Selamat Hari Bapa untuk Abahku yang tersayang, Ayahanda Mohd Ariff bin Haji Ariffin.. Semoga sentiasa sihat walafiat, gembira & semoga sentiasa dalam rahmat & perlindungan Allah hendaknya.. Amin.. Begitu juga buat semua yang dah bergelar bapa, Selamat hari bapa diucapkan.. Sesungguhnya gelaran itu amat bermakna dalam hidup anda kerana tanggungjawab yang harus dipikul terlalu besar.. Terima kasih di atas jasa & pengorbanan selama ini...
Pagi tadi lepas sediakan sarapan, ku salam & cium abah sambil wish Selamat Hari Bapa.. Begitu juga mama & adik2ku.. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga & Angah sayang abah mampu kuucapkan.. Selain doa yang tak pernah putus untuk mama & abahku, kasih sayang, mentaati suruhan Allah, mentaati mereka selalu & juga sentiasa menjaga nama baik/maruah keluarga, itulah yang selalu kuamalkan untuk kebahagiaan mereka selalu.. insyaAllah semoga berkekalan..
Hari ni ku masak special cket untuk abah & keluarga.. Tambah lagi, buat 'carrot susu', minuman favourite abah.. Buat 1 jag besar, puas minum satu keluarga.. Kos pun jimat & boleh ikut citarasa sendiri.. Malam ni nak belanja ayam golek untuk makan malam.. Mama sibuk menjahit, siapkan langsir baru.. Yalah, kainnya dah lama beli, takda masa je nak jahit.. Sebabnya mama asyik kena kerja je walau ari minggu.. Kadang2 kena ganti orang, kadang2 takda orang boleh kerja ari minggu, so mamaku yang berdedikasi nilah yang boleh & sanggup bekerja.. Cian mama, kena OT selalu.. Kebetulan ari ni mama cuti, so dapatlah mama siapkan langsir baru tu.. Nak harap kat anak dara yang sorang ni, taktaulah bila siapnya... Harap baik cket je, boleh jahit baju tertetas @ zip tercabut, itu je.. Hihihi...
Sebenarnya ni tengah pening mikir nak bagi hadiah apa untuk abah kali ni... Memanglah abah tak kisah takda hadiah pun, tapi kutetap juga nak beri.. Dari kecik sampai sekarang ni dah terbiasa sambut setiap tarikh penting & beri hadiah untuk family, itu yang rasa kurang sesuatu kalau tak beri.. Kalau ikut, ku sebenarnya dah bagi hadiah terbesar kepada Abah.. Ku dapat kerja tetap kat Jabatan Pendidikan Negeri, itu yang abah harap sangat.. Alhamdulillah, doa abah & mamaku masa ku pergi interview 3 bulan lalu dimakbulkan.. Walaupun pada mulanya diriku agak berat untuk terima namun sokongan & harapan ibu ayahku yang satu ni mengatasi segala-galanya... Dengan berkat doa merekalah, ku dipermudahkan Allah menjawab semua soalan interview SPP tu & seterusnya diserap ke jawatan tetap di JPN yang berdekatan rumah, Alhamdulillah...
Setelah kupikir-pikir, rasanya nak hadiahkan abah gunting pokok & juga glove kain.. Sebab abahku suka sangat berkebun kerana itulah hobinya sejak muda dulu... Macam-macam pokok abah tanam.. Dari pokok buah, bunga, pokok herba & ulam, semua ada.. Dan dah banyak jugaklah dapat hasilnya.. Dapat makan buah ciku, manggis, rambutan laici, pisang (p.tanduk, p.emas, p.sematu, & p.lemak manis , betik, sukun, mangga dan lain-lain lagilah.. Kalau nak masak pun senang, ada cili padi, ada ulam-ulaman, daun pandan, pokok2 herba & ada juga daun2 mandian serum ( untuk mandi ).. Sekarang ni, abah tengah usahakan pokok salak & roselle.. Alhamdulillah, tanaman abah tanam semua jadi.. Dapatlah isteri, anak-anak & cucu rasa.. Mamaku pulak suka dengan bunga.. Kalau bunga ros & bunga lain-lain mekar cantik, mesti abah ambil, letak dalam pasu kecil & diletakkan atas meja makan untuk mama tersayang.. Oooh.. sungguh romantik..
Walaupun abahku ni boleh dikatakan seorang yang garang ( sebab bekas tentera & juga dibesarkan dalam keluarga tentera-kerana atukku juga tentera ) tapi ayahku seorang yang baik hati & penyayang orangnya.. Sebab tu haiwan & tumbuhan suka kat abah.. Sebenarnya, garang seorang ayah ni bertempat.. kalau anak-anak tak nakal, takdanya dia nak tunjuk sifat garang tu... Diriku antara anak yang paling rapat dengan mama & abah.. Apa-apa cerita, mesti mereka yang tau dulu.. lagipun kusuka sangat berkongsi cerita dengan mama & abahku supaya ilmu & pengalaman hidup mereka dapat kujadikan panduan di masa depanku. Kerana pengalaman mereka itulah yang paling berharga bagi diriku.. Cerita susah senang hidup mereka dulu, cerita abahku dalam tentera dulu, banyak yang kutahu.. Sebab bila senang2, kupasti selalu minta abah ceritakan kisahnya masa dalam tentera dulu.. Macam2 cerita kudengar, pengalaman suka duka, susah senang ayahku dalam tentera..
Ku bersyukur sangat sebab abahku masuk & keluar pasukan tentera dengan selamatnya.. Sebab dari cerita-cerita yang pernah kudengar, ramai kawan2 abahku terkorban masa operasi dalam hutan dengan saki baki komunis dulu.. Alhamdulillah, abahku selamat.. Dulu, kami sering kena tinggal sebab abah kena sertai banyak operasi di seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. Walau kami asyik kena tinggal sebab duduk rumah sendiri ( tak duduk dalam kem ) kami tetap rasa hidup macam anak askar yang lain.. Family day kat dalam kem, naik trak askar gi melawat zoo Kuala Lumpur, main dengan anak2 askar yang lain& juga sertai berbagai aktiviti dalam kem, seronok... Sekarang ni pulak, adikku, Alang & abang iparku pulak mengikut jejak langkah abah & arwah atukku.. Pewaris perwira negara, insyaAllah...
Ooooppsss.. dah melalut ke cerita zaman kanak-kanak & cerita tenteralah pulak.. Tapi bila dikenang-kenang zaman kanak-kanak dulu, rasa seronoklah pulak... Masa berlalu tanpa kita sedari...
Anyway, kalau ada yang nak bagi suggestion tentang hadiah hari bapa tu, amatlah dialu-alukan.. Mana tau, ada hadiah-hadiah yang tertentu yang mungkin dapat memberiku idea baru, lain dari yang selalunya..
Pesanan dari Permata Hati.. Untuk diriku sendiri terutamanya dan semua.. Sayangilah kedua orang tuamu & keluargamu dengan kasih sayang yang tiada berbelah bagi & selalulah gembirakan hati keduanya.. Doakanlah juga semoga mereka sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, gembira & bahagia selalu dalam Rahmat & Kasih sayang Allah.. InsyaAllah, selamatlah hidup kita di dunia & akhirat... Amin... Kepada mereka yang dah tak mempunyai bapa, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah & banyakkan berdoa buat mereka.. Semoga Allah sentiasa mencucuri Rahmat ke atas roh mereka.. Beruntunglah ibubapa yang mempunyai anak-anak yang soleh/solehah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu ayahnya di dunia & akhirat.. Kerana bakti seorang anak kepada ibubapanya takkan pernah ada penghujungnya kecuali ajal menjemput dirinya dahulu.. Al-Fatihah juga buat arwah sepupuku Mohd 'Afifi (genap setahun pemergiannya 10/06 yang lepas) dan adiknya Mohd Ziyad (2 bulan yang lalu) Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh mereka & semua muslimin muslimat yang telah mendahului kita.. Al-Fatihah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment