Friday, June 13, 2008

Bila gaji dah masuk... Suasana Sabtu...

Alhamdulillah, gaji dah masuk.. Balik je kerja, lebih kurang pukul 6 petang, gi bank kejap, ambil duit cket buat belanja. Separuh simpan untu bayar kereta & untuk simpanan cket.. Lepas tu singgah Giant. Beli beras (15 kilo) dan cari barang-barang dapur macam bawang besar/merah/putih, sos, lauk2 & sayur cket. Beli air jus, roti, kek swiss roll & buah-buah cket.. Itupun dah cecah dekat RM90.. Itupun dah ubah gaya hidup cket, tak ambil dah coklat @pun aiskrim.. Huhuhu.. Tak lama dalam Giant tu, achik & adik call nak makan KFC so belanjalah KFC 3 set Dinner Plate malam tu.. Seronok dapat belanja family dengan duit sendiri ni, lebih2 lagi duit gaji, alhamdulillah.. Dalam perjalanan balik isi minyak full tank, dekat RM50.. Itu baru kosong separuh tangki, kalau dekat tanda E, mesti sampai RM100 punya.. Macam tulah nilai duit sekarang ni, nampak je besar tapi nilainya taklah seberapa...

Esoknya zura belanja makan kat Secret Recipe dengan gaji pertamanya di UIA.. Tak sangka pulak, pagi ku belanja budak2 ni kek Swiss roll ( sebab ingat Syafiq dah last day practical kat ITD ni ), tengahari pulak ada orang belanja.. Alhamdulillah, rezekiku.. Tapi segan jugak, kesian kat zura, mesti nak guna banyak duit untuk MyVi barunya & untuk belanja maknya. Menolaklah jugak pada mulanya.. Tapi sebab zura kata, ni gaji pertama & nak belanja jugak, oklah.. Kami pun pergilah lunch kat SR tu.. Fuuhh.. first time dalam hidupku rasa-rasanya, makan tengahari untuk 2 orang sampai cecah RM58.. Sebab diriku & keluarga memang jarang makan kat luar. Itu yang bergurau dengan zura masa balik tu, kalau akak jadi Officer satu hari nanti, mungkinlah baru boleh belanja zura yang sama, kalau tak, 2 set KFC Dinner Plate jelah boleh belanja.. Hahaha.. terus gelak sama-sama... Tapi kalau ada rezeki lebih, insyaAllah bolehnya... Anyway, terima kasih banyak2 ye Zura... Semoga sentiasa dimurahkan rezeki lagi... Amin...

Tiba pulak hari sabtu (sambung je post semalam), paginya hantar mama gi keja. Sebab mama kata, jalan depan Telekom tu sibuk dengan persiapan Citrawarna.. So hantar naik motor senang cket.. Lagipun, mungkin nak gi pejabat pos, ambil duitbayaran rebet insuran kenderaan.. Tapi bila sampai ofis mama, kawan mama kata memang ramai orang kat pejabat pos tu.. Sementara tunggu mama buat keputusan nak gi ke tak, telefon kaklong tanya kaba. Pas tu cakap dengan Aman sekali.. Walau aman tak berapa pandai cakap lagi tapi dengar suara dia panggil, 'ngah' & bunyi rengek2 tambah gelak2 dia kat sana, terhibur sangat.. rindu betul kat dia.. Memanglah keletah aman ni (dari cara dia tido, makan, main, nangis, suka) sentiasa segar dalam ingatanku tapi yang kurindukan nak peluk, dukung & cium dia.. Ya Allah, rindunyalah.. Kadang2 tu, boleh tersenyum sendirian bila terbayang2 keletah budak kecik sorang ni... Ada sekali tu, sebab ralik sangat teringat kat Aman ni, sampai terluka jari buat kerja2 kat dapur.. Mana taknya, tangan siang ikan, fikiran kat Abdul Rahman.. apa lagi berdarahlah tangan.. Nasib baik tak masak lagi, kalau tak jadi Raja Bersiung kejap.. Huhuhu...

Masa berborak tu, kaklong bagitau yang dia akan main sukan kat Kuala Terengganu dari 19 sampai 22hb ni tapi kaklong pergi dengan kereta Felda. Jadi kuminta kaklongku bawa aman sekali nanti.. Kaklong minta berbincang dengan abah & mama dulu sebab takut takda sape yang nak jaga budak kecik sorang ni.. Lepas pujuk2 mama & abah, akhirnya mama akan ambil cuti. Untuk cucu sorang ni, Wannya okay sokmo.. Untuk 2 ari kerja tu, siang mama yang akan jaga dibantu abah & adik.. Lepas balik kerja, diriku akan take over jaga si budak kecik yang amat2 kurindukan ni.. insyaAllah, semoga mudah & selamatlah segala-galanya..
Itu yang mebuatkan diriku tak sabar2 tunggu hari khamis ni.. Walaupun rasa taknak masa berlalu dengan cepat menanti 25 hb, tapi untuk Abdul Rahman memanglah kunanti-nantikan sangat kehadirannya...

Tinggalkan sekejap cerita Amanku sorang tu.. Sambung cite balik pasal nak gi ambil duit rebet tu.. Last2, mama takjadi gi sebab masih lagi ramai orang, tambahan pulak mama banyak kerja nak disettlekan, nak closed report kerosakan2 telefon pengguna.. Okaylah tu, lepas beli nasi lemak untuk mama kat kantin bawah, ku terus je gi bandar beli barang harian cket, macam sabun basuh baju, axion, tisu dapur, kelengkapan diri yang dah nak habis & cari sandal untuk gantikan sandalku yang rasanya hayat dah takberapa lama lagi ni.. Sebelum apa2, sedia ganti dulu.. Huhuhu.. Masa perjalanan ke bandar tu, lalulah depan pejabat pos.. Mak aii.. memang ramailah sangat orang sampai ke luar pintu pun penuh orang beratur panjang.. Motor & kereta pun bersusun.. Nasib baik mama tak jadi gi, kalau tak, tak taulah lama mana kena tunggu.. Ku sendiri pun yang nak ambil untuk motor pun tak jadi, lain kali jelah bila dah lengang cket..

Lepas beli barang-barang, terus balik rumah.. Panas betul cuaca tengahari tu.. Dahlah agak lama ku tak bawa motor.. kena pulak brek takberapa ok, asyik berbunyi je.. Nampaknya si CBM ni nak minta ganti brek yang baru ni.. Takpalah, isnin ni minta achik bawa gi service apa yang patut.. Janji bagi duit, semua ok..itulah ayat adikku yang sorang ni.. Minyak pun sama, suruh angah ni jugak yang penuhkan... Sabor jelah... Takpalah dah ok semula motor tu nanti, dapatlah bawa gi kerja semula.. Save minyak, save badjet.. Kena belajar berjimat dari sekarang, baru dapat kumpul duit cket... InsyaAllah...

No comments: