibuli' dengan Bro.2 kat sini...Huhuhu...takdalah, gurau aje... Selama tempoh tu juga, baru ku perasan, takda gambar kenangan pun dengan officemate ITD ni.. Huhuhu.. kesian.. Ni dalam proses nak kumpul2 gambarlah ni.. Nanti, boleh upload kat cni, boleh kenal staff ITD yang best2 ni.. Hihihi.. Best ke?.. No comment...
* Foto-foto dengan officemate yang sempat diambil semalam... Dengan Abg Man, Abg Hamzah, Abg Roslam, Zura & Syafiq ( Practical Student ).. Yang mana satu jadi pilihan??.. Huhuhu...
Sebenarnya, banyak lagi yang kita boleh belajar dalam bab2 menghargai ini.. belajar menghargai masa yang ada (terutamanya ditujukan untuk diriku sendiri) Lain orang lain caranya mengurus masa ni.. Tapi betullah orang cakap, kalau kita duk tunggu sesuatu, pasti rasa macam lambat je.. tapi kalau kita tak menunggu sangat, pasti sekejap je sampai waktu tu.. Macam sekarang nilah, tinggal beberapa hari je lagi untuk ku berkhidmat di ITD ni.. Huhuhu..sedihnyalah... Nak wat macam mana, pekerjaan mesti diteruskan di tempat baru.. Seperkara lagi, belajar menghargai masa yang tinggal.. Yalah, kita taktau bila kita akan dijemput Ilahi.. sekarang ni macam2 boleh jadi, pagi ni jumpa, petang dengar dah takda.. Semalam boleh gelak ketawa, hari ni terlantar sakit.. Hargai nikmat hidup & nikmat kesihatan anugerah Allah, insyaAllah Allah tambah lagi nikmat yang lain.. Tapi setiap sakit tu sebenarnya adalah ujian untuk kita.. untuk menguji tahap kesabaran & kekuatan iman kita.. Kalau boleh semua orang taknak sakit.. nak sihat sokmo.. Tapi itulah kehidupan, ada masa sihat, ada masa kurang sikit, ada masa senang, ada masa2 kita susah.. So kita sama2 saling ingat mengingati & berpesan-pesan untuk kebaikan bersama..
Misalnya kalau kita pemandu kereta, kita mesti belajar menghormati pemandu kereta yang lain, penunggang motosikal & yang bawa basikal.. Sebab bila kita berada pada kedudukan mereka ( bermotor @ berbasikal ) di jalan raya, kita juga inginkan pemandu kenderaan besar yang lain menghormati kita kan??.. Kalau takcaya, cuba bawa motor sekali sekala & rasa sendiri.. Pengalaman banyak mengajar kita.. Diriku sendiri pernah rasa susah senang menunggang motosikal ni, macam2 cite ada.. Pernah rasa tayar pancit kat highway, berhujan, berpanas & pernah accident sekali, itupun sebab kereta yang langgar tu main redah keluar je dari simpang, tak tengok kiri kanan dulu.. Terpelanting juga ke tepi jalan masa tu, dapatlah rasa dihempap motor.. Huhuhu..sakit.. Helmet pun terpelanting sekali sebab pakai takberapa kemas.. Tapi pengajaran besar bagiku tu..lepas pada tu, mesti ketatkan betul2.. Nasiblah dulu terpelanting ke tepi jalan kalau tak, taktaulah kan..Tapi memang masa tu ku dah bersedia kena langgar sebab memang tak sempat nakbuat apa2 dah.. itupun dah control slow sebab dah tau laluan tu bersimpang... Nasib tak serius.. motor je rosak cket, helmet kena ganti viser baru, luka di kaki & tangan cket.. kepala ok lagi.. mulut je makan tanah.. Hihihi..pengalaman pertama accident.. Yang lagi malu tu, semua yang tolong adalah lelaki.. memang tunduk jelah.. tak tengok pun muka sorang2 walaupun sekampung sebab malu sangat2, bibir bengkak tu.. Huhuhu..
Dalam belajar menghargai ini.. ku sering bermuhasabah diri.. kenapa diriku tak pernah belajar @ bekerja jauh lagi dari keluargaku.. Bila dikenang2kan.. mungkin Allah nak bagi ku kesempatan menjaga & berbakti kepada ibu & ayahku dahulu sebelum diriku berbakti kepada suami pulak nanti.. Alhamdulillah.. akan kugunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.. insyaAllah.. Yang agak seronoknya setiap tahun diriku masih lagi dapat berpuasa, bersahur, berbuka, bereterawih & behari raya bersama family.. Harapnya semoga dapatlah lagi rasa tahun ni & akan2 datang, insyaAllah.. Tiap2 pagi pulak, sebelum pergi kerja dapat salam & cium tangan abah & mama lagi.. Kaklong & Alang dah duduk jauh kat negeri orang.. Cuti sekali sekala, dapatlah balik jumpa family.. Kubersyukur sangat2 diberi peluang bersama dengan keluarga lagi.. Walaupun dulu kupernah rasa sedih seketika kerana abah tak restu perhubungan sesama keluarga terdekat.. tapi kini kufaham segala-galanya.. Abah memikir masa hadapan & abah tau segala yang baik untuk diriku.. Jadi biarlah takdir & waktu yang menentukannya.. Rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan.. semua Allah tentukan.. Adalah rezeki tu nanti.. yang penting, kita sentiasa berdoa memohon kepada Allah untuk kebaikan, kegembiraan, keselamatan, kebahagiaan & keberkatan hidup di dunia & akhirat, insyaAllah.. Amin....
Sunday, June 15, 2008
Selamat Hari Bapa... ( Sayang Abah Selalu...)
Pagi tadi lepas sediakan sarapan, ku salam & cium abah sambil wish Selamat Hari Bapa.. Begitu juga mama & adik2ku.. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga & Angah sayang abah mampu kuucapkan.. Selain doa yang tak pernah putus untuk mama & abahku, kasih sayang, mentaati suruhan Allah, mentaati mereka selalu & juga sentiasa menjaga nama baik/maruah keluarga, itulah yang selalu kuamalkan untuk kebahagiaan mereka selalu.. insyaAllah semoga berkekalan..
Hari ni ku masak special cket untuk abah & keluarga.. Tambah lagi, buat 'carrot susu', minuman favourite abah.. Buat 1 jag besar, puas minum satu keluarga.. Kos pun jimat & boleh ikut citarasa sendiri.. Malam ni nak belanja ayam golek untuk makan malam.. Mama sibuk menjahit, siapkan langsir baru.. Yalah, kainnya dah lama beli, takda masa je nak jahit.. Sebabnya mama asyik kena kerja je walau ari minggu.. Kadang2 kena ganti orang, kadang2 takda orang boleh kerja ari minggu, so mamaku yang berdedikasi nilah yang boleh & sanggup bekerja.. Cian mama, kena OT selalu.. Kebetulan ari ni mama cuti, so dapatlah mama siapkan langsir baru tu.. Nak harap kat anak dara yang sorang ni, taktaulah bila siapnya... Harap baik cket je, boleh jahit baju tertetas @ zip tercabut, itu je.. Hihihi...
Sebenarnya ni tengah pening mikir nak bagi hadiah apa untuk abah kali ni... Memanglah abah tak kisah takda hadiah pun, tapi kutetap juga nak beri.. Dari kecik sampai sekarang ni dah terbiasa sambut setiap tarikh penting & beri hadiah untuk family, itu yang rasa kurang sesuatu kalau tak beri.. Kalau ikut, ku sebenarnya dah bagi hadiah terbesar kepada Abah.. Ku dapat kerja tetap kat Jabatan Pendidikan Negeri, itu yang abah harap sangat.. Alhamdulillah, doa abah & mamaku masa ku pergi interview 3 bulan lalu dimakbulkan.. Walaupun pada mulanya diriku agak berat untuk terima namun sokongan & harapan ibu ayahku yang satu ni mengatasi segala-galanya... Dengan berkat doa merekalah, ku dipermudahkan Allah menjawab semua soalan interview SPP tu & seterusnya diserap ke jawatan tetap di JPN yang berdekatan rumah, Alhamdulillah...
Setelah kupikir-pikir, rasanya nak hadiahkan abah gunting pokok & juga glove kain.. Sebab abahku suka sangat berkebun kerana itulah hobinya sejak muda dulu... Macam-macam pokok abah tanam.. Dari pokok buah, bunga, pokok herba & ulam, semua ada.. Dan dah banyak jugaklah dapat hasilnya.. Dapat makan buah ciku, manggis, rambutan laici, pisang (p.tanduk, p.emas, p.sematu, & p.lemak manis , betik, sukun, mangga dan lain-lain lagilah.. Kalau nak masak pun senang, ada cili padi, ada ulam-ulaman, daun pandan, pokok2 herba & ada juga daun2 mandian serum ( untuk mandi ).. Sekarang ni, abah tengah usahakan pokok salak & roselle.. Alhamdulillah, tanaman abah tanam semua jadi.. Dapatlah isteri, anak-anak & cucu rasa.. Mamaku pulak suka dengan bunga.. Kalau bunga ros & bunga lain-lain mekar cantik, mesti abah ambil, letak dalam pasu kecil & diletakkan atas meja makan untuk mama tersayang.. Oooh.. sungguh romantik..
Walaupun abahku ni boleh dikatakan seorang yang garang ( sebab bekas tentera & juga dibesarkan dalam keluarga tentera-kerana atukku juga tentera ) tapi ayahku seorang yang baik hati & penyayang orangnya.. Sebab tu haiwan & tumbuhan suka kat abah.. Sebenarnya, garang seorang ayah ni bertempat.. kalau anak-anak tak nakal, takdanya dia nak tunjuk sifat garang tu... Diriku antara anak yang paling rapat dengan mama & abah.. Apa-apa cerita, mesti mereka yang tau dulu.. lagipun kusuka sangat berkongsi cerita dengan mama & abahku supaya ilmu & pengalaman hidup mereka dapat kujadikan panduan di masa depanku. Kerana pengalaman mereka itulah yang paling berharga bagi diriku.. Cerita susah senang hidup mereka dulu, cerita abahku dalam tentera dulu, banyak yang kutahu.. Sebab bila senang2, kupasti selalu minta abah ceritakan kisahnya masa dalam tentera dulu.. Macam2 cerita kudengar, pengalaman suka duka, susah senang ayahku dalam tentera..
Ku bersyukur sangat sebab abahku masuk & keluar pasukan tentera dengan selamatnya.. Sebab dari cerita-cerita yang pernah kudengar, ramai kawan2 abahku terkorban masa operasi dalam hutan dengan saki baki komunis dulu.. Alhamdulillah, abahku selamat.. Dulu, kami sering kena tinggal sebab abah kena sertai banyak operasi di seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. Walau kami asyik kena tinggal sebab duduk rumah sendiri ( tak duduk dalam kem ) kami tetap rasa hidup macam anak askar yang lain.. Family day kat dalam kem, naik trak askar gi melawat zoo Kuala Lumpur, main dengan anak2 askar yang lain& juga sertai berbagai aktiviti dalam kem, seronok... Sekarang ni pulak, adikku, Alang & abang iparku pulak mengikut jejak langkah abah & arwah atukku.. Pewaris perwira negara, insyaAllah...
Ooooppsss.. dah melalut ke cerita zaman kanak-kanak & cerita tenteralah pulak.. Tapi bila dikenang-kenang zaman kanak-kanak dulu, rasa seronoklah pulak... Masa berlalu tanpa kita sedari...
Anyway, kalau ada yang nak bagi suggestion tentang hadiah hari bapa tu, amatlah dialu-alukan.. Mana tau, ada hadiah-hadiah yang tertentu yang mungkin dapat memberiku idea baru, lain dari yang selalunya..
Pesanan dari Permata Hati.. Untuk diriku sendiri terutamanya dan semua.. Sayangilah kedua orang tuamu & keluargamu dengan kasih sayang yang tiada berbelah bagi & selalulah gembirakan hati keduanya.. Doakanlah juga semoga mereka sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, gembira & bahagia selalu dalam Rahmat & Kasih sayang Allah.. InsyaAllah, selamatlah hidup kita di dunia & akhirat... Amin... Kepada mereka yang dah tak mempunyai bapa, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah & banyakkan berdoa buat mereka.. Semoga Allah sentiasa mencucuri Rahmat ke atas roh mereka.. Beruntunglah ibubapa yang mempunyai anak-anak yang soleh/solehah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu ayahnya di dunia & akhirat.. Kerana bakti seorang anak kepada ibubapanya takkan pernah ada penghujungnya kecuali ajal menjemput dirinya dahulu.. Al-Fatihah juga buat arwah sepupuku Mohd 'Afifi (genap setahun pemergiannya 10/06 yang lepas) dan adiknya Mohd Ziyad (2 bulan yang lalu) Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh mereka & semua muslimin muslimat yang telah mendahului kita.. Al-Fatihah...
Sekadar Renungan Bersama... SAHABAT....
i. Orang yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaan Allah
ii. Orang yang sentiasa sabar jiwa & raganya dengan setiap ujian dari Allah
iii. Orang yang sentiasa berzikir dalam hidupnya
iv. Wanita yang tidak melakukan dosa dan juga tidak berlaku kejam kepada suaminya
( Hadith Riwayat Ibnu Abbas )
* Semoga kita antara yang tergolong dalam golongan di atas, insyaAllah...
" Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru & penuh ketenangan. Tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya.. Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. Jika dirimu rasa kecewa, tabahkanlah diri.. pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.. Jika dirimu rasa sedih & kesunyian, pandanglah ke langit, dirimu akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersama... Ingatilah ALLAH setiap masa..Kerana hanya dengan mengingati ALLAH, hati kita akan menjadi tenang... "
Sahabat.....
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH...
Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta...
Jika kulemah takberdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera...
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar diriku segera berubah...
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan doa...
Berjanjilah wahai sahabat.. Ukhwah kita selamanya kerana ALLAH...
Salam Ukhwahfillah, tulus ikhlas dariku.. A'tiqah binti Mohd Ariff ( Permata Hati selalu..)
Friday, June 13, 2008
Bila gaji dah masuk... Suasana Sabtu...
Esoknya zura belanja makan kat Secret Recipe dengan gaji pertamanya di UIA.. Tak sangka pulak, pagi ku belanja budak2 ni kek Swiss roll ( sebab ingat Syafiq dah last day practical kat ITD ni ), tengahari pulak ada orang belanja.. Alhamdulillah, rezekiku.. Tapi segan jugak, kesian kat zura, mesti nak guna banyak duit untuk MyVi barunya & untuk belanja maknya. Menolaklah jugak pada mulanya.. Tapi sebab zura kata, ni gaji pertama & nak belanja jugak, oklah.. Kami pun pergilah lunch kat SR tu.. Fuuhh.. first time dalam hidupku rasa-rasanya, makan tengahari untuk 2 orang sampai cecah RM58.. Sebab diriku & keluarga memang jarang makan kat luar. Itu yang bergurau dengan zura masa balik tu, kalau akak jadi Officer satu hari nanti, mungkinlah baru boleh belanja zura yang sama, kalau tak, 2 set KFC Dinner Plate jelah boleh belanja.. Hahaha.. terus gelak sama-sama... Tapi kalau ada rezeki lebih, insyaAllah bolehnya... Anyway, terima kasih banyak2 ye Zura... Semoga sentiasa dimurahkan rezeki lagi... Amin...
Tiba pulak hari sabtu (sambung je post semalam), paginya hantar mama gi keja. Sebab mama kata, jalan depan Telekom tu sibuk dengan persiapan Citrawarna.. So hantar naik motor senang cket.. Lagipun, mungkin nak gi pejabat pos, ambil duitbayaran rebet insuran kenderaan.. Tapi bila sampai ofis mama, kawan mama kata memang ramai orang kat pejabat pos tu.. Sementara tunggu mama buat keputusan nak gi ke tak, telefon kaklong tanya kaba. Pas tu cakap dengan Aman sekali.. Walau aman tak berapa pandai cakap lagi tapi dengar suara dia panggil, 'ngah' & bunyi rengek2 tambah gelak2 dia kat sana, terhibur sangat.. rindu betul kat dia.. Memanglah keletah aman ni (dari cara dia tido, makan, main, nangis, suka) sentiasa segar dalam ingatanku tapi yang kurindukan nak peluk, dukung & cium dia.. Ya Allah, rindunyalah.. Kadang2 tu, boleh tersenyum sendirian bila terbayang2 keletah budak kecik sorang ni... Ada sekali tu, sebab ralik sangat teringat kat Aman ni, sampai terluka jari buat kerja2 kat dapur.. Mana taknya, tangan siang ikan, fikiran kat Abdul Rahman.. apa lagi berdarahlah tangan.. Nasib baik tak masak lagi, kalau tak jadi Raja Bersiung kejap.. Huhuhu...
Masa berborak tu, kaklong bagitau yang dia akan main sukan kat Kuala Terengganu dari 19 sampai 22hb ni tapi kaklong pergi dengan kereta Felda. Jadi kuminta kaklongku bawa aman sekali nanti.. Kaklong minta berbincang dengan abah & mama dulu sebab takut takda sape yang nak jaga budak kecik sorang ni.. Lepas pujuk2 mama & abah, akhirnya mama akan ambil cuti. Untuk cucu sorang ni, Wannya okay sokmo.. Untuk 2 ari kerja tu, siang mama yang akan jaga dibantu abah & adik.. Lepas balik kerja, diriku akan take over jaga si budak kecik yang amat2 kurindukan ni.. insyaAllah, semoga mudah & selamatlah segala-galanya..
Itu yang mebuatkan diriku tak sabar2 tunggu hari khamis ni.. Walaupun rasa taknak masa berlalu dengan cepat menanti 25 hb, tapi untuk Abdul Rahman memanglah kunanti-nantikan sangat kehadirannya...
Tinggalkan sekejap cerita Amanku sorang tu.. Sambung cite balik pasal nak gi ambil duit rebet tu.. Last2, mama takjadi gi sebab masih lagi ramai orang, tambahan pulak mama banyak kerja nak disettlekan, nak closed report kerosakan2 telefon pengguna.. Okaylah tu, lepas beli nasi lemak untuk mama kat kantin bawah, ku terus je gi bandar beli barang harian cket, macam sabun basuh baju, axion, tisu dapur, kelengkapan diri yang dah nak habis & cari sandal untuk gantikan sandalku yang rasanya hayat dah takberapa lama lagi ni.. Sebelum apa2, sedia ganti dulu.. Huhuhu.. Masa perjalanan ke bandar tu, lalulah depan pejabat pos.. Mak aii.. memang ramailah sangat orang sampai ke luar pintu pun penuh orang beratur panjang.. Motor & kereta pun bersusun.. Nasib baik mama tak jadi gi, kalau tak, tak taulah lama mana kena tunggu.. Ku sendiri pun yang nak ambil untuk motor pun tak jadi, lain kali jelah bila dah lengang cket..
Lepas beli barang-barang, terus balik rumah.. Panas betul cuaca tengahari tu.. Dahlah agak lama ku tak bawa motor.. kena pulak brek takberapa ok, asyik berbunyi je.. Nampaknya si CBM ni nak minta ganti brek yang baru ni.. Takpalah, isnin ni minta achik bawa gi service apa yang patut.. Janji bagi duit, semua ok..itulah ayat adikku yang sorang ni.. Minyak pun sama, suruh angah ni jugak yang penuhkan... Sabor jelah... Takpalah dah ok semula motor tu nanti, dapatlah bawa gi kerja semula.. Save minyak, save badjet.. Kena belajar berjimat dari sekarang, baru dapat kumpul duit cket... InsyaAllah...
Thursday, June 12, 2008
Cerita suasana hari ni...
Pagi tadi memanglah tersangat busy, ponet den kojap.. Alhamdulillah, belah petang ok cket.. Update task mana yang tertangguh pagi tadi, kemaskinikan form2 LOU untuk PC-PC tu dan buat filing cket.. Yang kesiannya kat Wan ngan Juan ni, kejap2 orang panggil.. Nak wat mcm mana kan, dah keja.. Sorilah, akak ni tolong sampaikan je pesanan user2.. Syafiq ngan zura pun dah bosan duk dalam ofis yang senyap sunyi tu. Datang kat depan ni, borak2 cket.. tahanlah, ceria cket dapat gelak2 kongsi cerita, release tension.. Den kat depan ni, lagu2 menjadi teman, oklah jugak.. yang diaorang kat dalam tu, dahlah takda orang, takda pulak yang pasang lagu.. memang kesian..ishk..ishk..
Balik ni nak siapkan minute meeting pulak sebab tak berapa complete lagi tu.. Maybe next week baru boleh endorse dengan Dr..
Berita yang paling hangat ari ni adalah harga minyak takkan naik sampai hujung tahun ni.. Baguslah.. boleh tahan 6 bulan lagi.. Mana taknya, lepas ni mikir 100x lah kalau nak travel jauh.. Dulu tank penuh, dapat lagi RM50-60.. Pas ni.. memang confirm RM100.. tahun depan maybe RM 150.. Huhuhu.. menangislah nak pakai kereta macam ni... Pas tu satu lagi berita yang mungkin ok & mungkin juga tak ok ( apa2pun mestilah ada pro. dan con. nyakan? ) Berita kakitangan kerajaan akan terima gaji 2x sebulan.. Sebenarnya bagi diriku, sama je gaji tu, yang penting kita yang kena pandai urus perbelanjaan kewangan kita.. insyaAllah, cukuplah tu.. Kalau 10 tahun dulu masa krisis kewangan taklah terasa sangat sebab kecik lagi.. Sekarang dah kerja, ada tanggungjawab.. barulah tau susahnya mama & abah cari duit dulu.. Terima kasih Mama Abah tercinta atas segala jasa & pengorbanan selama ini.. Love mama & abah forever...
Lebih kurang 2 minggu sebelum bertukar tempat kerja.. hatiku dah boleh terima kenyataan yang kupilih sendiri ni.. Nekad ke JPNP.. mungkin itu yang terbaik, insyaAllah.. Walaupun ramai yang masih menggoyahkan hati ini untuk berbelah bagi.. tapi rasanya masih still utuh lagi ni dengan keputusan yang satu ni.. Tetapkanlah pilihanku ini, Ya Allah..
Last sekali untuk hari ni, pesananku.. Kepada yang buat anjuran main bowling tu.. insyaAllah kalau senang2, nak join jugak nanti, insyaAllah.. Lama dah takmain, tak da geng.. Yalah tu, padahal diriku yang sentiasa tak nak keluar.. hihihi.. No comment...
Monday, June 9, 2008
Sebelum melangkah pergi dari UIAM ke JPNP...
Hari ni dan mungkin berterusan dalam 2 minggu lagi, mungkin hari-hari yang agak sibuk bagiku.. Tambahan lagi, dalam 2 minggu ni ramai staff IT yang takda. Ada yang gi training/akan pergi training, bercuti & ada yang emergency leave.. Makin bertambah busy lagi, bila dapat tugasan untuk distribute PC-PC yang baru sampai ni sekali dengan menguruskan semua form-form LOU untuk PC.. Ini mungkin menjadi antara tugasan terakhirku di sini.. Tapi takpalah, mungkin kesibukan pada hari2 terakhir ni dapat melupakan diriku seketika yang ku akan bertukar tempat kerja.. InsyaAllah, sebelum melangkah pergi, akan ku settlekan semua kerja yang patut disettlekan.. Tak sanggup rasanya menyusahkan staff IT ni terutamanya abg azam nanti.. Lagipun memang menjadi prinsip diriku, akan menyelesaikan semua urusan yang perlu diselesaikan walaupun mungkin mengambil sedikit masa...
Ku sentiasa doakan semoga ITD akan menerima seorang AA yang lebih cekap & lebih baik dariku, insyaAllah.. Yang dapat membantu dalam semua kerja.. Walau ITD akan kembali seperti dulu ( tanpa AA yang membantu ) tapi kupercaya semuanya akan dapat menyesuaikan diri balik.. Selama 9 bulan ku di sini, banyak yang kupelajari dari brother2 kat sini.. Yalah, diriku takberapa celik sangat dalam bidang IT ni.. Satu..satu..tanya..( nak belajar kan! ) Maaflah kepada semua, kerana dah banyak menyusahkan.. Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan.. Semoga Allah menambahkan lagi rezeki ilmu tu,insyaAllah..
Yang sebenarnya, apa yang ingin kuceritakan ialah..baru-baru ni ku dapat tawaran jawatan tetap Pembantu Tadbir di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.. Lapor diri sekali dengan taklimat/induksi 25-27 hb ni.. Kalau boleh memang nak bersama UIA lagi, tapi rezekiku di JPNP sampai dulu, jadinya ku terima walaupun dengan rasa berat hati.. Abah, mama, & seluruh familyku gembira sangat sebab akhirnya dapat juga ku kerja tetap setelah beberapa tahun ni kerja sementara.. Dan bagi diriku, kalau ibubapa gembira & restu, insyaAllah, itulah yang terbaik bagi diriku.. Begitu jugaklah dengan pilihan hatiku nanti kot..Huhuhu.. Tambahan pula, memang ku pernah ada impian untuk kerja kat Jab. Pendidikan ni dulu.. Walaupun bukan sebagai guru tapi ok jugaklah tu.. sebab rasanya bidang ni sesuai untuk diriku.. Ada rezeki nanti mungkin ku akan sambung study dalam bidang Administration pulak, insyaAllah.. Cita-cita untuk sambung study tu masih kuat lagi lepas terpaksa tolak tawaran ke UMP dulu, 6 bulan lepas abis kat Poli. Sebabnya kumasih terikat dengan Kementerian Kewangan masa ambil SLG, tambahan lagi exam Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerja ( OSH Officer ) dah dekat sangat masa tu.. rugi pulak rasanya kalau tak lulus & tak dapat sijil tu.. Alang2 dah belajar tu, biarlah sampai tamat kan...
Sudah berbagai kerja jugaklah kupernah rasa. Antaranya dalam bidang pentadbiran ( yang banyak sekali ), dalam bidang OSH sekejap, jadi babysitter, pembantu klinik, dll.. tapi bidang yang kupelajari semasa di POLISAS dulu terlalu sedikit dalam pengalaman kerjaku.. Memang diriku tak sesuai kot berada dalam bidang Civil Engineering ni.. Huhuhu..sedinyalah...Takpalah, ku bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah bagi.. Adalah hikmahnya tu nanti.. Semoga ianya baik dalam agamaku, hidup duniaku & harapnya baik juga hidup akhiratku.. Akan kucuba belajar tingkatkan diri lagi di masa akan datang, insyaAllah.. Apa yang kuharapkan nanti, semoga diriku dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan suasana persekitaran yang baru.. Harap juga dapat officemate yang baik-baik lagi, senang bekerja & berkomunikasi... Memanglah rasanya susah sikit nak sesuaikan diri di tempat baru tapi insyaAllah, bolehlah nanti..
Ingat lagi waktu mula2 masuk ITD ni.. memang ku kekok sangat.. Yalah, dah semuanya lelaki.. Punyalah malu nak cakap lebih2 lagi tengok sorang2 macam garang je.. Hihihi.. Tapi lama2, ok dah.. siap boleh kongsi cerita2 lagi macam keluarga sendiri.. itulah yang seronok sangat.. Dan yang tak mungkin ku lupa.. bila kena 'buli' dengan Bro.2 kat sini masa mula-mula masuk dulu.. Sebelum dapat tau satu2 perkara baru tu mesti kena 'buli' dulu sampai pernah mengajuk jugaklah dulu.. Yalah, terms-terms Network & System ni bagi orang yang tak celik IT macam diriku ni, memanglah sesuatu yang baru.. Ada pulak tu, terms yang first time dengar.. Huhuhu.. Nasiblah.. belajar dengan Bro.2 kat cni memang macam tulah gayanya.. Yang paling susah sikit masa nak buat minute meetinglah.. First department meeting, memang ku tak tau apa-apa.. Previous minute pulak takda, lagilah pening.. Tanya Bro. ni, tanya Bro. tu, nak tau pasal situasi sebenar & kerja2 diaorang.. last-last siap jugaklah minute meeting tu, alhamdulillah.. Meeting seterusnya okaylah sebab dah tau dah cket2 keja kat IT ni.. Sebenarnya kalau boleh banyak lagi nak cerita suka duka & kenangan2 kat sini tapi masa tak mengizinkan.. InsyaAllah, senang2 nanti ku menulis lagi..
24 hb nanti adalah hari last ku di sini.. Semoga Allah lebih tabahkan hatiku nanti.. Cukuplah ku sedih & menangis sendiri 2-3 ari ni.. Sedihnya bila kita nak tinggalkan sesuatu tempat yang dah serasi dengan kita, lebih-lebih lagi dapat officemate yang baik2 ni... Takpalah, semua dah kata takpa, ok, dan dah support, okaylah... Lega & tenanglah sikit hati ni.. Andai selepas ni, ada panggilan dari UIA ( sebab memang sebelum ni pun kumenanti..) kurasa, ku dah tekadkan hati untuk ke JPNP, insyaAllah.. Sebab kupernah berdoa, yang mana sampai dulu, yang itulah akan kupilih.. Semoga ianya yang terbaik untuk masa depanku, insyaAllah..
Sedih untuk tinggalkan UIA ni, sedih lagi untuk kutinggalkan ofis IT & OCD ni.. Buat semua staff UIA terutamanya di IT & OCD.. Terima kasih semua & minta maaf banyak2 andai ada tersalah kata, bual bicara, terkasar bahasa/perbuatan selama di sini.. Mengenali kalian adalah salah satu hadiah yang bernilai buat diriku.. Kenangan bersama kalian tidak mungkin kulupakan, insyaAllah.. Harapnya semoga hubungan silaturrahim antara kita sentiasa berpanjangan, insyaAllah.. Kalau terjumpa/terserempak kat mana2, dapatlah kita bertegur sape lagi ye.. Biar ukhwah kita sentiasa kerana Allah..
Lagu Doa & Perpisahan ( Brothers ) dan juga hadiah lagu perpisahan dari Abg Hasmanizam ni, Maafkan Teman ( Far East ) ku hadiahkan untuk semua terutamanya staff ITD & OCD.. InsyaAllah.. berpisah tempat kerja je ni.. senang-senang nanti bolehlah berjumpa lagi.. Tak jauh mana pun, kat Indera Mahkota ni juga.. Good Luck, everybody.. Take care always k...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. ( Salam kebaikan, kesejahteraan buat semua..)
Wassalam...
Thursday, June 5, 2008
Sekadar kongsi-kongsi..
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi mungkin merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan
lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting
apabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar
apa yang ada dan tidurlah secukup yang mungkin untuk merehatkan diri.
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama andai dirimu yakin "Si dia" mampu & akan membahagiakan dirimu kelak..
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa..
KESEMBILAN.
Cintailah Tuhanmu dengan sepenuh hati dan sayangilah keluarga & teman-temanmu dengan penuh kasih sayang. Kerana itulah satu-satunya cara untuk melengkapkan kehidupan ini..
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, berbincanglah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah sesekali jadi orang yang kurang ajar ataupun menjadi pemarah..
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain terutama orang yang lebih tua;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar..
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu..
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian untuk mencari ketenangan. Lagi baik kalau anda mempunyai teman yang sudi berkongsi cerita suka duka anda. Bertuahnya diri anda!!!
Cerita Petrol naik harga & Abahku dalam Bersamamu di TV3..
Masa kecoh2 semua nak keluar isi minyak malam tu adik bongsuku ( isa ) ni tanya.. Ngah, kenapa semua sibuk nak isi minyak? Ku jawablah petrol naik harga esok.. Dia tanya lagi naik berapa? Ku jawab lagi dalam 78sen.. Pas tu, dia boleh cakap pulak. Laa, kenapa tak naik terus satu ringgit, senang kira.. Tercenggang kejap.. Angah dia pun apa lagi, explainlah apa yang patut budak sorang ni tau.. tapi biasalah budak tak matang lagi, main2 jelah lebih.. Pening2 dengan adik sorang ni.. Yalah, lagipun dia tak pernah rasa lagi macam mana susahnya nak cari duit.. bila dah tau esok (dah kerja & ada tanggungjawab) insyaAllah, fahamlah tu..
Lepas selesai solat maghrib, ajaklah adik teman pergi penuhkan tangki 2 line lagi tu ( semalam isi rm10, nak sampai 1 line lagi tinggal nak penuh tangki ) Tiba2 malam tadi dah turun ke line kedua pulak, pelik betullah?? Mana taknya, nak tunggu turn kita isi minyak, berapa puluh kali main ke clutch, minyak dengan brek tu tapi jalannya merangkak2 jugak.. Setengah dari 1 line tu jugak minyak abis.. Huhuhu.. Siap jaga-jaga lagi tak bagi orang potong line.. hahaha.. Mana taknya line sebelah kanan laju je isi minyak.. Masa-masa macam nilah, dapat tengok jelas-jelas yang signboard Jalan sehala @ Dilarang masuk tu tak digunakan, main redah je.. Semua laluan penuh kereta.. Semua muka tension2 belaka.. Hahahaa..
Masa tunggu turn tu borak2lah dengan adik sambil mesej Along, Alang, ihkram & teman2 yang lain ( terutamanya Abg Hamzah, officemate yang nak balik Melaka 2 ari lagi ), sambil tu jugak dengar radio (semuanya cite pasal petrol naik & kesesakan di seluruh petrol station) sambil tu jugaklah terlepas cakap kat adik, mau dekat sejam kita kena tunggu ni dik. Alih-alih, memang betul pun. Adik pun cakaplah masin betul mulut angah ni.. Pukul 8.33 kami mula berbaris, tepat 9.33 tepat tibalah turn kami isi minyak.. Hihihi.. Agak-agaknya kalau masa tu ku cakap sekali, insyaAllah angah kawin tahun depan, termakbul jugak ucapan tu kot..Hihihi...
Alhamdulillah selamat, dah boleh balik.. isi penuh tank pun rm25 je, letih menunggu.. Lepas ni kena bawa slow2, save minyak..hihihi.. Tapi kena cepat balik jugak sebab mama dah risau dah, berkali-kali mama call, tanya kat mana, dah sudah belum, risau betul mama kalau kami keluar waktu2 kemuncak macam ni.. Kami pun balik terus tapi singgah 7E kejap beli manggi cup prepare untuk sahur esok. Adik biasalah, tak lepas dengan sluppy dia tu..
Dalam perjalanan balik tu, boraklah dengan adik, mama risau betul kan kalau angah bawa kereta malam2 walaupun ada teman. Adik pulak jawab, mestilah mama risau kat anak dara dia sorang yang tak kawin2 lagi ni.. Baik punya adik!! Huhuhu.. sedih betul dengar jawapan tu.. Tapi jawab pulak kat dia, esok kalau angah dah kawin adik tak boleh manja dah dengan angah, tak da sape dah nak defend @ teman gi mana2 @ kejutkan pagi2 @ pun nak masak & buat kerja2 rumah & banyak lagilah.. Haa, pas tu barulah nampak senyum2 malu cover line.. Haa, baru tau betapa pentingnya kakNgah dia sorang ni kat rumah.. Mama pun siap tambah lagi, kalau angah duk jauh nanti, takdalah tukang masak & pembantu mama dah.. Alahai, sedih dengar mama cakap macam tu.. Takpalah mama, selagi diberi kesempatan ni, akan angah curahkan sebanyak-banyak bakti pada keluarga, insyaAllah.. Rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya Allah dah tentukan.. Ada rezeki adalah tu..
Cerita bab jodoh ni kan, adalah teman2ku beberapa orang ni, pening pikir pasal hantaran jugak akan naik.. Sebab kalau petrol naik, pasti semua akan naik jugak lepas ni.. tambahan lagi baru2 ni beras, tepung & minyak pun dah naik harga.. Nak jawab macam mana tu yek sebab diriku sendiri pun "tak lepas lagi".. Hihihi.. Tapi kalau betul dah ada niat yang baik untuk bekeluarga tu, teruskan jelah.. Yalah, pastinya semua orang impikan untuk ada pasangan masing2, mempunyai teman sehidup semati ( insyaAllah, andai diizinkan ) & juga mempunyai anak2 penyeri rumahtangga kan.. Jadinya, kita buat je secara sederhana asal diberkati. Dan kalau boleh berbincanglah baik2 antara pasangan & family.. Ambil kata sepakat, saling bantu-membantu & bertolak ansur mana2 yang patut.. insyaAllah sama-samalah kita doakan semoga impian menuju hari bahagia tu akan tercapai, insyaAllah.. Amin..
Sambung lagi cerita. Sampai je rumah malam tadi, lepas siap parking kereta dalam porch, berkejar-kejar achik keluar, cepat2 ngah, dik.. Abah masuk tv ( Bersamamu di TV3 ), tinggal 10 minit je lagi.. Apa lagi berlarilah masuk tengok tv.. Sambil makan mee canlong dengan kicap lada.. Alhamdulillah memang sedap mee tu ( walhal memang dah favourite ) Banyak betul rakaman gambar abah dalam Bersamamu tu.. Riuh sekali kami adik beradik.. haa tu abah, ada lagi tu, haa, abah lagi.. aik, ada lagi.. Wah, glamour abah kejap.. Siap chu call lagi tanya bila rakaman tu dibuat, kenapa tak ajak sekali? Abah pun cakaplah, orang bukan nak glamor, orang gi sana gi buat kerja sebagai JKKK. Dah orang nak ambil gambar, biarlah diaorang buat kerja dia.. Abah pun biasa-biasa je, takda rasa apa-apa, kami pulak yang lebih-lebih.. Hihihi..
Last sekali, kepada pemandu2 kenderaan sekalian, sabar jelah dalam menghadapi situasi seperti sekarang ni.. Sama-samalah kita berdoa semoga keadaan dapat menjadi lebih baik di masa akan datang, insyaAllah.. Yang mana boleh dijimatkan, kita jimatlah.. Lepas ni, naik CBM 645 lah gi kerja.. Achik pun dah abis exam, bolehlah kugunakan semula kriss kesayanganku tu.. save minyak cket & senang basuh sebab 2 tayar je kan..Hihihi.. Achik pun bolehlah tengok & repair semula apa-apa yang patut motor CAB 7402 dia tu dalam cuti semester dia ni.. Abah biasalah kan, dengan EX5 CBA 8645 kesayangannyalah.. Si CCC tu simpan, mama bawalah Si CBF Angah tu gi kerja.. Selesai masalah keluargaku buat masa ni.. InsyaAllah, Amin...
Think positive ok... Wassalam..
Tuesday, June 3, 2008
IEEP OCD@Langkawi..Sepanjang Perjalanan Hari pertama..
Mama, abah & adik dah tunggu dalam kereta pun nak hantar sebab dah pukul 9.30 kan, ikut tentative program bas bertolak pukul 10 mlm. Bersemangat betul diaorang, tu yang tanya dengan mama, ni sape yang nak gi sebenarnya?? Mama pun senyum jelah.. Itulah, kalaulah boleh bawa mama sekali, mesti lagi seronok. Tapi kalau boleh bawa pun, mama bukan nak cuti kerja lama2, risau tertangguh banyak kerja, memang pekerja yang betul2 berdedikasilah mamaku ni..
Sampai kat depan lobby malam tu ramai dah yang datang, bas je tak sampai2 lagi. Disebabkan banyak kereta kat depan lobby tu, turun kat situ jelah.. lepas keluarkan beg, terus salam dengan mama, abah & adik.. Siap cium berkali lagi tu.. ( Entahlah, nak jalan jauh kan, macam2 fikir ) Masa kat rumah tu pun, dah salam ngan cium achik sekali dengan kucing & anak2 kucing sekali.. Tengok je rumah, bila kereta berlalu pergi.. Hihihi..( Bukan apa, takut pergi ni berhantar, balik pun berhantar juga tapi dengan kereta lain ) Rasa-rasanya kereta apa? Takyah jawablah, dah selamat sampai, alhamdulillah.. Bila bas sampai & tau je mana bas yang kena naik ( sebab dah ada senarai nama kumpulan kan ) simpan beg & terus naik bas. Lama jugak tuggu yang lain nak penuhkan group.. Br. Roslan ( Library ) ketua team bas 3. Bagus betul Bro. sorang ni, jaga betul yang single2 ni, takut tertinggal.. Hihihi..
Sebelum bertolak Bro. Ijoy mulakan dengan berdoa agar perjalanan kami selamat pergi & balik.. Amin.. Yang seronoknya, ahli kumpulan bus 3 ni memang best2 belakalah.. Br. Roslan, Bro. Ijoy, Kak Mala, Pn. Sahaniza, Kak Wan ( beserta keluarga masing2 ) Yang single2nya, yang menulis ni, aisha & masni. Tak sampai Gambang pun lagi, ramai dah terlena.. Diriku biasalah, memerhati panorama waktu malam.. Sesekali terlelap juga 5-10 minit sebab terlalu mengantuk sangat. Sekejap jelah, lepas hilang ngantuk tu oklah.. Memang dah sifat semulajadiku, susah nak tido dalam bas. Bukan apa, rasa risau je bila ada atas jalan raya ni lebih2 lagi kat lebuhraya Karak tu, memang berdebar..
Sepanjang jalan malam tu, banyak jugaklah kereta termasuklah lori2 besar & treler. Kat R & R alih ke utara tu pun bersusun lori & treler berhenti rehat. Banyak kali jugaklah bas berhenti sepanjang perjalanan tu, ramai yang sejuk nak gi toilet. Masuk KL, bas berhenti kejap, ambil second driver ( rupanya dia tunggu kat KL. Puas fikir dari kuantan tu, takkan sorang je driver nak bawa sampai 11-12 jam?? Akhirnya terjawablah.. ) Sepanjang malam tu, memang kuperhatikan setiap negeri yang dilalui.. Dari Pahang sampai KL terus ke Perak terus lagi sampai Pulau Pinang sampailah Perlis dan Kedah dan akhir sekali sampai kat Jetty Kuala Perlis ( berapa banyak sampai dah ) Setiap negeri tu pemandangannya ada sikit2 kelainan. Macam sepanjang laluan KL tu nampak banyak bangunan jelah kan.. Lalu highway Pulau Pinang pulak, banyak kilang2 besar ( maklumlah salah satu negeri perindustrian) Highway Perak biasa2 je..
Yang bestnya masa sampai Kedah dengan Perlis, memang cantiklah pemandangannya dengan suasana kampung & sawah padi ( yang agak baru disemai ) Hijau je, sejuk mata memandang. Tambahan lagi dengan keindahan langit biru sekali dengan suasana terbitnya matahari.. Subhanallah, memang cantik.. Alhamdulillah, perjalanan kami okay je sampai ke pagi. Lepas solat subuh & sarapan di R & R Gurun, kami meneruskan perjalanan ke Jeti. Biasalah waktu pagi, orang sibuk keluar gi pejabat.. Banyak betul kereta & motor, siap ada laluan khas untuk motosikal lagi.. Asyik menikmati keindahan negeri orang tu, akhirnya sampai jugak kat Jeti Kuala Perlis..
Kami sampai pukul 9.30 pagi. Punyalah ramai orang kat tempat menunggu Jeti tu.. Nak naik ferry pukul 12.30, lambatlah lagi, adalah 2-3 kali dah gi ladies.. Hihihi.. Pas tu gi makan kejap, cuba laksa Perlis.. Tapi sama je rasanya dengan laksa P.Pinang.. Masa boring2 tunggu masa naik ferry tu, sempatlah dukung 2-3 orang baby ( pinjam sekejap dengan ibu diaorang, kesian penat dukung budak kecik ni..) Itulah salah satu yang membuatkan tripku ni jadi seronok.. Baby@budak2 memang kesayanganku.. Akhirnya masa untuk naik feri pun sampai, berpusu-pusu orang nak naik feri.. Yang kesiannya, mak2 budak yang dukung budak kecik dengan beg lagi.. Nasiblah ada juga insan2 yang sudi membantu..
Pengalaman pertama naik feri rasanya.. Waktu kecik2 dulu, tak ingatlah pulak.. Seronok..macam naik bot laju tapi feri tertutup semua.. Tapi dapat rasa kesejukan laut. Lepas hampir 1 jam 15 minit ( lebih kurang 2.30pm ), akhirnya sampailah kat Jeti Pulau Langkawi,alhamdulillah.. Dari jauh dah nampak 'Sang Helang' tu.. Masa nak turun tu, takut2 jugak sebab feri tu tak stabil, bergoyang-goyang.. Naik je jeti Langkawi tu, terus gi cari bas yang dah disediakan.. sambil2 tu tengoklah keadaan sekeliling, macam2 gelagat orang lalu lalang, ada yang nak pergi dan ada yang nak balik.. Singgah kedai roti jap, beli pizza & roti untuk alas perut nanti ke petang.. Jumpa je bas no.3, terus letak barang & rehat..
Bila bas gerak, tak lepas peluang tengok sekitar jalan-jalan di Pulau Langkawi.. lebih kurang je kat negeri2 lain.. Jauh jugak Asenia Resort ( tempat kami menginap ) ni, lebih setengah jam jugak dari Jeti.. Sampai je, terus check in, minum air yang disediakan & terus naik bilik.. Duduk 1 bilik dengan Shima Mahallah.. Bilik pulak yang hujung sekali tu..8218.. Sampai je bilik, terus request iron.. Nak iron semua baju & tudung yang patut diiron.. Dah settle semua, mandi & solat jama'.. Tak sempat rest pun, tau-tau dah dekat pukul 6, dinner.. Turun kat bawah & bersantap.. Malam pulak lepas mandi & jama' maghrib isyak, terus turun bilik persidangan resort tu, ada talk. Possitive Thinking, yang disampaikan sendiri oleh Dean Kulliyyah Medicine, Prof. Mohd Tahir Azhar.. Best juga dengar Prof. ni present tajuk tu.. Lagipun nilah first time dapat kenal Prof. ni dengan lebih dekat.. Selama ni kenal-kenal biasa je.. Lepas abis talk, ada presentation dari Br. Adam..
Abis je sessi malam tu, ada suffer & sesi bergambar ramai2.. Lepas tu balik bilik, tengok tv, mandi lagi & kemas apa yang patut.. Dekat 1 lebih barulah terlelap.. Dan kesokkannya, jam 6.15, bangun, solat subuh, mandi & bersiap..
Bersambung di hari kedua @ Langkawi........
Melangkah ke bulan Jun 2008...
Petang ni PC-PC baru akan sampai, lagilah sibuk ofis IT ni.. Kejap lagi pulak ada meeting kat KOS tapi tak taulah sampai pukul berapa.. Meeting antara Director, Dean dengan Officer2 tapi kenapa pulak tersesat sorang budak ni kena ikut serta?.. Hihihi.. Tak taulah, kena jawab sendiri tu...
Wednesday, May 28, 2008
Sebelum ke IEEP @ Langkawi...
Lagipun bukan senang dah nak gi Langkawi lepas ni, gi jelah sekali ni tengok2 tempat orang.. Dah ada peluang kan, gunakanlah sebaik-baiknya..Hihihi..
Yang penting hari keluarga ni dapat merapatkan silaturrahim sesama staff.. Ku berdoa semoga perjalanan kami selamat pergi, selamat balik, semua aktiviti berjalan dengan lancar dan juga semoga semuanya sentiasa dalam perlindungan rahmat daripada Allah.. insyaAllah..
29 & 30hb tak da kat ofis, insyaAllah 31hb petang baru berlepas balik dari Langkawi.. Kepada yang jadi pengantin hujung minggu ni ; Terutamanya buat Fini (OCD) & Suami, Abi & Ikin, Zaki & Munie, Iela & Suami, Erna & Suami & semualah pengantin2 baru kita. Selamat Pengantin Baru diucapkan, Selamat Melayari Alam Rumahtangga & Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin.. Doakanlah kami selamat pergi dan balik ye.. Buat abah tersayang, Selamat bermesyuarat lah ye.. Semoga semuanya berjalan lancar (Mesyuarat Tahunan PBTM) Sorrylah tahun ni angah tak dapat ikut serta.. Buat mama tersayang, cuti ni rehat2lah ye. Cian kat mama penat bekerja.. Sorry jugak tak dapat nolong apa2 2-3hari ni. Cian mama balik kerja kena masak pulak.. InsyaAllah, balik nanti angah tolong semula ye.. Buat adik-adikku, jangan nakal2, bantu abah mama & dengar nasihat orang tua2.. Setiap nasihat tu ada gunanya bukan sekadar bebelan.. Buat Alang, Along, Abang, Aman & semua keluarga, take care lah ye.. Angah sayang semua tau...
InsyaAllah, panjang umur, jumpa lagi bulan depan (4-5 ari je lagi)
Salam dari Permata Hati.. Jaga diri dan kesihatan selalu ye.
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.. Wassalam..
"Filing oh Filing..."
Berbalik pada cite filing ni pulak.. baru-baru ni jelah ku baru tau kena buat minute filing untuk semua file2 yang ada kat opis ni.. dah dekat 9 bulan kerja kat cni, barulah tau..Hahah.. Tulah bagusnya ada training ni, baru kita faham apa yang perlu dibuat bagi orang2 yang baru dalam bidang admin ni. Terima kasihlah pada MSD yang buat training tu. Betul2 berguna pada AA sorang ni (temanlah tu, sape lagi) Masuk je bulan depan (tak lama dah ni, 4-5 ari je lagi) akan ku betulkan semula apa yang tak betul di samping mempelajari perkara2 baru yang ku tak tau lagi, insyaAllah.. Masa mula2 masuk keja dulu, ku hanya betulkan semua coding yang salah (untuk system filing ye, bukan coding untuk buat system) Sememangnya ku tak faham apa2 pun yang berkait dengan system ni. Orang system pun sakit kepala, kalaulah kena kat diriku, rasa2nya boleh kena triple sakit kepala. Tak dapat kubayangkan..Huhuhu.. InsyaAllah, panjang umur & kalau memang rezekiku kat sini, akan kusiapkan semuanya walau ianya akan ambil masa yang lama.. "Filing oh filing.." Selain tu, banyak lagi yang perlu dibuat.. siapkan minute meeting, rutin harian macam biasalah kan, terima report, create report, update report, & lain2 yang seumpamanya.. mmg dah jadi tugas2 umum & khas bagiku.. Alhamdulillah, dah tau tugas2 ni, senanglah cket buat kerja.. Okaylah, Permata Hati stop kat sini jelah dulu ye.. Pesanan terakhir sebelum mengundur diri, biarlah kita kerja kerana Allah, insyaAllah berkatlah gaji kita tiap2 bulan tu.. Ku hanya mengingatkan diriku sendiri & kalau boleh salinglah kita ingat-mengingati ye demi kebaikan bersama, InsyaAllah..
Wassalam..
Tuesday, May 27, 2008
Mimpi, sejarah lalu & kembalinya pada Yang Esa....
Oleh kerana, ada 2-3 orang ni asyik tanya pasal mimpi-mimpi ni, terasa pulak nak tulis bab mimpi ni.. Mimpi-mimpiku selalunya yang sama je.. Mimpi yang ku tak berapa suka adalah mimpi kepada 'someone' ni.. Semakin cuba ku menjauhi, semakin kerap pulak dia muncul.. Entahlah apa maksudnya.. Hanya doa mampu kupanjatkan kepada Ilahi.. " Jika benar ia untukku, kumohon Allah dekatkan hatinya dengan hatiku tapi andai sebaliknya, kumohon dijauhkan diriku dari dirinya.." Doa ni juga selalu ku amalkan jika ku di pesimpangan delima dalam membuat sesuatu keputusan/pilihan tertentu.. Semua orang inginkan yang terbaik dalam hidupnya, begitu jugalah dengan diriku.. Amin...
Satu lagi, mimpi yang mengimbau sejarah keluargaku.. Ku sendiri pun tak tau, kuat sangat ke kaitan mimpi ni dengan apa yang telah terjadi.. Sebenarnya mimpi yang dimaksudkan adalah mimpi gigi luruh ( maknanya dah takda semua gigilah ) Orang kata, kalau mimpi macam tu, bermakna, kita akan kehilangan insan yang paling rapat dengan kita... 10 tahun lalu, lepas arwah nenekku meninggal, mamaku bercerita yang mama pernah mimpi gigi luruh semua tapi mamaku diamkan je.. tak sangka arwah nenekku yang pergi dulu..
Tahun lepas, ku bermimpi mimpi yang sama, arwah sepupuku kembali ke Rahmatullah.. Tahun ni pun sama, adik kepada sepupuku ni pulak yang pergi.. (Dua-dua terlibat dengan kemalangan) Kami semua redha pemergian mereka, kedua-duanya memang anak yang baik & soleh sebab tu Allah ambil mereka dalam usia yang muda.. Al-Fatihah selalu buat mereka yang telah pergi..
25 tahun lepas, tahun kelahiranku, arwah tok, wan (belah abah) & Pak Andak Yusof (adik abahku) terlibat dengan accident juga.. Lepas 2 minggu arwah tok (belah mamaku) pulak ikut jejak mereka.. Sebulan je sebelum ku lahir ke dunia ni.. Sedih, tak dapat kenal atuk & tak pernah rasa dukungan atuk..
Tapi yang dapat kukaji sejarah keluargaku ni, setiap kali ada ahli keluarga yang meninggal dunia, pasti ada penggantinya yang lahir ke dunia.. Macam tahun kelahiranku, 4 pergi, 4 pula yang ganti.. (Diriku & 3 lagi sepupu lelaki) Begitu juga tahun kedua-dua sepupuku yang meninggal tu, kedua-duanya ada pengganti.. (2 lelaki pergi, 2 perempuan ganti)
Itulah yang membuat ku agak risau baru-baru ni.. Sebabnya, lepas arwah adik sepupuku meninggal bulan lepas, ku pernah bermimpi mimpi yang sama. Tahun ni pulak wife sepupuku yang kat Kedah tu akan bersalin.. Macam-macam yang ku pikirkan.. Astagfirullahal'azim.. Entahlah..akhirnya atas nasihat keluarga & teman2 rapat, ku berdoa minta yang terbaik untuk semua.. Andai dah sampai masa seseorang, tak dapat tidak kita kena terima juga hakikat tersebut.. Selalu kuingatkan diriku & adik-adikku agar sentiasa berbuat baik pada MamaAbah & semua orang, taat pada setiap suruhan Allah & jangan nakal2 sebab kita tak tau berapa lama lagi kita kat dunia ni.. Kat dunia ni sekejap je, akhirat jualah yang kekal abadi.. Ya Allah, takutnyalah bila kita dah meninggal nanti, tak ada apa dah yang boleh tolong selain amal baik di dunia, doa dari insan-insan yang mengingati kita & juga sedekah jariah yang kita sumbangkan dengan seikhlas hati.. Lagu Menanti Di Barzakh nyanyian kumpulan Far East tu cukup terkesan bagiku.. " Ya Allah, matikanlah kami semua dalam keadaan yang beriman & bertaqwa dan juga dalam keadaan yang baik-baik..Amin..
Di kesempatan ni juga, ingin ku memohon ampun dan maaf andai ada salah & silap selama ni.. Kepada seluruh keluarga, teman-teman & semua.. Tau, kadang-kadang ada yang terasa dengan diriku.. minta maaf banyak-banyak.. Halalkan makan minum, ilmu yang diberi selama ni ye.. Andai terdengar @ tau ku dah tak ada kat dunia ni, sedekahkanlah Al-Fatihah & surah-surah yang baik ye.. Andai ada buat tahlil, sampaikanlah sekali untuk seluruh muslimin & muslimat yang telah pergi.. InsyaAllah, besar pahala tu nanti.. Terima kasih atas sumbangan bakti kalian.. Hanya Allah yang dapat memberi ganjarannya..
Pesan Permata Hati.. Sayangilah apa yang ada sekarang, sebelum ianya hilang dari pandangan.. Lafazkanlah cinta & kasih sayang kepada insan-insan tersayang terutama ahli keluarga kita sebelum semuanya terlambat.. Harapnya semoga tidak ada lagi yang terlambat..
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Wassalam..
Monday, May 26, 2008
Travel Hujung Minggu...
Cuaca 2-3 ari ni mmg panas sangat2, rasa mcm terbakar je muka ngan tangan ni ( sbb betul2 mengadap matahari masa drive ) Air-cond pun tak tahan panas so buka jelah tingkap, ambil angin semulajadi negeri Terengganu Darul Iman.. Hihihi.. Masa alih gi tu byk pulak kerja2 penyelenggaraan jalan yg tak siap, so makinlah lambat perjalanan kami nak sampai.. Fikir2 juga, SUKMA tak sampai seminggu je lagi, sempat ke siap semua kerja2 tu yek?? Sebabnya kerja2 tu mmg mengganggu laluan jalan.. Tak seronoklah pulak untuk suasana" Perkampungan SUKMA " nanti kan.. Harap-harapnya semoga semuanya berjalan lancarlah nanti.
Akhirnya sampai jugaklah kat rumah pengantin, alhamdulillah. Comellah sangat2 pasangan pengantin ni. ( Tp sygnya emma lupa nak keluarkan kamera, maka takdalah bergambar ngan pengantin.. Huhuhu.. sedihnyalah ) Takpa, abi dah janji nak kirimkan gambar, tunggu jelah nanti.. Disebabkan Sabtu ni masih kat Langkawi, insyaAllah, maka nak tak nak, kena pergi jugaklah minggu ni majlis diaorang. ( Sahabat baik sorang ni mmglah kena pergi walau byk halangan pun..) So 31 ni, kalau tak jenguk muka, faham2 jelah ye B.. Semoga Berbahagia B-Ikin..
Hari Ahad pulak, hantar Umi ( my aunt ) ke Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.. Pergi berteman dengan Chu ( also my aunt) & Ebby ( my cousin ). Abah, mama & achik pula hantar adik ke Kem Motivasi kat Agro Semuji Resort ( masing2 saling berhantar..Hahaha..)
Kami bertolak dalam pukul 8 lebih, sampai Lipis pkul 12 lebih. Kami ikut jalan Jerantut - Kuala Lipis. ( Jalan kat situ memang berbengkak-bengkok, berbukit-bukit, tinggi rendah, rasa macam naik roller coasterlah pulak! Cukup bahaya..tambah2 lagi, byk selekoh tajam.. Fuhh.. betul2 menguji pemanduan.. Huhuhu..) Tapi sebab kat situ jalan teduh & dekat cket dari highway, lalu jelah. Lagi pulak memang dah biasa ikut jalan tu masa melawat Along kat Felda Sg. Koyan dulu, so takdalah bimbang sangat. Lagipun kita bawa dengan berhemah, insyaAllah okay. Alhamdulillah, selamat pergi & selamat balik, Umi pun dah selamat belajar.. Sebab berhemah sangat memandu, pukul 10 .30 malam baru sampai rumah..Hihihi.. Mama punyalah risau, setiap jam call ( Cian kat mama, risau kat angah ) Nak buat mcm mana, bertolak balik pun dah lambat, pas tu berhenti solat, mandi, rehat & makan. Takpalah, janji dah selamat sampai, alhamdulillah.
Tapi 2 hari travel tu, memang banyak jugaklah jumpa kereta accident, ada yg terbalik, ada yg jatuh gaung, ada yg remuk & macam2 lagilah.."Ya Allah, mintalah jauh semua tu.." Risaulah sangat bab2 accident ni. Sbb sejarah keluarga yg lalu banyak memori ngeri ( insyaAllah, ada masa nanti akan diceritakan pulak kisah2 sejarah ni ye )
Masa gi Lipis tu, bawalah diaorang ni jalan2 melawat rumah Chef Wan kat Sg. Koyan, rumah Siti Nurhaliza kat Kuala Lipis dan jalan2 kat Homestay Kuala Medang, Lipis. Sbb makcik2 dengan sepupuku sorang ni tak pernah gi tempat2 tu lagi. Memang berjalan sungguh2lah ari tu.. Nak rehat kat homestay mak2Ayah angkat, mereka takda. ( Masing2 balik kampung & ada yg gi kenduri, biasalah kan cuti sekolah ni) So bawa jelah mereka jalan2 tengok Homestay dengan Felda.. Masa nak gi rumah Chef wan ngan Siti pun berpusing2 jugak cari sbb ingat2 lupa.. ( Maklumlah, lepas along transfer ke Melaka tahun lepas, dah dekat setahun tak jejak kaki ke sana ) tp jumpalah jgk akhirnya.. Tapi terpikir2 jugak sbb apa mesti tunjuk rumah 2 insan ni yek, tambahan lagi kita2 ni bukannya peminat fanatik mereka?? Jawapannya, mungkin sebab mereka ni orang Pahang yg famous, mungkin menjadi satu tarikan kot.. Sebab memang ramai yg gi melawat rumah diaorang ni. Walau tak dapat jumpa tuan empunya diri, tengok rumah pun jadilah.Hihihi.. Satu lagi dewan kawin Ziana Zain dulu ( kat Raub ) itu pun org nak tengok jugak. Tak faham sungguhlah?? Kat Kuantan pulak, rumah mak Norman Hakim kat Taman Guru tu jd tumpuan. Tapi tak pernah gi & tak tau pun kat area mana.
Itulah yang peliknya. kat tempat orang, kita boleh tunjuk@bawa jalan2 sedara & kawan2 tp kat tempat sendiri, 60% tempat2 je yg tau. Pelik kan kan??
Tapi Permata Hati tetap berpegang pada prinsip " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri ". Yalah kalau hujan emas, ramai plak yg datang merompak nanti, dah tak aman. So biarlah hujan batu, kurang2 boleh buat tembok penahan. Hihihi.. Lawak yg mungkin tak berapa lawak..hahahaa..
Okaylah, cukup untuk setakat ni dulu..
Sebelum tu nak ucap Selamat Pengantin Baru buat Abi-Ikin, Fini-Yahya, Zaki-Munie, Ina-Duan, Iela, Diana, Ina, Kak Dayah & Kak Ida dengan pasangan masing. Selamat Melayari Alam Rumahtangga dalam rukun dan damai & didoakan semoga semuanya berbahagia hingga ke akhir hayat, insyaAllah. Amin.. Minta maaf banyak2 bagi undangan yang tak dapat dipenuhi ye.. Semoga majlis2 anda sentiasa berjalan lancar. Wassalam.
Friday, May 23, 2008
Tazkirah..
Tazkirah untuk hari nie yea……..
MENGHORMATI AZAN
Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita
amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan
hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri
tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika
azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka
kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun
nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."
Dosa Berkuku Panjang
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang
babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung
untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
Wassalam…….
Permata Hati MakNgah, Abdul Rahman...
Buah hati kita yang sorang ni... Namanya Abdul Rahman...Lahir pada 07/10/2006 bersamaan 15 Ramadhan... Semoga menjadi anak yang soleh... insyaAllah... Menjadi kesayangan semua orang... Sayangnyalah kat dia.. maklumlah dah jaga dari lahir sampailah umur hampir setahun... Dah macam anak sendiri...
Mana xnya, ibu dia xtau apa2 lagi kita dah pun mimpikan dia.... Entahlah lepas along kawin, harap sangat dapat baby yg comel cepat2... alhamdulillah ada juga rezeki awal... sebab teringin sangat nak main dengan budak kecik ni...
Lihat dia membesar dari kecik, setiap perkembangannya kita perhati, rasa seronok sangat... Belajar dari pengalaman untuk masa akan datang... Huhuhu... Bila??? InsyaAllah... panjang umur sampailah masa tu... Amin...
Buat masa ni tengok jelah gambar2 dulu ye, nak tulis pun dah xda idea dah... Huhuhu....