Wednesday, June 25, 2008

Hari Terakhir Di ITD...


Gambar2 yang sempat diambil oleh ISO, abg nizam di hari2 terakhirku di ITD...

Hari ni 25hb jun 2008 adalah hari terakhirku di ITD, UIAM Kuantan Campus ni... Tapi masih banyak lagi yang perlu disettlekan ni sebelum pergi.. Nak ajar AA yang baru, Nurul mana2 yang patut.. Senang cket nanti.. Takdalah macam diriku dulu, taktau apa2 pun, semua kena mula sendiri, pandai2 sendiri.. Huhuhu.. Sekurang-kurangnya Nurul dah nampak cket2 cara kerja kat cni & harapnya dapatlah meningkatkan lagi cara kerja kat cni.. Sebab diriku sendiri pun masih baru dalam bidang admin. ni, banyak lagi yang perlu dipelajari & ditingkatkan.. InsyaAllah, akan kubelajar lagi di tempat baru nanti.. Setiap hari adalah pelajaran & pengalaman dalam hidup.. Semoga sentiasa di bawah bimbingan & jalan yang benar.. Amin..

Di kesempatan yang ada ni, nak ucap terima kasih banyak2 kepada semua staff terutamanya staff di ITD yang banyak membantu & memberi tunjuk ajar selama 9 bulan di sini.. Banyak perubahan kepada diriku dari segi komunikasi, sedikit pertambahan ilmu IT dalam diri, dari segi pergaulan & perkembangan minda yang agak tertutup selama ni.. Hihihi.. Belajar dari pengalaman lalu.. Terima kasih banyak2 ye.. Memang seronok sangat dapat kenal staff ITD ni terutamanya Dr. Jamal, banyak membukakan fikiran ni untuk berfikir lebih panjang... Dan seterusnya HOD, En. Naser, ISO, Abg Nizam, Abg Hamzah, Abg Azam, Abg Man, Abg Mizi, Abg Roslam, adik2 ; Wan, Juan & Zura.. Juga buat Nurul, kerja baik2 ye.. Semoga Nurul senang kerja kat sini.. Apa-apa kalau nak tanya, call jelah ye.. Bagi tiqah, semuanya baik2 belaka, dah jadi macam keluarga sendiri, abang2 dan adik2... mesti rindu lepas ni nak tengok diaorang buat 'humor' seperti selalu.. Untuk melupakan tidak sekali-kali.. kerana susahnya nak mendekati seseorang.. begitulah susah untuk melupakan lebih2 lagi yang dah dianggap seperti keluarga sendiri...

Sebenarnya, taknak tulis panjang2, nanti sedih pulak..
Sebelum pergi .. Salam maaf tiqah pohon dari semua ye.. Ada tersalah kata, tersilap bicara, perbuatan @ sebagainya, minta maaf banyak2 ye.. jangan simpan dalam hati ye.. tiqah tau ada buat salah jugak sengaja @ tak sengaja.. Maaf ye.. Jaga diri & kesihatan selalu.. Semoga sentiasa dalam rahmat & perlindungan ALLAH selalu.. Tiqah sayang semua.. Senang2 kalau online @ baca blog.. mesej jelah ye...

Oklah.. Bye.. Assalamualaikum buat semua... Semoga ITD sentiasa success selalu, insyaAllah.. Amin..

No comments: