Monday, June 9, 2008

Sebelum melangkah pergi dari UIAM ke JPNP...

Alhamdulillah.. Dah bagitau semua kecuali officemate yang masih bercuti.. Dr. Jamal, En. Naser, Abg Hasmanizam, Abg Azam dengan Abg Man pun dah siap berpesan supaya kerja baik2 di tempat baru.. Kata Dr. lagi, berbakti kat mana-mana pun boleh, janji ikhlas dalam kerja & berusaha untuk tingkatkan segala kemahiran.. InsyaAllah, akan selalu kuingat pesanan tu & gunakan sebaik-baiknya pengalaman yang ada... Banyak perkara yang membuatkan ku rasa berat hati untuk meninggalkan ofis IT ni.. Takpalah, biarlah kusimpan semuanya.. Nanti makin sedih & makin bertambah berat hati untuk pergi.. Yang buat ku lagi sedih tu, ISO siap bagi lagu perpisahan lagi.. Mengalir air mata dengar lagu tu, penuh makna tersirat.. Ya Allah, kami bertemu kerana-Mu, perpisahan ini juga kerana-Mu, Ya Allah.. Berkatilah hubungan silatturraim antara kami ini, semoga ianya kekal di Dunia juga Akhirat.. Amin..

Hari ni dan mungkin berterusan dalam 2 minggu lagi, mungkin hari-hari yang agak sibuk bagiku.. Tambahan lagi, dalam 2 minggu ni ramai staff IT yang takda. Ada yang gi training/akan pergi training, bercuti & ada yang emergency leave.. Makin bertambah busy lagi, bila dapat tugasan untuk distribute PC-PC yang baru sampai ni sekali dengan menguruskan semua form-form LOU untuk PC.. Ini mungkin menjadi antara tugasan terakhirku di sini.. Tapi takpalah, mungkin kesibukan pada hari2 terakhir ni dapat melupakan diriku seketika yang ku akan bertukar tempat kerja.. InsyaAllah, sebelum melangkah pergi, akan ku settlekan semua kerja yang patut disettlekan.. Tak sanggup rasanya menyusahkan staff IT ni terutamanya abg azam nanti.. Lagipun memang menjadi prinsip diriku, akan menyelesaikan semua urusan yang perlu diselesaikan walaupun mungkin mengambil sedikit masa...

Ku sentiasa doakan semoga ITD akan menerima seorang AA yang lebih cekap & lebih baik dariku, insyaAllah.. Yang dapat membantu dalam semua kerja.. Walau ITD akan kembali seperti dulu ( tanpa AA yang membantu ) tapi kupercaya semuanya akan dapat menyesuaikan diri balik.. Selama 9 bulan ku di sini, banyak yang kupelajari dari brother2 kat sini.. Yalah, diriku takberapa celik sangat dalam bidang IT ni.. Satu..satu..tanya..( nak belajar kan! ) Maaflah kepada semua, kerana dah banyak menyusahkan.. Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan.. Semoga Allah menambahkan lagi rezeki ilmu tu,insyaAllah..

Yang sebenarnya, apa yang ingin kuceritakan ialah..baru-baru ni ku dapat tawaran jawatan tetap Pembantu Tadbir di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.. Lapor diri sekali dengan taklimat/induksi 25-27 hb ni.. Kalau boleh memang nak bersama UIA lagi, tapi rezekiku di JPNP sampai dulu, jadinya ku terima walaupun dengan rasa berat hati.. Abah, mama, & seluruh familyku gembira sangat sebab akhirnya dapat juga ku kerja tetap setelah beberapa tahun ni kerja sementara.. Dan bagi diriku, kalau ibubapa gembira & restu, insyaAllah, itulah yang terbaik bagi diriku.. Begitu jugaklah dengan pilihan hatiku nanti kot..Huhuhu.. Tambahan pula, memang ku pernah ada impian untuk kerja kat Jab. Pendidikan ni dulu.. Walaupun bukan sebagai guru tapi ok jugaklah tu.. sebab rasanya bidang ni sesuai untuk diriku.. Ada rezeki nanti mungkin ku akan sambung study dalam bidang Administration pulak, insyaAllah.. Cita-cita untuk sambung study tu masih kuat lagi lepas terpaksa tolak tawaran ke UMP dulu, 6 bulan lepas abis kat Poli. Sebabnya kumasih terikat dengan Kementerian Kewangan masa ambil SLG, tambahan lagi exam Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerja ( OSH Officer ) dah dekat sangat masa tu.. rugi pulak rasanya kalau tak lulus & tak dapat sijil tu.. Alang2 dah belajar tu, biarlah sampai tamat kan...

Sudah berbagai kerja jugaklah kupernah rasa. Antaranya dalam bidang pentadbiran ( yang banyak sekali ), dalam bidang OSH sekejap, jadi babysitter, pembantu klinik, dll.. tapi bidang yang kupelajari semasa di POLISAS dulu terlalu sedikit dalam pengalaman kerjaku.. Memang diriku tak sesuai kot berada dalam bidang Civil Engineering ni.. Huhuhu..sedinyalah...Takpalah, ku bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah bagi.. Adalah hikmahnya tu nanti.. Semoga ianya baik dalam agamaku, hidup duniaku & harapnya baik juga hidup akhiratku.. Akan kucuba belajar tingkatkan diri lagi di masa akan datang, insyaAllah.. Apa yang kuharapkan nanti, semoga diriku dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan suasana persekitaran yang baru.. Harap juga dapat officemate yang baik-baik lagi, senang bekerja & berkomunikasi... Memanglah rasanya susah sikit nak sesuaikan diri di tempat baru tapi insyaAllah, bolehlah nanti..

Ingat lagi waktu mula2 masuk ITD ni.. memang ku kekok sangat.. Yalah, dah semuanya lelaki.. Punyalah malu nak cakap lebih2 lagi tengok sorang2 macam garang je.. Hihihi.. Tapi lama2, ok dah.. siap boleh kongsi cerita2 lagi macam keluarga sendiri.. itulah yang seronok sangat.. Dan yang tak mungkin ku lupa.. bila kena 'buli' dengan Bro.2 kat sini masa mula-mula masuk dulu.. Sebelum dapat tau satu2 perkara baru tu mesti kena 'buli' dulu sampai pernah mengajuk jugaklah dulu.. Yalah, terms-terms Network & System ni bagi orang yang tak celik IT macam diriku ni, memanglah sesuatu yang baru.. Ada pulak tu, terms yang first time dengar.. Huhuhu.. Nasiblah.. belajar dengan Bro.2 kat cni memang macam tulah gayanya.. Yang paling susah sikit masa nak buat minute meetinglah.. First department meeting, memang ku tak tau apa-apa.. Previous minute pulak takda, lagilah pening.. Tanya Bro. ni, tanya Bro. tu, nak tau pasal situasi sebenar & kerja2 diaorang.. last-last siap jugaklah minute meeting tu, alhamdulillah.. Meeting seterusnya okaylah sebab dah tau dah cket2 keja kat IT ni.. Sebenarnya kalau boleh banyak lagi nak cerita suka duka & kenangan2 kat sini tapi masa tak mengizinkan.. InsyaAllah, senang2 nanti ku menulis lagi..

24 hb nanti adalah hari last ku di sini.. Semoga Allah lebih tabahkan hatiku nanti.. Cukuplah ku sedih & menangis sendiri 2-3 ari ni.. Sedihnya bila kita nak tinggalkan sesuatu tempat yang dah serasi dengan kita, lebih-lebih lagi dapat officemate yang baik2 ni... Takpalah, semua dah kata takpa, ok, dan dah support, okaylah... Lega & tenanglah sikit hati ni.. Andai selepas ni, ada panggilan dari UIA ( sebab memang sebelum ni pun kumenanti..) kurasa, ku dah tekadkan hati untuk ke JPNP, insyaAllah.. Sebab kupernah berdoa, yang mana sampai dulu, yang itulah akan kupilih.. Semoga ianya yang terbaik untuk masa depanku, insyaAllah..

Sedih untuk tinggalkan UIA ni, sedih lagi untuk kutinggalkan ofis IT & OCD ni.. Buat semua staff UIA terutamanya di IT & OCD.. Terima kasih semua & minta maaf banyak2 andai ada tersalah kata, bual bicara, terkasar bahasa/perbuatan selama di sini.. Mengenali kalian adalah salah satu hadiah yang bernilai buat diriku.. Kenangan bersama kalian tidak mungkin kulupakan, insyaAllah.. Harapnya semoga hubungan silaturrahim antara kita sentiasa berpanjangan, insyaAllah.. Kalau terjumpa/terserempak kat mana2, dapatlah kita bertegur sape lagi ye.. Biar ukhwah kita sentiasa kerana Allah..

Lagu Doa & Perpisahan ( Brothers ) dan juga hadiah lagu perpisahan dari Abg Hasmanizam ni, Maafkan Teman ( Far East ) ku hadiahkan untuk semua terutamanya staff ITD & OCD.. InsyaAllah.. berpisah tempat kerja je ni.. senang-senang nanti bolehlah berjumpa lagi.. Tak jauh mana pun, kat Indera Mahkota ni juga.. Good Luck, everybody.. Take care always k...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. ( Salam kebaikan, kesejahteraan buat semua..)
Wassalam...

8 comments:

Unknown said...

huhuhuhu..
sedihnyeee...
lepas ni, mmg patah kaki lah kami di ITD. Takpe lah, utk kebaikan atiqah jugak... keje mane2 memang same je. All the best...

Hazim said...

OOO Tu dia dari Abg Hamzah kite.... Alahhh bukan jauh pun.. kalau rindu blh main kat Uia ni...

anatiqah said...

Janganlah cakap macam tu Abg Hamzah.. Lagi berat hati tiqah nak pergi.. Ala, staff ITD kan berdedikasi semua.. Takda tiqah sekejap, okay lagi tu.. Huhuhu.. Anyway, thanks.. InsyaAllah, semoga pilihan tiqah ni yang terbaik.. Amin..

anatiqah said...

Haaa.. nak main apa pulak ni Abg Roslam?? Rasanya xda pulak permainan Futsal ridu @ netball rindu kat UIA ni..Hihihi...

Hazim said...

Main apa sahaja..sebab sukan dah nak start bukan 7. Sukan rindu punye... mana tak nye..lepas main pasti rindu....Kalau kalah tak rindu lah

Hazim said...

Bukan 7.... Bulan 7. Salah taip plak

A'fifah Najwa said...

Kak iqa janganlah sedih ye.. Rezeki kat mana-mana je.. Kak iqa kan baik, keja kat mana pun pasti orang sayangnye.. Mana tau, jumpa jodoh dengan orang sana plak lepas ni..
Silap-silap boleh dapat suami kembar macam yang kak iqa suka tu, ada rezeki lagi dapat pulak twin baby nanti..Hihihi..
Okay kak iqa, All the best kat tempat kerja baru nanti.. Update blog selalu ye..Fifah akan belajar tulis blog jugak nanti..

anatiqah said...

Salam fifah.. Alhamdulillah. Yalah tu, insyaAllah doa-doakanlah ye.. Kak iqa tak kisah, andai ada yang dapat membimbing, bertanggugjawab, hormat orang tua, penyayang, abah mama akak boleh terima, dan juga boleh menerima kak iqa & keluarga seadanya, dah cukuplah tu..
Rezeki kembar tu, kalau Allah nak beri sape-sape pun boleh dapat.. Cepat sangatlah fifah ni fikir ke situ.. Anyway, terima kasih.. Kak iqa tunggu blog fifah ngan tirah ye. Salam peluk cium buat twin yang comel..