Wednesday, May 28, 2008

"Filing oh Filing..."

Semalam training pasal filing kat Conference Room. En. Din dari MSD conduct training tu. Tapi adalah 1 peristiwa yang betul2 membuatkan ku akan ingat sampai bila-bila.. Masa pagi tu ingat training tu lambat lagi sebab ada problem cket, tambah2 lagi ada kerja lain yang perlu diselesaikan.. Call aisha pun tak naik2 lagi.. Tiba2 wan kata dah lama start.. Haa, apa lagi, kelam kabutlah jadinya. Tengok kat CR, orang dah mula training.. Segan nak masuk kat depan, masuk kat belakang, last-last kena gi bahagian depan jugak sebab belakang dah penuh.. Yang malu sangat2 tu sebab terus je duduk & dengar, rasa macam tak hormat tuan rumah je.. Participant2 lain hairan tambah pelik je tengok kitaorang (masa tu berdua dengan aisha) masuk, duduk & join training tu.. Sorry banyak2lah ye, bukan sengaja tapi malu sebenarnya dah lewat masuk, rasa teballah sangat muka ni.. Eemmm, tulah silapnya kami, patutnya masuk bagitaulah sebab2 lewat masuk & minta izin ikuti training tu.. ini tak, main terjah je.. Entahlah, semua di luar kawalan, tak sempat nak berfikir panjang padahal tak pernah pun buat macam tu sebelum ni walau lewat mana sekalipun.. Huhuhu.. Memang malu betullah, nasib baik tak kena marah@kena halau, kalau tak, lagilah malunya.. Masa break pagi tu, sempatlah minta maaf dengan En. Din tu, nasiblah Encik sorang nice person orangnya, dia kata takpa.. Tapi diriku memang betul2 malulah sangat. Ya Allah, akan kuingat sampai bila2 dan insyaAllah tak akan kuulangi perkara yang sama. Cukuplah sekali tu.. Huhuhu..
Berbalik pada cite filing ni pulak.. baru-baru ni jelah ku baru tau kena buat minute filing untuk semua file2 yang ada kat opis ni.. dah dekat 9 bulan kerja kat cni, barulah tau..Hahah.. Tulah bagusnya ada training ni, baru kita faham apa yang perlu dibuat bagi orang2 yang baru dalam bidang admin ni. Terima kasihlah pada MSD yang buat training tu. Betul2 berguna pada AA sorang ni (temanlah tu, sape lagi) Masuk je bulan depan (tak lama dah ni, 4-5 ari je lagi) akan ku betulkan semula apa yang tak betul di samping mempelajari perkara2 baru yang ku tak tau lagi, insyaAllah.. Masa mula2 masuk keja dulu, ku hanya betulkan semua coding yang salah (untuk system filing ye, bukan coding untuk buat system) Sememangnya ku tak faham apa2 pun yang berkait dengan system ni. Orang system pun sakit kepala, kalaulah kena kat diriku, rasa2nya boleh kena triple sakit kepala. Tak dapat kubayangkan..Huhuhu.. InsyaAllah, panjang umur & kalau memang rezekiku kat sini, akan kusiapkan semuanya walau ianya akan ambil masa yang lama.. "Filing oh filing.." Selain tu, banyak lagi yang perlu dibuat.. siapkan minute meeting, rutin harian macam biasalah kan, terima report, create report, update report, & lain2 yang seumpamanya.. mmg dah jadi tugas2 umum & khas bagiku.. Alhamdulillah, dah tau tugas2 ni, senanglah cket buat kerja.. Okaylah, Permata Hati stop kat sini jelah dulu ye.. Pesanan terakhir sebelum mengundur diri, biarlah kita kerja kerana Allah, insyaAllah berkatlah gaji kita tiap2 bulan tu.. Ku hanya mengingatkan diriku sendiri & kalau boleh salinglah kita ingat-mengingati ye demi kebaikan bersama, InsyaAllah..
Wassalam..

No comments: