Tuesday, June 17, 2008

Belajar Menghargai....

Petang semalam balik dari kerja dalam pukul 6.05 pm, mata ni terpandanglah kat awan dengan matahari petang.. Subhanallah, cantiknya pemandangan petang tu.. Kalaulah ada kamera, lama dah snap.. Asyik ralik tengok ke awan tu, drive pun jadi tak konsisten.. Nasib baik je stereng tu bukan power stereng, kalau tak.. taktaulah..Huhuhu...

Macam biasalah, setiap kali bawa kereta, memang akan on kan radio.. Masa tu dengar channel Radio Malaysia Pahang, rancangan Kalam Damai di PahangFm.. Santai budi.. Mencuit Sanubari.. Rancangan ini disiarkan setiap Isnin, 6 - 7 ptg.. Macam2 cerita berkaitan agama yang dicelotehkan dalam rancangan tersebut.. Bagus juga rancangannya.. terutama bila Ustaz Badli Shah dijemput sekali, memang lagi best dengar.. Kalau tak caya, cuba dengar sekali.. Rancangan ni ada blog juga yang dicreate oleh Ustaz Ahmad Shah bin Jamlus selaku tetamu setiap minggu... Kalau senang2, cubalah baca blog kalam damai tu ye.. @ http://kalamdamai.blogspot.com/

Sedang syok dengar Ustaz ngan kak Ruhaida ni bercerita, fikiranku melayang sekejap tentang keputusanku untuk ke JPNP.. Entahlah, apa yang tak kena.. asyik bergoyah je lagi hati ini sampai ari ni, padahal minggu depan dah nak gi ni.. Adakah betul pilihan yang kubuat ni?? Jangan tukar keputusan di saat2 akhir dahlah.. Tiba-tiba ada pulak kat Medic nanti.. terkejut semua orang nanti..Huhuhu.. Itulah, bila pilihan datang, amat sukar sekali untuk dibuat keputusan.. Ya Allah, kumohon yang terbaik dari-Mu dalam membuat pilihan ini.. Istikharahku kerana-Mu, Ya Allah.. Amin.. Harapnya semoga inilah yang terbaik buatku.. Tak nak dah pikir.. Yang belum tentu pasti keadaanya, jangan diharap sangat.. itulah pesan orang tua2.. Macam pesan ISO, bila dah istikharah, dah dapat petunjuk & buat keputusan, teruskan jelah.. Lepas tu berdoa & bertawakal kepada Allah.. Adalah rezeki & jalan untuk kita Allah tunjukkan.. InsyaAllah... Yang pasti, diriku bersyukur sangat.. sekurang-kurangnya rezeki ku di alam pekerjaan masih ada lagi laluannya.. Walau terpaksa memilih antara dua tapi lebih baik dari menjadi seorang penganggur terhormat (tiada kena mengena samaada yang hidup @ mati ye) Alhamdulillah.. hargai apa yang kita ada, itulah yang penting.. Sebab zaman sekarang dah susah dapat kerja.. mana2 rezeki yang dapat alhamdulillah.. Yang dah berkerjaya tu, beruntunglah anda2 semua dan tahniah!!!

Ari ni kat ofis aircond sejuklah sangat.. Dah lama takpakai blazer sebab sebelum ni aircond tak berapa ok.. Bila sejuk, sejuklah sangat.. Kalau panas, biasalah kan..cari kipas.. Lepas aircond ok semula, fikir2 jugak.. apa2 yang ada perlulah sentiasa dihargai & bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang sebab kat tempat kita ni sentiasa ok lagi walau ada terkurang sini sana cket.. Kat negara yang susah sana, lagi kesian penderitaan yang mereka alami.. Alhamdulillah, kita bertuah lagi kat bumi Malaysia ni.. Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini di kalangan hamba yang sentiasa bersyukur.. Amin...

Selama 9 bulan kat cni, ramai kawan2 baru kukenal.. Ukhwah di mana-mana kan.. kat cnilah pernah kerja paling lama & paling ramai rakan sekerja.. Nama pun universiti kan.. Sayang pulak rasa nak tinggal..Huhuhu.. 9 bulan?.. satu tempoh masa yang agak lama.. Ada kawan2 kat cni mula kenal dulu, baru lepas kawin, sekarang dah ada baby.. Cepatnyalah masa berlalu ye.. Rasa macam baru je masuk semalam & rasa 'dibuli' dengan Bro.2 kat sini...Huhuhu...takdalah, gurau aje... Selama tempoh tu juga, baru ku perasan, takda gambar kenangan pun dengan officemate ITD ni.. Huhuhu.. kesian.. Ni dalam proses nak kumpul2 gambarlah ni.. Nanti, boleh upload kat cni, boleh kenal staff ITD yang best2 ni.. Hihihi.. Best ke?.. No comment...


* Foto-foto dengan officemate yang sempat diambil semalam... Dengan Abg Man, Abg Hamzah, Abg Roslam, Zura & Syafiq ( Practical Student ).. Yang mana satu jadi pilihan??.. Huhuhu...

Sebenarnya, banyak lagi yang kita boleh belajar dalam bab2 menghargai ini.. belajar menghargai masa yang ada (terutamanya ditujukan untuk diriku sendiri) Lain orang lain caranya mengurus masa ni.. Tapi betullah orang cakap, kalau kita duk tunggu sesuatu, pasti rasa macam lambat je.. tapi kalau kita tak menunggu sangat, pasti sekejap je sampai waktu tu.. Macam sekarang nilah, tinggal beberapa hari je lagi untuk ku berkhidmat di ITD ni.. Huhuhu..sedihnyalah... Nak wat macam mana, pekerjaan mesti diteruskan di tempat baru.. Seperkara lagi, belajar menghargai masa yang tinggal.. Yalah, kita taktau bila kita akan dijemput Ilahi.. sekarang ni macam2 boleh jadi, pagi ni jumpa, petang dengar dah takda.. Semalam boleh gelak ketawa, hari ni terlantar sakit.. Hargai nikmat hidup & nikmat kesihatan anugerah Allah, insyaAllah Allah tambah lagi nikmat yang lain.. Tapi setiap sakit tu sebenarnya adalah ujian untuk kita.. untuk menguji tahap kesabaran & kekuatan iman kita.. Kalau boleh semua orang taknak sakit.. nak sihat sokmo.. Tapi itulah kehidupan, ada masa sihat, ada masa kurang sikit, ada masa senang, ada masa2 kita susah.. So kita sama2 saling ingat mengingati & berpesan-pesan untuk kebaikan bersama..

Misalnya kalau kita pemandu kereta, kita mesti belajar menghormati pemandu kereta yang lain, penunggang motosikal & yang bawa basikal.. Sebab bila kita berada pada kedudukan mereka ( bermotor @ berbasikal ) di jalan raya, kita juga inginkan pemandu kenderaan besar yang lain menghormati kita kan??.. Kalau takcaya, cuba bawa motor sekali sekala & rasa sendiri.. Pengalaman banyak mengajar kita.. Diriku sendiri pernah rasa susah senang menunggang motosikal ni, macam2 cite ada.. Pernah rasa tayar pancit kat highway, berhujan, berpanas & pernah accident sekali, itupun sebab kereta yang langgar tu main redah keluar je dari simpang, tak tengok kiri kanan dulu.. Terpelanting juga ke tepi jalan masa tu, dapatlah rasa dihempap motor.. Huhuhu..sakit.. Helmet pun terpelanting sekali sebab pakai takberapa kemas.. Tapi pengajaran besar bagiku tu..lepas pada tu, mesti ketatkan betul2.. Nasiblah dulu terpelanting ke tepi jalan kalau tak, taktaulah kan..Tapi memang masa tu ku dah bersedia kena langgar sebab memang tak sempat nakbuat apa2 dah.. itupun dah control slow sebab dah tau laluan tu bersimpang... Nasib tak serius.. motor je rosak cket, helmet kena ganti viser baru, luka di kaki & tangan cket.. kepala ok lagi.. mulut je makan tanah.. Hihihi..pengalaman pertama accident.. Yang lagi malu tu, semua yang tolong adalah lelaki.. memang tunduk jelah.. tak tengok pun muka sorang2 walaupun sekampung sebab malu sangat2, bibir bengkak tu.. Huhuhu..

Dalam belajar menghargai ini.. ku sering bermuhasabah diri.. kenapa diriku tak pernah belajar @ bekerja jauh lagi dari keluargaku.. Bila dikenang2kan.. mungkin Allah nak bagi ku kesempatan menjaga & berbakti kepada ibu & ayahku dahulu sebelum diriku berbakti kepada suami pulak nanti.. Alhamdulillah.. akan kugunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.. insyaAllah.. Yang agak seronoknya setiap tahun diriku masih lagi dapat berpuasa, bersahur, berbuka, bereterawih & behari raya bersama family.. Harapnya semoga dapatlah lagi rasa tahun ni & akan2 datang, insyaAllah.. Tiap2 pagi pulak, sebelum pergi kerja dapat salam & cium tangan abah & mama lagi.. Kaklong & Alang dah duduk jauh kat negeri orang.. Cuti sekali sekala, dapatlah balik jumpa family.. Kubersyukur sangat2 diberi peluang bersama dengan keluarga lagi.. Walaupun dulu kupernah rasa sedih seketika kerana abah tak restu perhubungan sesama keluarga terdekat.. tapi kini kufaham segala-galanya.. Abah memikir masa hadapan & abah tau segala yang baik untuk diriku.. Jadi biarlah takdir & waktu yang menentukannya.. Rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan.. semua Allah tentukan.. Adalah rezeki tu nanti.. yang penting, kita sentiasa berdoa memohon kepada Allah untuk kebaikan, kegembiraan, keselamatan, kebahagiaan & keberkatan hidup di dunia & akhirat, insyaAllah.. Amin....

No comments: