Antara golongan yang dapat dilihat mendapat kebaikan di dunia juga mendapat kebaikan di akhirat, iaitu :-
i. Orang yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaan Allah
ii. Orang yang sentiasa sabar jiwa & raganya dengan setiap ujian dari Allah
iii. Orang yang sentiasa berzikir dalam hidupnya
iv. Wanita yang tidak melakukan dosa dan juga tidak berlaku kejam kepada suaminya
( Hadith Riwayat Ibnu Abbas )
* Semoga kita antara yang tergolong dalam golongan di atas, insyaAllah...
" Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru & penuh ketenangan. Tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya.. Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. Jika dirimu rasa kecewa, tabahkanlah diri.. pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.. Jika dirimu rasa sedih & kesunyian, pandanglah ke langit, dirimu akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersama... Ingatilah ALLAH setiap masa..Kerana hanya dengan mengingati ALLAH, hati kita akan menjadi tenang... "
Sahabat.....
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH...
Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta...
Jika kulemah takberdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera...
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar diriku segera berubah...
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan doa...
Berjanjilah wahai sahabat.. Ukhwah kita selamanya kerana ALLAH...
Salam Ukhwahfillah, tulus ikhlas dariku.. A'tiqah binti Mohd Ariff ( Permata Hati selalu..)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment