Wednesday, May 28, 2008

Sebelum ke IEEP @ Langkawi...

IEEP (hari keluarga) OCD tahun ni buat kat Langkawi.. Malam ni bertolak, lebih kurang pukul 10 malam (tinggal beberapa jam je lagi) Tapi barang2 tak pack pun lagi.. Entahlah, tak rasa apa-apa pun nak gi sana.. Maybe sebab keluarga tak join sekali kot (tak seronok jalan jauh2 ni tanpa family tersayang), mugkin jugak sebab ku tak biasa travel jauh2 ni & mungkin jugak sebab ku tak berapa suka sangat bershopping@berjalan2 ni.. Lagi satu nak jalan jauh ni mesti kena ada banyak cket duit poket kan, baru seronok jalan lebih2 lagi kat Langkawi tu.. Gaji pulak 2 minggu lagi baru dapat so bawa jelah mana2 yang ada.. Huhuhu.. Tapi takpalah, harap-harapnya seronoklah kat sana nanti.. Biar sederhana2 je, itu yang terbaik..
Lagipun bukan senang dah nak gi Langkawi lepas ni, gi jelah sekali ni tengok2 tempat orang.. Dah ada peluang kan, gunakanlah sebaik-baiknya..Hihihi..
Yang penting hari keluarga ni dapat merapatkan silaturrahim sesama staff.. Ku berdoa semoga perjalanan kami selamat pergi, selamat balik, semua aktiviti berjalan dengan lancar dan juga semoga semuanya sentiasa dalam perlindungan rahmat daripada Allah.. insyaAllah..
29 & 30hb tak da kat ofis, insyaAllah 31hb petang baru berlepas balik dari Langkawi.. Kepada yang jadi pengantin hujung minggu ni ; Terutamanya buat Fini (OCD) & Suami, Abi & Ikin, Zaki & Munie, Iela & Suami, Erna & Suami & semualah pengantin2 baru kita. Selamat Pengantin Baru diucapkan, Selamat Melayari Alam Rumahtangga & Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin.. Doakanlah kami selamat pergi dan balik ye.. Buat abah tersayang, Selamat bermesyuarat lah ye.. Semoga semuanya berjalan lancar (Mesyuarat Tahunan PBTM) Sorrylah tahun ni angah tak dapat ikut serta.. Buat mama tersayang, cuti ni rehat2lah ye. Cian kat mama penat bekerja.. Sorry jugak tak dapat nolong apa2 2-3hari ni. Cian mama balik kerja kena masak pulak.. InsyaAllah, balik nanti angah tolong semula ye.. Buat adik-adikku, jangan nakal2, bantu abah mama & dengar nasihat orang tua2.. Setiap nasihat tu ada gunanya bukan sekadar bebelan.. Buat Alang, Along, Abang, Aman & semua keluarga, take care lah ye.. Angah sayang semua tau...
InsyaAllah, panjang umur, jumpa lagi bulan depan (4-5 ari je lagi)
Salam dari Permata Hati.. Jaga diri dan kesihatan selalu ye.
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.. Wassalam..

1 comment:

mohad said...

seronok lah ...boleh makan angin kan..