Wednesday, June 25, 2008

Hari Terakhir Di ITD...


Gambar2 yang sempat diambil oleh ISO, abg nizam di hari2 terakhirku di ITD...

Hari ni 25hb jun 2008 adalah hari terakhirku di ITD, UIAM Kuantan Campus ni... Tapi masih banyak lagi yang perlu disettlekan ni sebelum pergi.. Nak ajar AA yang baru, Nurul mana2 yang patut.. Senang cket nanti.. Takdalah macam diriku dulu, taktau apa2 pun, semua kena mula sendiri, pandai2 sendiri.. Huhuhu.. Sekurang-kurangnya Nurul dah nampak cket2 cara kerja kat cni & harapnya dapatlah meningkatkan lagi cara kerja kat cni.. Sebab diriku sendiri pun masih baru dalam bidang admin. ni, banyak lagi yang perlu dipelajari & ditingkatkan.. InsyaAllah, akan kubelajar lagi di tempat baru nanti.. Setiap hari adalah pelajaran & pengalaman dalam hidup.. Semoga sentiasa di bawah bimbingan & jalan yang benar.. Amin..

Di kesempatan yang ada ni, nak ucap terima kasih banyak2 kepada semua staff terutamanya staff di ITD yang banyak membantu & memberi tunjuk ajar selama 9 bulan di sini.. Banyak perubahan kepada diriku dari segi komunikasi, sedikit pertambahan ilmu IT dalam diri, dari segi pergaulan & perkembangan minda yang agak tertutup selama ni.. Hihihi.. Belajar dari pengalaman lalu.. Terima kasih banyak2 ye.. Memang seronok sangat dapat kenal staff ITD ni terutamanya Dr. Jamal, banyak membukakan fikiran ni untuk berfikir lebih panjang... Dan seterusnya HOD, En. Naser, ISO, Abg Nizam, Abg Hamzah, Abg Azam, Abg Man, Abg Mizi, Abg Roslam, adik2 ; Wan, Juan & Zura.. Juga buat Nurul, kerja baik2 ye.. Semoga Nurul senang kerja kat sini.. Apa-apa kalau nak tanya, call jelah ye.. Bagi tiqah, semuanya baik2 belaka, dah jadi macam keluarga sendiri, abang2 dan adik2... mesti rindu lepas ni nak tengok diaorang buat 'humor' seperti selalu.. Untuk melupakan tidak sekali-kali.. kerana susahnya nak mendekati seseorang.. begitulah susah untuk melupakan lebih2 lagi yang dah dianggap seperti keluarga sendiri...

Sebenarnya, taknak tulis panjang2, nanti sedih pulak..
Sebelum pergi .. Salam maaf tiqah pohon dari semua ye.. Ada tersalah kata, tersilap bicara, perbuatan @ sebagainya, minta maaf banyak2 ye.. jangan simpan dalam hati ye.. tiqah tau ada buat salah jugak sengaja @ tak sengaja.. Maaf ye.. Jaga diri & kesihatan selalu.. Semoga sentiasa dalam rahmat & perlindungan ALLAH selalu.. Tiqah sayang semua.. Senang2 kalau online @ baca blog.. mesej jelah ye...

Oklah.. Bye.. Assalamualaikum buat semua... Semoga ITD sentiasa success selalu, insyaAllah.. Amin..

Tuesday, June 17, 2008

Belajar Menghargai....

Petang semalam balik dari kerja dalam pukul 6.05 pm, mata ni terpandanglah kat awan dengan matahari petang.. Subhanallah, cantiknya pemandangan petang tu.. Kalaulah ada kamera, lama dah snap.. Asyik ralik tengok ke awan tu, drive pun jadi tak konsisten.. Nasib baik je stereng tu bukan power stereng, kalau tak.. taktaulah..Huhuhu...

Macam biasalah, setiap kali bawa kereta, memang akan on kan radio.. Masa tu dengar channel Radio Malaysia Pahang, rancangan Kalam Damai di PahangFm.. Santai budi.. Mencuit Sanubari.. Rancangan ini disiarkan setiap Isnin, 6 - 7 ptg.. Macam2 cerita berkaitan agama yang dicelotehkan dalam rancangan tersebut.. Bagus juga rancangannya.. terutama bila Ustaz Badli Shah dijemput sekali, memang lagi best dengar.. Kalau tak caya, cuba dengar sekali.. Rancangan ni ada blog juga yang dicreate oleh Ustaz Ahmad Shah bin Jamlus selaku tetamu setiap minggu... Kalau senang2, cubalah baca blog kalam damai tu ye.. @ http://kalamdamai.blogspot.com/

Sedang syok dengar Ustaz ngan kak Ruhaida ni bercerita, fikiranku melayang sekejap tentang keputusanku untuk ke JPNP.. Entahlah, apa yang tak kena.. asyik bergoyah je lagi hati ini sampai ari ni, padahal minggu depan dah nak gi ni.. Adakah betul pilihan yang kubuat ni?? Jangan tukar keputusan di saat2 akhir dahlah.. Tiba-tiba ada pulak kat Medic nanti.. terkejut semua orang nanti..Huhuhu.. Itulah, bila pilihan datang, amat sukar sekali untuk dibuat keputusan.. Ya Allah, kumohon yang terbaik dari-Mu dalam membuat pilihan ini.. Istikharahku kerana-Mu, Ya Allah.. Amin.. Harapnya semoga inilah yang terbaik buatku.. Tak nak dah pikir.. Yang belum tentu pasti keadaanya, jangan diharap sangat.. itulah pesan orang tua2.. Macam pesan ISO, bila dah istikharah, dah dapat petunjuk & buat keputusan, teruskan jelah.. Lepas tu berdoa & bertawakal kepada Allah.. Adalah rezeki & jalan untuk kita Allah tunjukkan.. InsyaAllah... Yang pasti, diriku bersyukur sangat.. sekurang-kurangnya rezeki ku di alam pekerjaan masih ada lagi laluannya.. Walau terpaksa memilih antara dua tapi lebih baik dari menjadi seorang penganggur terhormat (tiada kena mengena samaada yang hidup @ mati ye) Alhamdulillah.. hargai apa yang kita ada, itulah yang penting.. Sebab zaman sekarang dah susah dapat kerja.. mana2 rezeki yang dapat alhamdulillah.. Yang dah berkerjaya tu, beruntunglah anda2 semua dan tahniah!!!

Ari ni kat ofis aircond sejuklah sangat.. Dah lama takpakai blazer sebab sebelum ni aircond tak berapa ok.. Bila sejuk, sejuklah sangat.. Kalau panas, biasalah kan..cari kipas.. Lepas aircond ok semula, fikir2 jugak.. apa2 yang ada perlulah sentiasa dihargai & bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang sebab kat tempat kita ni sentiasa ok lagi walau ada terkurang sini sana cket.. Kat negara yang susah sana, lagi kesian penderitaan yang mereka alami.. Alhamdulillah, kita bertuah lagi kat bumi Malaysia ni.. Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini di kalangan hamba yang sentiasa bersyukur.. Amin...

Selama 9 bulan kat cni, ramai kawan2 baru kukenal.. Ukhwah di mana-mana kan.. kat cnilah pernah kerja paling lama & paling ramai rakan sekerja.. Nama pun universiti kan.. Sayang pulak rasa nak tinggal..Huhuhu.. 9 bulan?.. satu tempoh masa yang agak lama.. Ada kawan2 kat cni mula kenal dulu, baru lepas kawin, sekarang dah ada baby.. Cepatnyalah masa berlalu ye.. Rasa macam baru je masuk semalam & rasa 'dibuli' dengan Bro.2 kat sini...Huhuhu...takdalah, gurau aje... Selama tempoh tu juga, baru ku perasan, takda gambar kenangan pun dengan officemate ITD ni.. Huhuhu.. kesian.. Ni dalam proses nak kumpul2 gambarlah ni.. Nanti, boleh upload kat cni, boleh kenal staff ITD yang best2 ni.. Hihihi.. Best ke?.. No comment...


* Foto-foto dengan officemate yang sempat diambil semalam... Dengan Abg Man, Abg Hamzah, Abg Roslam, Zura & Syafiq ( Practical Student ).. Yang mana satu jadi pilihan??.. Huhuhu...

Sebenarnya, banyak lagi yang kita boleh belajar dalam bab2 menghargai ini.. belajar menghargai masa yang ada (terutamanya ditujukan untuk diriku sendiri) Lain orang lain caranya mengurus masa ni.. Tapi betullah orang cakap, kalau kita duk tunggu sesuatu, pasti rasa macam lambat je.. tapi kalau kita tak menunggu sangat, pasti sekejap je sampai waktu tu.. Macam sekarang nilah, tinggal beberapa hari je lagi untuk ku berkhidmat di ITD ni.. Huhuhu..sedihnyalah... Nak wat macam mana, pekerjaan mesti diteruskan di tempat baru.. Seperkara lagi, belajar menghargai masa yang tinggal.. Yalah, kita taktau bila kita akan dijemput Ilahi.. sekarang ni macam2 boleh jadi, pagi ni jumpa, petang dengar dah takda.. Semalam boleh gelak ketawa, hari ni terlantar sakit.. Hargai nikmat hidup & nikmat kesihatan anugerah Allah, insyaAllah Allah tambah lagi nikmat yang lain.. Tapi setiap sakit tu sebenarnya adalah ujian untuk kita.. untuk menguji tahap kesabaran & kekuatan iman kita.. Kalau boleh semua orang taknak sakit.. nak sihat sokmo.. Tapi itulah kehidupan, ada masa sihat, ada masa kurang sikit, ada masa senang, ada masa2 kita susah.. So kita sama2 saling ingat mengingati & berpesan-pesan untuk kebaikan bersama..

Misalnya kalau kita pemandu kereta, kita mesti belajar menghormati pemandu kereta yang lain, penunggang motosikal & yang bawa basikal.. Sebab bila kita berada pada kedudukan mereka ( bermotor @ berbasikal ) di jalan raya, kita juga inginkan pemandu kenderaan besar yang lain menghormati kita kan??.. Kalau takcaya, cuba bawa motor sekali sekala & rasa sendiri.. Pengalaman banyak mengajar kita.. Diriku sendiri pernah rasa susah senang menunggang motosikal ni, macam2 cite ada.. Pernah rasa tayar pancit kat highway, berhujan, berpanas & pernah accident sekali, itupun sebab kereta yang langgar tu main redah keluar je dari simpang, tak tengok kiri kanan dulu.. Terpelanting juga ke tepi jalan masa tu, dapatlah rasa dihempap motor.. Huhuhu..sakit.. Helmet pun terpelanting sekali sebab pakai takberapa kemas.. Tapi pengajaran besar bagiku tu..lepas pada tu, mesti ketatkan betul2.. Nasiblah dulu terpelanting ke tepi jalan kalau tak, taktaulah kan..Tapi memang masa tu ku dah bersedia kena langgar sebab memang tak sempat nakbuat apa2 dah.. itupun dah control slow sebab dah tau laluan tu bersimpang... Nasib tak serius.. motor je rosak cket, helmet kena ganti viser baru, luka di kaki & tangan cket.. kepala ok lagi.. mulut je makan tanah.. Hihihi..pengalaman pertama accident.. Yang lagi malu tu, semua yang tolong adalah lelaki.. memang tunduk jelah.. tak tengok pun muka sorang2 walaupun sekampung sebab malu sangat2, bibir bengkak tu.. Huhuhu..

Dalam belajar menghargai ini.. ku sering bermuhasabah diri.. kenapa diriku tak pernah belajar @ bekerja jauh lagi dari keluargaku.. Bila dikenang2kan.. mungkin Allah nak bagi ku kesempatan menjaga & berbakti kepada ibu & ayahku dahulu sebelum diriku berbakti kepada suami pulak nanti.. Alhamdulillah.. akan kugunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.. insyaAllah.. Yang agak seronoknya setiap tahun diriku masih lagi dapat berpuasa, bersahur, berbuka, bereterawih & behari raya bersama family.. Harapnya semoga dapatlah lagi rasa tahun ni & akan2 datang, insyaAllah.. Tiap2 pagi pulak, sebelum pergi kerja dapat salam & cium tangan abah & mama lagi.. Kaklong & Alang dah duduk jauh kat negeri orang.. Cuti sekali sekala, dapatlah balik jumpa family.. Kubersyukur sangat2 diberi peluang bersama dengan keluarga lagi.. Walaupun dulu kupernah rasa sedih seketika kerana abah tak restu perhubungan sesama keluarga terdekat.. tapi kini kufaham segala-galanya.. Abah memikir masa hadapan & abah tau segala yang baik untuk diriku.. Jadi biarlah takdir & waktu yang menentukannya.. Rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan.. semua Allah tentukan.. Adalah rezeki tu nanti.. yang penting, kita sentiasa berdoa memohon kepada Allah untuk kebaikan, kegembiraan, keselamatan, kebahagiaan & keberkatan hidup di dunia & akhirat, insyaAllah.. Amin....

Sunday, June 15, 2008

Selamat Hari Bapa... ( Sayang Abah Selalu...)

Selamat Hari Bapa untuk Abahku yang tersayang, Ayahanda Mohd Ariff bin Haji Ariffin.. Semoga sentiasa sihat walafiat, gembira & semoga sentiasa dalam rahmat & perlindungan Allah hendaknya.. Amin.. Begitu juga buat semua yang dah bergelar bapa, Selamat hari bapa diucapkan.. Sesungguhnya gelaran itu amat bermakna dalam hidup anda kerana tanggungjawab yang harus dipikul terlalu besar.. Terima kasih di atas jasa & pengorbanan selama ini...

Pagi tadi lepas sediakan sarapan, ku salam & cium abah sambil wish Selamat Hari Bapa.. Begitu juga mama & adik2ku.. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga & Angah sayang abah mampu kuucapkan.. Selain doa yang tak pernah putus untuk mama & abahku, kasih sayang, mentaati suruhan Allah, mentaati mereka selalu & juga sentiasa menjaga nama baik/maruah keluarga, itulah yang selalu kuamalkan untuk kebahagiaan mereka selalu.. insyaAllah semoga berkekalan..

Hari ni ku masak special cket untuk abah & keluarga.. Tambah lagi, buat 'carrot susu', minuman favourite abah.. Buat 1 jag besar, puas minum satu keluarga.. Kos pun jimat & boleh ikut citarasa sendiri.. Malam ni nak belanja ayam golek untuk makan malam.. Mama sibuk menjahit, siapkan langsir baru.. Yalah, kainnya dah lama beli, takda masa je nak jahit.. Sebabnya mama asyik kena kerja je walau ari minggu.. Kadang2 kena ganti orang, kadang2 takda orang boleh kerja ari minggu, so mamaku yang berdedikasi nilah yang boleh & sanggup bekerja.. Cian mama, kena OT selalu.. Kebetulan ari ni mama cuti, so dapatlah mama siapkan langsir baru tu.. Nak harap kat anak dara yang sorang ni, taktaulah bila siapnya... Harap baik cket je, boleh jahit baju tertetas @ zip tercabut, itu je.. Hihihi...

Sebenarnya ni tengah pening mikir nak bagi hadiah apa untuk abah kali ni... Memanglah abah tak kisah takda hadiah pun, tapi kutetap juga nak beri.. Dari kecik sampai sekarang ni dah terbiasa sambut setiap tarikh penting & beri hadiah untuk family, itu yang rasa kurang sesuatu kalau tak beri.. Kalau ikut, ku sebenarnya dah bagi hadiah terbesar kepada Abah.. Ku dapat kerja tetap kat Jabatan Pendidikan Negeri, itu yang abah harap sangat.. Alhamdulillah, doa abah & mamaku masa ku pergi interview 3 bulan lalu dimakbulkan.. Walaupun pada mulanya diriku agak berat untuk terima namun sokongan & harapan ibu ayahku yang satu ni mengatasi segala-galanya... Dengan berkat doa merekalah, ku dipermudahkan Allah menjawab semua soalan interview SPP tu & seterusnya diserap ke jawatan tetap di JPN yang berdekatan rumah, Alhamdulillah...

Setelah kupikir-pikir, rasanya nak hadiahkan abah gunting pokok & juga glove kain.. Sebab abahku suka sangat berkebun kerana itulah hobinya sejak muda dulu... Macam-macam pokok abah tanam.. Dari pokok buah, bunga, pokok herba & ulam, semua ada.. Dan dah banyak jugaklah dapat hasilnya.. Dapat makan buah ciku, manggis, rambutan laici, pisang (p.tanduk, p.emas, p.sematu, & p.lemak manis , betik, sukun, mangga dan lain-lain lagilah.. Kalau nak masak pun senang, ada cili padi, ada ulam-ulaman, daun pandan, pokok2 herba & ada juga daun2 mandian serum ( untuk mandi ).. Sekarang ni, abah tengah usahakan pokok salak & roselle.. Alhamdulillah, tanaman abah tanam semua jadi.. Dapatlah isteri, anak-anak & cucu rasa.. Mamaku pulak suka dengan bunga.. Kalau bunga ros & bunga lain-lain mekar cantik, mesti abah ambil, letak dalam pasu kecil & diletakkan atas meja makan untuk mama tersayang.. Oooh.. sungguh romantik..

Walaupun abahku ni boleh dikatakan seorang yang garang ( sebab bekas tentera & juga dibesarkan dalam keluarga tentera-kerana atukku juga tentera ) tapi ayahku seorang yang baik hati & penyayang orangnya.. Sebab tu haiwan & tumbuhan suka kat abah.. Sebenarnya, garang seorang ayah ni bertempat.. kalau anak-anak tak nakal, takdanya dia nak tunjuk sifat garang tu... Diriku antara anak yang paling rapat dengan mama & abah.. Apa-apa cerita, mesti mereka yang tau dulu.. lagipun kusuka sangat berkongsi cerita dengan mama & abahku supaya ilmu & pengalaman hidup mereka dapat kujadikan panduan di masa depanku. Kerana pengalaman mereka itulah yang paling berharga bagi diriku.. Cerita susah senang hidup mereka dulu, cerita abahku dalam tentera dulu, banyak yang kutahu.. Sebab bila senang2, kupasti selalu minta abah ceritakan kisahnya masa dalam tentera dulu.. Macam2 cerita kudengar, pengalaman suka duka, susah senang ayahku dalam tentera..

Ku bersyukur sangat sebab abahku masuk & keluar pasukan tentera dengan selamatnya.. Sebab dari cerita-cerita yang pernah kudengar, ramai kawan2 abahku terkorban masa operasi dalam hutan dengan saki baki komunis dulu.. Alhamdulillah, abahku selamat.. Dulu, kami sering kena tinggal sebab abah kena sertai banyak operasi di seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. Walau kami asyik kena tinggal sebab duduk rumah sendiri ( tak duduk dalam kem ) kami tetap rasa hidup macam anak askar yang lain.. Family day kat dalam kem, naik trak askar gi melawat zoo Kuala Lumpur, main dengan anak2 askar yang lain& juga sertai berbagai aktiviti dalam kem, seronok... Sekarang ni pulak, adikku, Alang & abang iparku pulak mengikut jejak langkah abah & arwah atukku.. Pewaris perwira negara, insyaAllah...

Ooooppsss.. dah melalut ke cerita zaman kanak-kanak & cerita tenteralah pulak.. Tapi bila dikenang-kenang zaman kanak-kanak dulu, rasa seronoklah pulak... Masa berlalu tanpa kita sedari...

Anyway, kalau ada yang nak bagi suggestion tentang hadiah hari bapa tu, amatlah dialu-alukan.. Mana tau, ada hadiah-hadiah yang tertentu yang mungkin dapat memberiku idea baru, lain dari yang selalunya..

Pesanan dari Permata Hati.. Untuk diriku sendiri terutamanya dan semua.. Sayangilah kedua orang tuamu & keluargamu dengan kasih sayang yang tiada berbelah bagi & selalulah gembirakan hati keduanya.. Doakanlah juga semoga mereka sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, gembira & bahagia selalu dalam Rahmat & Kasih sayang Allah.. InsyaAllah, selamatlah hidup kita di dunia & akhirat... Amin... Kepada mereka yang dah tak mempunyai bapa, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah & banyakkan berdoa buat mereka.. Semoga Allah sentiasa mencucuri Rahmat ke atas roh mereka.. Beruntunglah ibubapa yang mempunyai anak-anak yang soleh/solehah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu ayahnya di dunia & akhirat.. Kerana bakti seorang anak kepada ibubapanya takkan pernah ada penghujungnya kecuali ajal menjemput dirinya dahulu.. Al-Fatihah juga buat arwah sepupuku Mohd 'Afifi (genap setahun pemergiannya 10/06 yang lepas) dan adiknya Mohd Ziyad (2 bulan yang lalu) Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh mereka & semua muslimin muslimat yang telah mendahului kita.. Al-Fatihah...

Sekadar Renungan Bersama... SAHABAT....

Antara golongan yang dapat dilihat mendapat kebaikan di dunia juga mendapat kebaikan di akhirat, iaitu :-

i. Orang yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaan Allah
ii. Orang yang sentiasa sabar jiwa & raganya dengan setiap ujian dari Allah
iii. Orang yang sentiasa berzikir dalam hidupnya
iv. Wanita yang tidak melakukan dosa dan juga tidak berlaku kejam kepada suaminya

( Hadith Riwayat Ibnu Abbas )

* Semoga kita antara yang tergolong dalam golongan di atas, insyaAllah...

" Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru & penuh ketenangan. Tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya.. Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. Jika dirimu rasa kecewa, tabahkanlah diri.. pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.. Jika dirimu rasa sedih & kesunyian, pandanglah ke langit, dirimu akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersama... Ingatilah ALLAH setiap masa..Kerana hanya dengan mengingati ALLAH, hati kita akan menjadi tenang... "


Sahabat.....
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH...
Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta...
Jika kulemah takberdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera...
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar diriku segera berubah...
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan doa...
Berjanjilah wahai sahabat.. Ukhwah kita selamanya kerana ALLAH...
Salam Ukhwahfillah, tulus ikhlas dariku.. A'tiqah binti Mohd Ariff ( Permata Hati selalu..)

Friday, June 13, 2008

Bila gaji dah masuk... Suasana Sabtu...

Alhamdulillah, gaji dah masuk.. Balik je kerja, lebih kurang pukul 6 petang, gi bank kejap, ambil duit cket buat belanja. Separuh simpan untu bayar kereta & untuk simpanan cket.. Lepas tu singgah Giant. Beli beras (15 kilo) dan cari barang-barang dapur macam bawang besar/merah/putih, sos, lauk2 & sayur cket. Beli air jus, roti, kek swiss roll & buah-buah cket.. Itupun dah cecah dekat RM90.. Itupun dah ubah gaya hidup cket, tak ambil dah coklat @pun aiskrim.. Huhuhu.. Tak lama dalam Giant tu, achik & adik call nak makan KFC so belanjalah KFC 3 set Dinner Plate malam tu.. Seronok dapat belanja family dengan duit sendiri ni, lebih2 lagi duit gaji, alhamdulillah.. Dalam perjalanan balik isi minyak full tank, dekat RM50.. Itu baru kosong separuh tangki, kalau dekat tanda E, mesti sampai RM100 punya.. Macam tulah nilai duit sekarang ni, nampak je besar tapi nilainya taklah seberapa...

Esoknya zura belanja makan kat Secret Recipe dengan gaji pertamanya di UIA.. Tak sangka pulak, pagi ku belanja budak2 ni kek Swiss roll ( sebab ingat Syafiq dah last day practical kat ITD ni ), tengahari pulak ada orang belanja.. Alhamdulillah, rezekiku.. Tapi segan jugak, kesian kat zura, mesti nak guna banyak duit untuk MyVi barunya & untuk belanja maknya. Menolaklah jugak pada mulanya.. Tapi sebab zura kata, ni gaji pertama & nak belanja jugak, oklah.. Kami pun pergilah lunch kat SR tu.. Fuuhh.. first time dalam hidupku rasa-rasanya, makan tengahari untuk 2 orang sampai cecah RM58.. Sebab diriku & keluarga memang jarang makan kat luar. Itu yang bergurau dengan zura masa balik tu, kalau akak jadi Officer satu hari nanti, mungkinlah baru boleh belanja zura yang sama, kalau tak, 2 set KFC Dinner Plate jelah boleh belanja.. Hahaha.. terus gelak sama-sama... Tapi kalau ada rezeki lebih, insyaAllah bolehnya... Anyway, terima kasih banyak2 ye Zura... Semoga sentiasa dimurahkan rezeki lagi... Amin...

Tiba pulak hari sabtu (sambung je post semalam), paginya hantar mama gi keja. Sebab mama kata, jalan depan Telekom tu sibuk dengan persiapan Citrawarna.. So hantar naik motor senang cket.. Lagipun, mungkin nak gi pejabat pos, ambil duitbayaran rebet insuran kenderaan.. Tapi bila sampai ofis mama, kawan mama kata memang ramai orang kat pejabat pos tu.. Sementara tunggu mama buat keputusan nak gi ke tak, telefon kaklong tanya kaba. Pas tu cakap dengan Aman sekali.. Walau aman tak berapa pandai cakap lagi tapi dengar suara dia panggil, 'ngah' & bunyi rengek2 tambah gelak2 dia kat sana, terhibur sangat.. rindu betul kat dia.. Memanglah keletah aman ni (dari cara dia tido, makan, main, nangis, suka) sentiasa segar dalam ingatanku tapi yang kurindukan nak peluk, dukung & cium dia.. Ya Allah, rindunyalah.. Kadang2 tu, boleh tersenyum sendirian bila terbayang2 keletah budak kecik sorang ni... Ada sekali tu, sebab ralik sangat teringat kat Aman ni, sampai terluka jari buat kerja2 kat dapur.. Mana taknya, tangan siang ikan, fikiran kat Abdul Rahman.. apa lagi berdarahlah tangan.. Nasib baik tak masak lagi, kalau tak jadi Raja Bersiung kejap.. Huhuhu...

Masa berborak tu, kaklong bagitau yang dia akan main sukan kat Kuala Terengganu dari 19 sampai 22hb ni tapi kaklong pergi dengan kereta Felda. Jadi kuminta kaklongku bawa aman sekali nanti.. Kaklong minta berbincang dengan abah & mama dulu sebab takut takda sape yang nak jaga budak kecik sorang ni.. Lepas pujuk2 mama & abah, akhirnya mama akan ambil cuti. Untuk cucu sorang ni, Wannya okay sokmo.. Untuk 2 ari kerja tu, siang mama yang akan jaga dibantu abah & adik.. Lepas balik kerja, diriku akan take over jaga si budak kecik yang amat2 kurindukan ni.. insyaAllah, semoga mudah & selamatlah segala-galanya..
Itu yang mebuatkan diriku tak sabar2 tunggu hari khamis ni.. Walaupun rasa taknak masa berlalu dengan cepat menanti 25 hb, tapi untuk Abdul Rahman memanglah kunanti-nantikan sangat kehadirannya...

Tinggalkan sekejap cerita Amanku sorang tu.. Sambung cite balik pasal nak gi ambil duit rebet tu.. Last2, mama takjadi gi sebab masih lagi ramai orang, tambahan pulak mama banyak kerja nak disettlekan, nak closed report kerosakan2 telefon pengguna.. Okaylah tu, lepas beli nasi lemak untuk mama kat kantin bawah, ku terus je gi bandar beli barang harian cket, macam sabun basuh baju, axion, tisu dapur, kelengkapan diri yang dah nak habis & cari sandal untuk gantikan sandalku yang rasanya hayat dah takberapa lama lagi ni.. Sebelum apa2, sedia ganti dulu.. Huhuhu.. Masa perjalanan ke bandar tu, lalulah depan pejabat pos.. Mak aii.. memang ramailah sangat orang sampai ke luar pintu pun penuh orang beratur panjang.. Motor & kereta pun bersusun.. Nasib baik mama tak jadi gi, kalau tak, tak taulah lama mana kena tunggu.. Ku sendiri pun yang nak ambil untuk motor pun tak jadi, lain kali jelah bila dah lengang cket..

Lepas beli barang-barang, terus balik rumah.. Panas betul cuaca tengahari tu.. Dahlah agak lama ku tak bawa motor.. kena pulak brek takberapa ok, asyik berbunyi je.. Nampaknya si CBM ni nak minta ganti brek yang baru ni.. Takpalah, isnin ni minta achik bawa gi service apa yang patut.. Janji bagi duit, semua ok..itulah ayat adikku yang sorang ni.. Minyak pun sama, suruh angah ni jugak yang penuhkan... Sabor jelah... Takpalah dah ok semula motor tu nanti, dapatlah bawa gi kerja semula.. Save minyak, save badjet.. Kena belajar berjimat dari sekarang, baru dapat kumpul duit cket... InsyaAllah...

Thursday, June 12, 2008

Cerita suasana hari ni...

Pagi tadi ofis ITD ni riuh sekali dengan suara2 staff yang biasa2.. Tambah2 lagi staff dari Kuliyah Nursing & Kuliyah Science datang ambil PC baru diaorang.. lagilah riuh & teramat busy.. Telefon tu pun tak henti menangis, minta diangkat, manja sungguhlah tepon helpdesk ni.. Hihihi.. Lepas lunch je ofis dah mula sunyi.. Mana taknya, En. Naser ( HOD) cuti, Abg azam training kat UM sampai 26hb ni ( sehari lepas ku lapor diri & induksi ), Abg Man, Abg Hamzah ngan Abg Mizi dah bertolak ke Awana Genting lebih kurang pukul 12 t/hari tadi. Yang ada, Abg Nizam ( ISO ), Abg Roslam, Wan, Juan, Zura & Syafiq ( Practical Student ) yang menjadi teman berbual.. Cian pulak kat abg roslam, tiba2 dengar sakit kaki.. Pas tu kena pulak jaga anak sebab wifenya gi training kat Genting.. Takpa2.. Hazim kan budak baik, takdanya susahkan si ayahnya...

Pagi tadi memanglah tersangat busy, ponet den kojap.. Alhamdulillah, belah petang ok cket.. Update task mana yang tertangguh pagi tadi, kemaskinikan form2 LOU untuk PC-PC tu dan buat filing cket.. Yang kesiannya kat Wan ngan Juan ni, kejap2 orang panggil.. Nak wat mcm mana kan, dah keja.. Sorilah, akak ni tolong sampaikan je pesanan user2.. Syafiq ngan zura pun dah bosan duk dalam ofis yang senyap sunyi tu. Datang kat depan ni, borak2 cket.. tahanlah, ceria cket dapat gelak2 kongsi cerita, release tension.. Den kat depan ni, lagu2 menjadi teman, oklah jugak.. yang diaorang kat dalam tu, dahlah takda orang, takda pulak yang pasang lagu.. memang kesian..ishk..ishk..
Balik ni nak siapkan minute meeting pulak sebab tak berapa complete lagi tu.. Maybe next week baru boleh endorse dengan Dr..

Berita yang paling hangat ari ni adalah harga minyak takkan naik sampai hujung tahun ni.. Baguslah.. boleh tahan 6 bulan lagi.. Mana taknya, lepas ni mikir 100x lah kalau nak travel jauh.. Dulu tank penuh, dapat lagi RM50-60.. Pas ni.. memang confirm RM100.. tahun depan maybe RM 150.. Huhuhu.. menangislah nak pakai kereta macam ni... Pas tu satu lagi berita yang mungkin ok & mungkin juga tak ok ( apa2pun mestilah ada pro. dan con. nyakan? ) Berita kakitangan kerajaan akan terima gaji 2x sebulan.. Sebenarnya bagi diriku, sama je gaji tu, yang penting kita yang kena pandai urus perbelanjaan kewangan kita.. insyaAllah, cukuplah tu.. Kalau 10 tahun dulu masa krisis kewangan taklah terasa sangat sebab kecik lagi.. Sekarang dah kerja, ada tanggungjawab.. barulah tau susahnya mama & abah cari duit dulu.. Terima kasih Mama Abah tercinta atas segala jasa & pengorbanan selama ini.. Love mama & abah forever...

Lebih kurang 2 minggu sebelum bertukar tempat kerja.. hatiku dah boleh terima kenyataan yang kupilih sendiri ni.. Nekad ke JPNP.. mungkin itu yang terbaik, insyaAllah.. Walaupun ramai yang masih menggoyahkan hati ini untuk berbelah bagi.. tapi rasanya masih still utuh lagi ni dengan keputusan yang satu ni.. Tetapkanlah pilihanku ini, Ya Allah..

Last sekali untuk hari ni, pesananku.. Kepada yang buat anjuran main bowling tu.. insyaAllah kalau senang2, nak join jugak nanti, insyaAllah.. Lama dah takmain, tak da geng.. Yalah tu, padahal diriku yang sentiasa tak nak keluar.. hihihi.. No comment...

Monday, June 9, 2008

Sebelum melangkah pergi dari UIAM ke JPNP...

Alhamdulillah.. Dah bagitau semua kecuali officemate yang masih bercuti.. Dr. Jamal, En. Naser, Abg Hasmanizam, Abg Azam dengan Abg Man pun dah siap berpesan supaya kerja baik2 di tempat baru.. Kata Dr. lagi, berbakti kat mana-mana pun boleh, janji ikhlas dalam kerja & berusaha untuk tingkatkan segala kemahiran.. InsyaAllah, akan selalu kuingat pesanan tu & gunakan sebaik-baiknya pengalaman yang ada... Banyak perkara yang membuatkan ku rasa berat hati untuk meninggalkan ofis IT ni.. Takpalah, biarlah kusimpan semuanya.. Nanti makin sedih & makin bertambah berat hati untuk pergi.. Yang buat ku lagi sedih tu, ISO siap bagi lagu perpisahan lagi.. Mengalir air mata dengar lagu tu, penuh makna tersirat.. Ya Allah, kami bertemu kerana-Mu, perpisahan ini juga kerana-Mu, Ya Allah.. Berkatilah hubungan silatturraim antara kami ini, semoga ianya kekal di Dunia juga Akhirat.. Amin..

Hari ni dan mungkin berterusan dalam 2 minggu lagi, mungkin hari-hari yang agak sibuk bagiku.. Tambahan lagi, dalam 2 minggu ni ramai staff IT yang takda. Ada yang gi training/akan pergi training, bercuti & ada yang emergency leave.. Makin bertambah busy lagi, bila dapat tugasan untuk distribute PC-PC yang baru sampai ni sekali dengan menguruskan semua form-form LOU untuk PC.. Ini mungkin menjadi antara tugasan terakhirku di sini.. Tapi takpalah, mungkin kesibukan pada hari2 terakhir ni dapat melupakan diriku seketika yang ku akan bertukar tempat kerja.. InsyaAllah, sebelum melangkah pergi, akan ku settlekan semua kerja yang patut disettlekan.. Tak sanggup rasanya menyusahkan staff IT ni terutamanya abg azam nanti.. Lagipun memang menjadi prinsip diriku, akan menyelesaikan semua urusan yang perlu diselesaikan walaupun mungkin mengambil sedikit masa...

Ku sentiasa doakan semoga ITD akan menerima seorang AA yang lebih cekap & lebih baik dariku, insyaAllah.. Yang dapat membantu dalam semua kerja.. Walau ITD akan kembali seperti dulu ( tanpa AA yang membantu ) tapi kupercaya semuanya akan dapat menyesuaikan diri balik.. Selama 9 bulan ku di sini, banyak yang kupelajari dari brother2 kat sini.. Yalah, diriku takberapa celik sangat dalam bidang IT ni.. Satu..satu..tanya..( nak belajar kan! ) Maaflah kepada semua, kerana dah banyak menyusahkan.. Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan.. Semoga Allah menambahkan lagi rezeki ilmu tu,insyaAllah..

Yang sebenarnya, apa yang ingin kuceritakan ialah..baru-baru ni ku dapat tawaran jawatan tetap Pembantu Tadbir di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.. Lapor diri sekali dengan taklimat/induksi 25-27 hb ni.. Kalau boleh memang nak bersama UIA lagi, tapi rezekiku di JPNP sampai dulu, jadinya ku terima walaupun dengan rasa berat hati.. Abah, mama, & seluruh familyku gembira sangat sebab akhirnya dapat juga ku kerja tetap setelah beberapa tahun ni kerja sementara.. Dan bagi diriku, kalau ibubapa gembira & restu, insyaAllah, itulah yang terbaik bagi diriku.. Begitu jugaklah dengan pilihan hatiku nanti kot..Huhuhu.. Tambahan pula, memang ku pernah ada impian untuk kerja kat Jab. Pendidikan ni dulu.. Walaupun bukan sebagai guru tapi ok jugaklah tu.. sebab rasanya bidang ni sesuai untuk diriku.. Ada rezeki nanti mungkin ku akan sambung study dalam bidang Administration pulak, insyaAllah.. Cita-cita untuk sambung study tu masih kuat lagi lepas terpaksa tolak tawaran ke UMP dulu, 6 bulan lepas abis kat Poli. Sebabnya kumasih terikat dengan Kementerian Kewangan masa ambil SLG, tambahan lagi exam Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerja ( OSH Officer ) dah dekat sangat masa tu.. rugi pulak rasanya kalau tak lulus & tak dapat sijil tu.. Alang2 dah belajar tu, biarlah sampai tamat kan...

Sudah berbagai kerja jugaklah kupernah rasa. Antaranya dalam bidang pentadbiran ( yang banyak sekali ), dalam bidang OSH sekejap, jadi babysitter, pembantu klinik, dll.. tapi bidang yang kupelajari semasa di POLISAS dulu terlalu sedikit dalam pengalaman kerjaku.. Memang diriku tak sesuai kot berada dalam bidang Civil Engineering ni.. Huhuhu..sedinyalah...Takpalah, ku bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah bagi.. Adalah hikmahnya tu nanti.. Semoga ianya baik dalam agamaku, hidup duniaku & harapnya baik juga hidup akhiratku.. Akan kucuba belajar tingkatkan diri lagi di masa akan datang, insyaAllah.. Apa yang kuharapkan nanti, semoga diriku dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan suasana persekitaran yang baru.. Harap juga dapat officemate yang baik-baik lagi, senang bekerja & berkomunikasi... Memanglah rasanya susah sikit nak sesuaikan diri di tempat baru tapi insyaAllah, bolehlah nanti..

Ingat lagi waktu mula2 masuk ITD ni.. memang ku kekok sangat.. Yalah, dah semuanya lelaki.. Punyalah malu nak cakap lebih2 lagi tengok sorang2 macam garang je.. Hihihi.. Tapi lama2, ok dah.. siap boleh kongsi cerita2 lagi macam keluarga sendiri.. itulah yang seronok sangat.. Dan yang tak mungkin ku lupa.. bila kena 'buli' dengan Bro.2 kat sini masa mula-mula masuk dulu.. Sebelum dapat tau satu2 perkara baru tu mesti kena 'buli' dulu sampai pernah mengajuk jugaklah dulu.. Yalah, terms-terms Network & System ni bagi orang yang tak celik IT macam diriku ni, memanglah sesuatu yang baru.. Ada pulak tu, terms yang first time dengar.. Huhuhu.. Nasiblah.. belajar dengan Bro.2 kat cni memang macam tulah gayanya.. Yang paling susah sikit masa nak buat minute meetinglah.. First department meeting, memang ku tak tau apa-apa.. Previous minute pulak takda, lagilah pening.. Tanya Bro. ni, tanya Bro. tu, nak tau pasal situasi sebenar & kerja2 diaorang.. last-last siap jugaklah minute meeting tu, alhamdulillah.. Meeting seterusnya okaylah sebab dah tau dah cket2 keja kat IT ni.. Sebenarnya kalau boleh banyak lagi nak cerita suka duka & kenangan2 kat sini tapi masa tak mengizinkan.. InsyaAllah, senang2 nanti ku menulis lagi..

24 hb nanti adalah hari last ku di sini.. Semoga Allah lebih tabahkan hatiku nanti.. Cukuplah ku sedih & menangis sendiri 2-3 ari ni.. Sedihnya bila kita nak tinggalkan sesuatu tempat yang dah serasi dengan kita, lebih-lebih lagi dapat officemate yang baik2 ni... Takpalah, semua dah kata takpa, ok, dan dah support, okaylah... Lega & tenanglah sikit hati ni.. Andai selepas ni, ada panggilan dari UIA ( sebab memang sebelum ni pun kumenanti..) kurasa, ku dah tekadkan hati untuk ke JPNP, insyaAllah.. Sebab kupernah berdoa, yang mana sampai dulu, yang itulah akan kupilih.. Semoga ianya yang terbaik untuk masa depanku, insyaAllah..

Sedih untuk tinggalkan UIA ni, sedih lagi untuk kutinggalkan ofis IT & OCD ni.. Buat semua staff UIA terutamanya di IT & OCD.. Terima kasih semua & minta maaf banyak2 andai ada tersalah kata, bual bicara, terkasar bahasa/perbuatan selama di sini.. Mengenali kalian adalah salah satu hadiah yang bernilai buat diriku.. Kenangan bersama kalian tidak mungkin kulupakan, insyaAllah.. Harapnya semoga hubungan silaturrahim antara kita sentiasa berpanjangan, insyaAllah.. Kalau terjumpa/terserempak kat mana2, dapatlah kita bertegur sape lagi ye.. Biar ukhwah kita sentiasa kerana Allah..

Lagu Doa & Perpisahan ( Brothers ) dan juga hadiah lagu perpisahan dari Abg Hasmanizam ni, Maafkan Teman ( Far East ) ku hadiahkan untuk semua terutamanya staff ITD & OCD.. InsyaAllah.. berpisah tempat kerja je ni.. senang-senang nanti bolehlah berjumpa lagi.. Tak jauh mana pun, kat Indera Mahkota ni juga.. Good Luck, everybody.. Take care always k...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. ( Salam kebaikan, kesejahteraan buat semua..)
Wassalam...

Thursday, June 5, 2008

Sekadar kongsi-kongsi..

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi mungkin merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan
lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting
apabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar
apa yang ada dan tidurlah secukup yang mungkin untuk merehatkan diri.

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama andai dirimu yakin "Si dia" mampu & akan membahagiakan dirimu kelak..

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa..

KESEMBILAN.
Cintailah Tuhanmu dengan sepenuh hati dan sayangilah keluarga & teman-temanmu dengan penuh kasih sayang. Kerana itulah satu-satunya cara untuk melengkapkan kehidupan ini..

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, berbincanglah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah sesekali jadi orang yang kurang ajar ataupun menjadi pemarah..

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain terutama orang yang lebih tua;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar..

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu..

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian untuk mencari ketenangan. Lagi baik kalau anda mempunyai teman yang sudi berkongsi cerita suka duka anda. Bertuahnya diri anda!!!


Cerita Petrol naik harga & Abahku dalam Bersamamu di TV3..

Rasanya semua dah tau cite apa yang paling hot hari ni kan. Petrol naik harga!! Bukan sikit2 tu sampai rm0.78 ( +- setengah harga naik tu.. ) Ishk..ishk.. gawat, gawat sekarang ni.. Semalam masa mama balik kerja (waktu tu dah dekat maghrib sebab mama kena OT), kata petrol pam semua penuh, bersusun kereta sebab PM umum petrol naik harga petang tadi.. Apa lagi, lepas solat maghrib je, mama, abah & achik gi lah stesyen minyak, penuhkan tangki Si Persona tu.. RM58 jugak penuh.. Mama tanya Angah taknak penuhkan Iswara ke? Ku jawab nantilah Angah gi kejap2 lagi sebab masa tu baru lepas mandi & baru nak solat maghrib.. Kalau tak mesti dapat petrol free, Abah belanja.. Huhuhu.. Takpalah, abah dah banyak belanja, siap belanja makan malam lagi.. Bukan apa, tak naklah menyusahkan abah, lagipun duitku masih ada lagi, balance balik Langkawi ari tu.. Uuii, berjimat betul tau..

Masa kecoh2 semua nak keluar isi minyak malam tu adik bongsuku ( isa ) ni tanya.. Ngah, kenapa semua sibuk nak isi minyak? Ku jawablah petrol naik harga esok.. Dia tanya lagi naik berapa? Ku jawab lagi dalam 78sen.. Pas tu, dia boleh cakap pulak. Laa, kenapa tak naik terus satu ringgit, senang kira.. Tercenggang kejap.. Angah dia pun apa lagi, explainlah apa yang patut budak sorang ni tau.. tapi biasalah budak tak matang lagi, main2 jelah lebih.. Pening2 dengan adik sorang ni.. Yalah, lagipun dia tak pernah rasa lagi macam mana susahnya nak cari duit.. bila dah tau esok (dah kerja & ada tanggungjawab) insyaAllah, fahamlah tu..
Lepas selesai solat maghrib, ajaklah adik teman pergi penuhkan tangki 2 line lagi tu ( semalam isi rm10, nak sampai 1 line lagi tinggal nak penuh tangki ) Tiba2 malam tadi dah turun ke line kedua pulak, pelik betullah?? Mana taknya, nak tunggu turn kita isi minyak, berapa puluh kali main ke clutch, minyak dengan brek tu tapi jalannya merangkak2 jugak.. Setengah dari 1 line tu jugak minyak abis.. Huhuhu.. Siap jaga-jaga lagi tak bagi orang potong line.. hahaha.. Mana taknya line sebelah kanan laju je isi minyak.. Masa-masa macam nilah, dapat tengok jelas-jelas yang signboard Jalan sehala @ Dilarang masuk tu tak digunakan, main redah je.. Semua laluan penuh kereta.. Semua muka tension2 belaka.. Hahahaa..

Masa tunggu turn tu borak2lah dengan adik sambil mesej Along, Alang, ihkram & teman2 yang lain ( terutamanya Abg Hamzah, officemate yang nak balik Melaka 2 ari lagi ), sambil tu jugak dengar radio (semuanya cite pasal petrol naik & kesesakan di seluruh petrol station) sambil tu jugaklah terlepas cakap kat adik, mau dekat sejam kita kena tunggu ni dik. Alih-alih, memang betul pun. Adik pun cakaplah masin betul mulut angah ni.. Pukul 8.33 kami mula berbaris, tepat 9.33 tepat tibalah turn kami isi minyak.. Hihihi.. Agak-agaknya kalau masa tu ku cakap sekali, insyaAllah angah kawin tahun depan, termakbul jugak ucapan tu kot..Hihihi...
Alhamdulillah selamat, dah boleh balik.. isi penuh tank pun rm25 je, letih menunggu.. Lepas ni kena bawa slow2, save minyak..hihihi.. Tapi kena cepat balik jugak sebab mama dah risau dah, berkali-kali mama call, tanya kat mana, dah sudah belum, risau betul mama kalau kami keluar waktu2 kemuncak macam ni.. Kami pun balik terus tapi singgah 7E kejap beli manggi cup prepare untuk sahur esok. Adik biasalah, tak lepas dengan sluppy dia tu..

Dalam perjalanan balik tu, boraklah dengan adik, mama risau betul kan kalau angah bawa kereta malam2 walaupun ada teman. Adik pulak jawab, mestilah mama risau kat anak dara dia sorang yang tak kawin2 lagi ni.. Baik punya adik!! Huhuhu.. sedih betul dengar jawapan tu.. Tapi jawab pulak kat dia, esok kalau angah dah kawin adik tak boleh manja dah dengan angah, tak da sape dah nak defend @ teman gi mana2 @ kejutkan pagi2 @ pun nak masak & buat kerja2 rumah & banyak lagilah.. Haa, pas tu barulah nampak senyum2 malu cover line.. Haa, baru tau betapa pentingnya kakNgah dia sorang ni kat rumah.. Mama pun siap tambah lagi, kalau angah duk jauh nanti, takdalah tukang masak & pembantu mama dah.. Alahai, sedih dengar mama cakap macam tu.. Takpalah mama, selagi diberi kesempatan ni, akan angah curahkan sebanyak-banyak bakti pada keluarga, insyaAllah.. Rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya Allah dah tentukan.. Ada rezeki adalah tu..

Cerita bab jodoh ni kan, adalah teman2ku beberapa orang ni, pening pikir pasal hantaran jugak akan naik.. Sebab kalau petrol naik, pasti semua akan naik jugak lepas ni.. tambahan lagi baru2 ni beras, tepung & minyak pun dah naik harga.. Nak jawab macam mana tu yek sebab diriku sendiri pun "tak lepas lagi".. Hihihi.. Tapi kalau betul dah ada niat yang baik untuk bekeluarga tu, teruskan jelah.. Yalah, pastinya semua orang impikan untuk ada pasangan masing2, mempunyai teman sehidup semati ( insyaAllah, andai diizinkan ) & juga mempunyai anak2 penyeri rumahtangga kan.. Jadinya, kita buat je secara sederhana asal diberkati. Dan kalau boleh berbincanglah baik2 antara pasangan & family.. Ambil kata sepakat, saling bantu-membantu & bertolak ansur mana2 yang patut.. insyaAllah sama-samalah kita doakan semoga impian menuju hari bahagia tu akan tercapai, insyaAllah.. Amin..

Sambung lagi cerita. Sampai je rumah malam tadi, lepas siap parking kereta dalam porch, berkejar-kejar achik keluar, cepat2 ngah, dik.. Abah masuk tv ( Bersamamu di TV3 ), tinggal 10 minit je lagi.. Apa lagi berlarilah masuk tengok tv.. Sambil makan mee canlong dengan kicap lada.. Alhamdulillah memang sedap mee tu ( walhal memang dah favourite ) Banyak betul rakaman gambar abah dalam Bersamamu tu.. Riuh sekali kami adik beradik.. haa tu abah, ada lagi tu, haa, abah lagi.. aik, ada lagi.. Wah, glamour abah kejap.. Siap chu call lagi tanya bila rakaman tu dibuat, kenapa tak ajak sekali? Abah pun cakaplah, orang bukan nak glamor, orang gi sana gi buat kerja sebagai JKKK. Dah orang nak ambil gambar, biarlah diaorang buat kerja dia.. Abah pun biasa-biasa je, takda rasa apa-apa, kami pulak yang lebih-lebih.. Hihihi..

Last sekali, kepada pemandu2 kenderaan sekalian, sabar jelah dalam menghadapi situasi seperti sekarang ni.. Sama-samalah kita berdoa semoga keadaan dapat menjadi lebih baik di masa akan datang, insyaAllah.. Yang mana boleh dijimatkan, kita jimatlah.. Lepas ni, naik CBM 645 lah gi kerja.. Achik pun dah abis exam, bolehlah kugunakan semula kriss kesayanganku tu.. save minyak cket & senang basuh sebab 2 tayar je kan..Hihihi.. Achik pun bolehlah tengok & repair semula apa-apa yang patut motor CAB 7402 dia tu dalam cuti semester dia ni.. Abah biasalah kan, dengan EX5 CBA 8645 kesayangannyalah.. Si CCC tu simpan, mama bawalah Si CBF Angah tu gi kerja.. Selesai masalah keluargaku buat masa ni.. InsyaAllah, Amin...

Think positive ok... Wassalam..

Tuesday, June 3, 2008

IEEP OCD@Langkawi..Sepanjang Perjalanan Hari pertama..

Alhamdulillah, seronok, hanya 2 perkataan yang dapat kugambarkan.. Alhamdulillah selamat pergi dan balik & semuanya berjalan lancar.. " Ya Allah, syukur sangat di atas segala nikmat kurniaanmu ini ".. Sebelum nak pergi tu, punyalah takda feeling, sampai mama pun dah bising, risau tertinggal bas.. Mana taknya, nak keluar rumah gi UIA pukul 9.30 mlm, pukul 8 mlm pun tak siap pack barang lagi ( sebab rasa mcm tak seronok je, itu yang jadi macam tu.. ) Mama siap tunggu dalam bilik lagi tengok anak dara sorang ni pack barang sampai siap, huhuhu.. Lepas solat isyak & dah siap2 tu, sempat lagi gosok 2-3 helai tudung cket2, hihihi...

Mama, abah & adik dah tunggu dalam kereta pun nak hantar sebab dah pukul 9.30 kan, ikut tentative program bas bertolak pukul 10 mlm. Bersemangat betul diaorang, tu yang tanya dengan mama, ni sape yang nak gi sebenarnya?? Mama pun senyum jelah.. Itulah, kalaulah boleh bawa mama sekali, mesti lagi seronok. Tapi kalau boleh bawa pun, mama bukan nak cuti kerja lama2, risau tertangguh banyak kerja, memang pekerja yang betul2 berdedikasilah mamaku ni..

Sampai kat depan lobby malam tu ramai dah yang datang, bas je tak sampai2 lagi. Disebabkan banyak kereta kat depan lobby tu, turun kat situ jelah.. lepas keluarkan beg, terus salam dengan mama, abah & adik.. Siap cium berkali lagi tu.. ( Entahlah, nak jalan jauh kan, macam2 fikir ) Masa kat rumah tu pun, dah salam ngan cium achik sekali dengan kucing & anak2 kucing sekali.. Tengok je rumah, bila kereta berlalu pergi.. Hihihi..( Bukan apa, takut pergi ni berhantar, balik pun berhantar juga tapi dengan kereta lain ) Rasa-rasanya kereta apa? Takyah jawablah, dah selamat sampai, alhamdulillah.. Bila bas sampai & tau je mana bas yang kena naik ( sebab dah ada senarai nama kumpulan kan ) simpan beg & terus naik bas. Lama jugak tuggu yang lain nak penuhkan group.. Br. Roslan ( Library ) ketua team bas 3. Bagus betul Bro. sorang ni, jaga betul yang single2 ni, takut tertinggal.. Hihihi..

Sebelum bertolak Bro. Ijoy mulakan dengan berdoa agar perjalanan kami selamat pergi & balik.. Amin.. Yang seronoknya, ahli kumpulan bus 3 ni memang best2 belakalah.. Br. Roslan, Bro. Ijoy, Kak Mala, Pn. Sahaniza, Kak Wan ( beserta keluarga masing2 ) Yang single2nya, yang menulis ni, aisha & masni. Tak sampai Gambang pun lagi, ramai dah terlena.. Diriku biasalah, memerhati panorama waktu malam.. Sesekali terlelap juga 5-10 minit sebab terlalu mengantuk sangat. Sekejap jelah, lepas hilang ngantuk tu oklah.. Memang dah sifat semulajadiku, susah nak tido dalam bas. Bukan apa, rasa risau je bila ada atas jalan raya ni lebih2 lagi kat lebuhraya Karak tu, memang berdebar..

Sepanjang jalan malam tu, banyak jugaklah kereta termasuklah lori2 besar & treler. Kat R & R alih ke utara tu pun bersusun lori & treler berhenti rehat. Banyak kali jugaklah bas berhenti sepanjang perjalanan tu, ramai yang sejuk nak gi toilet. Masuk KL, bas berhenti kejap, ambil second driver ( rupanya dia tunggu kat KL. Puas fikir dari kuantan tu, takkan sorang je driver nak bawa sampai 11-12 jam?? Akhirnya terjawablah.. ) Sepanjang malam tu, memang kuperhatikan setiap negeri yang dilalui.. Dari Pahang sampai KL terus ke Perak terus lagi sampai Pulau Pinang sampailah Perlis dan Kedah dan akhir sekali sampai kat Jetty Kuala Perlis ( berapa banyak sampai dah ) Setiap negeri tu pemandangannya ada sikit2 kelainan. Macam sepanjang laluan KL tu nampak banyak bangunan jelah kan.. Lalu highway Pulau Pinang pulak, banyak kilang2 besar ( maklumlah salah satu negeri perindustrian) Highway Perak biasa2 je..

Yang bestnya masa sampai Kedah dengan Perlis, memang cantiklah pemandangannya dengan suasana kampung & sawah padi ( yang agak baru disemai ) Hijau je, sejuk mata memandang. Tambahan lagi dengan keindahan langit biru sekali dengan suasana terbitnya matahari.. Subhanallah, memang cantik.. Alhamdulillah, perjalanan kami okay je sampai ke pagi. Lepas solat subuh & sarapan di R & R Gurun, kami meneruskan perjalanan ke Jeti. Biasalah waktu pagi, orang sibuk keluar gi pejabat.. Banyak betul kereta & motor, siap ada laluan khas untuk motosikal lagi.. Asyik menikmati keindahan negeri orang tu, akhirnya sampai jugak kat Jeti Kuala Perlis..

Kami sampai pukul 9.30 pagi. Punyalah ramai orang kat tempat menunggu Jeti tu.. Nak naik ferry pukul 12.30, lambatlah lagi, adalah 2-3 kali dah gi ladies.. Hihihi.. Pas tu gi makan kejap, cuba laksa Perlis.. Tapi sama je rasanya dengan laksa P.Pinang.. Masa boring2 tunggu masa naik ferry tu, sempatlah dukung 2-3 orang baby ( pinjam sekejap dengan ibu diaorang, kesian penat dukung budak kecik ni..) Itulah salah satu yang membuatkan tripku ni jadi seronok.. Baby@budak2 memang kesayanganku.. Akhirnya masa untuk naik feri pun sampai, berpusu-pusu orang nak naik feri.. Yang kesiannya, mak2 budak yang dukung budak kecik dengan beg lagi.. Nasiblah ada juga insan2 yang sudi membantu..

Pengalaman pertama naik feri rasanya.. Waktu kecik2 dulu, tak ingatlah pulak.. Seronok..macam naik bot laju tapi feri tertutup semua.. Tapi dapat rasa kesejukan laut. Lepas hampir 1 jam 15 minit ( lebih kurang 2.30pm ), akhirnya sampailah kat Jeti Pulau Langkawi,alhamdulillah.. Dari jauh dah nampak 'Sang Helang' tu.. Masa nak turun tu, takut2 jugak sebab feri tu tak stabil, bergoyang-goyang.. Naik je jeti Langkawi tu, terus gi cari bas yang dah disediakan.. sambil2 tu tengoklah keadaan sekeliling, macam2 gelagat orang lalu lalang, ada yang nak pergi dan ada yang nak balik.. Singgah kedai roti jap, beli pizza & roti untuk alas perut nanti ke petang.. Jumpa je bas no.3, terus letak barang & rehat..

Bila bas gerak, tak lepas peluang tengok sekitar jalan-jalan di Pulau Langkawi.. lebih kurang je kat negeri2 lain.. Jauh jugak Asenia Resort ( tempat kami menginap ) ni, lebih setengah jam jugak dari Jeti.. Sampai je, terus check in, minum air yang disediakan & terus naik bilik.. Duduk 1 bilik dengan Shima Mahallah.. Bilik pulak yang hujung sekali tu..8218.. Sampai je bilik, terus request iron.. Nak iron semua baju & tudung yang patut diiron.. Dah settle semua, mandi & solat jama'.. Tak sempat rest pun, tau-tau dah dekat pukul 6, dinner.. Turun kat bawah & bersantap.. Malam pulak lepas mandi & jama' maghrib isyak, terus turun bilik persidangan resort tu, ada talk. Possitive Thinking, yang disampaikan sendiri oleh Dean Kulliyyah Medicine, Prof. Mohd Tahir Azhar.. Best juga dengar Prof. ni present tajuk tu.. Lagipun nilah first time dapat kenal Prof. ni dengan lebih dekat.. Selama ni kenal-kenal biasa je.. Lepas abis talk, ada presentation dari Br. Adam..

Abis je sessi malam tu, ada suffer & sesi bergambar ramai2.. Lepas tu balik bilik, tengok tv, mandi lagi & kemas apa yang patut.. Dekat 1 lebih barulah terlelap.. Dan kesokkannya, jam 6.15, bangun, solat subuh, mandi & bersiap..

Bersambung di hari kedua @ Langkawi........

Melangkah ke bulan Jun 2008...

Sekejap je masa berlalu, dah pun masuk bulan Jun ( 6 ). Semalam first day kerja di bulan baru, so busylah cket lepas tertangguh kerja-kerja 2 ari lepas ( IEEP@Langkawi ). Banyak kerja yang nak diuruskan & disettlekan.. Biasalah, rutin harian, receive, create & update report-report, settlekan semua claim part time, filing, prepare tempat & makan untuk meeting dengan KOS & belah petang pulak, perlu compilekan semua LOU desktop & notebook untuk dibawa Juan ke Gombak keesokkan paginya.. Masa nak siapkan file LOU ni, penuhlah meja dengan file-file.. Dahlah duduk bahagian in front, malu pulak dengan orang yang datang ofis IT, meja penuh dengan file yang bertimbun-timbun.. Huhuhu, nak wat cam mano laiyie, dah memang tu tempat den.. Boleh dikatakan semalamlah hari yang cukup busy selama kerja ni..tak sempat nak tengok blog, email pun bersusun-susun masuk tak sempat baca lagi.. Cerita-cerita dari Langkawi pun tak sempat nak tulis lagi.. Huhuhu..takpalah, insyaAllah, senang2 nanti akan kucoretkan juga pengalaman kat sana.. Banyak juga cerita sebenarnya.. sebab sebelum pergi tak rasa apa-apa, dah pergi baru rasa seronok tu datang, alhamdulillah..
Petang ni PC-PC baru akan sampai, lagilah sibuk ofis IT ni.. Kejap lagi pulak ada meeting kat KOS tapi tak taulah sampai pukul berapa.. Meeting antara Director, Dean dengan Officer2 tapi kenapa pulak tersesat sorang budak ni kena ikut serta?.. Hihihi.. Tak taulah, kena jawab sendiri tu...