Monday, May 26, 2008

Travel Hujung Minggu...

Cuti baru2 ni ( 24 & 25 Mei ), memang travel sungguh-sungguhlah, 2 hari duduk dalam kereta je.. Fuhh..mmg agak penatlah sbb travel balik hari.. Hari Sabtu pergi kenduri kawin Abi ngan ikin kat Dungun, lepas tu jalan-jalanlah kat Terengganu cari keropok cket bawa balik untuk family. Ari tu keluar rumah lepas zohor sebab tunggu emma ( classmate masa kat POLISAS ) balik keja pukul 1.
Cuaca 2-3 ari ni mmg panas sangat2, rasa mcm terbakar je muka ngan tangan ni ( sbb betul2 mengadap matahari masa drive ) Air-cond pun tak tahan panas so buka jelah tingkap, ambil angin semulajadi negeri Terengganu Darul Iman.. Hihihi.. Masa alih gi tu byk pulak kerja2 penyelenggaraan jalan yg tak siap, so makinlah lambat perjalanan kami nak sampai.. Fikir2 juga, SUKMA tak sampai seminggu je lagi, sempat ke siap semua kerja2 tu yek?? Sebabnya kerja2 tu mmg mengganggu laluan jalan.. Tak seronoklah pulak untuk suasana" Perkampungan SUKMA " nanti kan.. Harap-harapnya semoga semuanya berjalan lancarlah nanti.
Akhirnya sampai jugaklah kat rumah pengantin, alhamdulillah. Comellah sangat2 pasangan pengantin ni. ( Tp sygnya emma lupa nak keluarkan kamera, maka takdalah bergambar ngan pengantin.. Huhuhu.. sedihnyalah ) Takpa, abi dah janji nak kirimkan gambar, tunggu jelah nanti.. Disebabkan Sabtu ni masih kat Langkawi, insyaAllah, maka nak tak nak, kena pergi jugaklah minggu ni majlis diaorang. ( Sahabat baik sorang ni mmglah kena pergi walau byk halangan pun..) So 31 ni, kalau tak jenguk muka, faham2 jelah ye B.. Semoga Berbahagia B-Ikin..
Hari Ahad pulak, hantar Umi ( my aunt ) ke Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.. Pergi berteman dengan Chu ( also my aunt) & Ebby ( my cousin ). Abah, mama & achik pula hantar adik ke Kem Motivasi kat Agro Semuji Resort ( masing2 saling berhantar..Hahaha..)
Kami bertolak dalam pukul 8 lebih, sampai Lipis pkul 12 lebih. Kami ikut jalan Jerantut - Kuala Lipis. ( Jalan kat situ memang berbengkak-bengkok, berbukit-bukit, tinggi rendah, rasa macam naik roller coasterlah pulak! Cukup bahaya..tambah2 lagi, byk selekoh tajam.. Fuhh.. betul2 menguji pemanduan.. Huhuhu..) Tapi sebab kat situ jalan teduh & dekat cket dari highway, lalu jelah. Lagi pulak memang dah biasa ikut jalan tu masa melawat Along kat Felda Sg. Koyan dulu, so takdalah bimbang sangat. Lagipun kita bawa dengan berhemah, insyaAllah okay. Alhamdulillah, selamat pergi & selamat balik, Umi pun dah selamat belajar.. Sebab berhemah sangat memandu, pukul 10 .30 malam baru sampai rumah..Hihihi.. Mama punyalah risau, setiap jam call ( Cian kat mama, risau kat angah ) Nak buat mcm mana, bertolak balik pun dah lambat, pas tu berhenti solat, mandi, rehat & makan. Takpalah, janji dah selamat sampai, alhamdulillah.
Tapi 2 hari travel tu, memang banyak jugaklah jumpa kereta accident, ada yg terbalik, ada yg jatuh gaung, ada yg remuk & macam2 lagilah.."Ya Allah, mintalah jauh semua tu.." Risaulah sangat bab2 accident ni. Sbb sejarah keluarga yg lalu banyak memori ngeri ( insyaAllah, ada masa nanti akan diceritakan pulak kisah2 sejarah ni ye )
Masa gi Lipis tu, bawalah diaorang ni jalan2 melawat rumah Chef Wan kat Sg. Koyan, rumah Siti Nurhaliza kat Kuala Lipis dan jalan2 kat Homestay Kuala Medang, Lipis. Sbb makcik2 dengan sepupuku sorang ni tak pernah gi tempat2 tu lagi. Memang berjalan sungguh2lah ari tu.. Nak rehat kat homestay mak2Ayah angkat, mereka takda. ( Masing2 balik kampung & ada yg gi kenduri, biasalah kan cuti sekolah ni) So bawa jelah mereka jalan2 tengok Homestay dengan Felda.. Masa nak gi rumah Chef wan ngan Siti pun berpusing2 jugak cari sbb ingat2 lupa.. ( Maklumlah, lepas along transfer ke Melaka tahun lepas, dah dekat setahun tak jejak kaki ke sana ) tp jumpalah jgk akhirnya.. Tapi terpikir2 jugak sbb apa mesti tunjuk rumah 2 insan ni yek, tambahan lagi kita2 ni bukannya peminat fanatik mereka?? Jawapannya, mungkin sebab mereka ni orang Pahang yg famous, mungkin menjadi satu tarikan kot.. Sebab memang ramai yg gi melawat rumah diaorang ni. Walau tak dapat jumpa tuan empunya diri, tengok rumah pun jadilah.Hihihi.. Satu lagi dewan kawin Ziana Zain dulu ( kat Raub ) itu pun org nak tengok jugak. Tak faham sungguhlah?? Kat Kuantan pulak, rumah mak Norman Hakim kat Taman Guru tu jd tumpuan. Tapi tak pernah gi & tak tau pun kat area mana.
Itulah yang peliknya. kat tempat orang, kita boleh tunjuk@bawa jalan2 sedara & kawan2 tp kat tempat sendiri, 60% tempat2 je yg tau. Pelik kan kan??
Tapi Permata Hati tetap berpegang pada prinsip " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri ". Yalah kalau hujan emas, ramai plak yg datang merompak nanti, dah tak aman. So biarlah hujan batu, kurang2 boleh buat tembok penahan. Hihihi.. Lawak yg mungkin tak berapa lawak..hahahaa..
Okaylah, cukup untuk setakat ni dulu..
Sebelum tu nak ucap Selamat Pengantin Baru buat Abi-Ikin, Fini-Yahya, Zaki-Munie, Ina-Duan, Iela, Diana, Ina, Kak Dayah & Kak Ida dengan pasangan masing. Selamat Melayari Alam Rumahtangga dalam rukun dan damai & didoakan semoga semuanya berbahagia hingga ke akhir hayat, insyaAllah. Amin.. Minta maaf banyak2 bagi undangan yang tak dapat dipenuhi ye.. Semoga majlis2 anda sentiasa berjalan lancar. Wassalam.

5 comments:

Anonymous said...

Tak amik gambor ke Tika? patutnye semua anak buat Dr.Jamal kena ada kamera hahahaha... baru best!

Best gak baca cerita tika, tapi kureng sket sebab banyak guna perkataan short form macam xpernah xboleh xnak.. xbest la baca camtuh.. lagi satu kurangkan dot dot dot, kalau karangna kita panjang, pastu bnayak pulak dot dot dot, dah jadik nampak tak kemas. tak seronot baca. ok.. teruskan berkarya!

anatiqah said...

Tak ada kameralah!! Cian kat tiqah kan.. Takpalah, insyaAllah akan adalah satu hari nanti kot..
Thanks ye bagi comment tu.. Nak buat macam mana, dah terbiasa tulis short form tu & dot..dot..tu..
InsyaAllah, akan diperbaiki nanti..
Terima kasih byk2 ye..

Anonymous said...

beli lah bukanyya mahal

Anonymous said...

Salam...seronoknye baca karangan..hihihi. Anyway good try ya...

Anonymous said...

hahahaha racun jgn tak racun.IT Deparment staff wajib ada komera satu sorang