Wednesday, May 28, 2008
Sebelum ke IEEP @ Langkawi...
Lagipun bukan senang dah nak gi Langkawi lepas ni, gi jelah sekali ni tengok2 tempat orang.. Dah ada peluang kan, gunakanlah sebaik-baiknya..Hihihi..
Yang penting hari keluarga ni dapat merapatkan silaturrahim sesama staff.. Ku berdoa semoga perjalanan kami selamat pergi, selamat balik, semua aktiviti berjalan dengan lancar dan juga semoga semuanya sentiasa dalam perlindungan rahmat daripada Allah.. insyaAllah..
29 & 30hb tak da kat ofis, insyaAllah 31hb petang baru berlepas balik dari Langkawi.. Kepada yang jadi pengantin hujung minggu ni ; Terutamanya buat Fini (OCD) & Suami, Abi & Ikin, Zaki & Munie, Iela & Suami, Erna & Suami & semualah pengantin2 baru kita. Selamat Pengantin Baru diucapkan, Selamat Melayari Alam Rumahtangga & Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin.. Doakanlah kami selamat pergi dan balik ye.. Buat abah tersayang, Selamat bermesyuarat lah ye.. Semoga semuanya berjalan lancar (Mesyuarat Tahunan PBTM) Sorrylah tahun ni angah tak dapat ikut serta.. Buat mama tersayang, cuti ni rehat2lah ye. Cian kat mama penat bekerja.. Sorry jugak tak dapat nolong apa2 2-3hari ni. Cian mama balik kerja kena masak pulak.. InsyaAllah, balik nanti angah tolong semula ye.. Buat adik-adikku, jangan nakal2, bantu abah mama & dengar nasihat orang tua2.. Setiap nasihat tu ada gunanya bukan sekadar bebelan.. Buat Alang, Along, Abang, Aman & semua keluarga, take care lah ye.. Angah sayang semua tau...
InsyaAllah, panjang umur, jumpa lagi bulan depan (4-5 ari je lagi)
Salam dari Permata Hati.. Jaga diri dan kesihatan selalu ye.
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.. Wassalam..
"Filing oh Filing..."
Berbalik pada cite filing ni pulak.. baru-baru ni jelah ku baru tau kena buat minute filing untuk semua file2 yang ada kat opis ni.. dah dekat 9 bulan kerja kat cni, barulah tau..Hahah.. Tulah bagusnya ada training ni, baru kita faham apa yang perlu dibuat bagi orang2 yang baru dalam bidang admin ni. Terima kasihlah pada MSD yang buat training tu. Betul2 berguna pada AA sorang ni (temanlah tu, sape lagi) Masuk je bulan depan (tak lama dah ni, 4-5 ari je lagi) akan ku betulkan semula apa yang tak betul di samping mempelajari perkara2 baru yang ku tak tau lagi, insyaAllah.. Masa mula2 masuk keja dulu, ku hanya betulkan semua coding yang salah (untuk system filing ye, bukan coding untuk buat system) Sememangnya ku tak faham apa2 pun yang berkait dengan system ni. Orang system pun sakit kepala, kalaulah kena kat diriku, rasa2nya boleh kena triple sakit kepala. Tak dapat kubayangkan..Huhuhu.. InsyaAllah, panjang umur & kalau memang rezekiku kat sini, akan kusiapkan semuanya walau ianya akan ambil masa yang lama.. "Filing oh filing.." Selain tu, banyak lagi yang perlu dibuat.. siapkan minute meeting, rutin harian macam biasalah kan, terima report, create report, update report, & lain2 yang seumpamanya.. mmg dah jadi tugas2 umum & khas bagiku.. Alhamdulillah, dah tau tugas2 ni, senanglah cket buat kerja.. Okaylah, Permata Hati stop kat sini jelah dulu ye.. Pesanan terakhir sebelum mengundur diri, biarlah kita kerja kerana Allah, insyaAllah berkatlah gaji kita tiap2 bulan tu.. Ku hanya mengingatkan diriku sendiri & kalau boleh salinglah kita ingat-mengingati ye demi kebaikan bersama, InsyaAllah..
Wassalam..
Tuesday, May 27, 2008
Mimpi, sejarah lalu & kembalinya pada Yang Esa....
Oleh kerana, ada 2-3 orang ni asyik tanya pasal mimpi-mimpi ni, terasa pulak nak tulis bab mimpi ni.. Mimpi-mimpiku selalunya yang sama je.. Mimpi yang ku tak berapa suka adalah mimpi kepada 'someone' ni.. Semakin cuba ku menjauhi, semakin kerap pulak dia muncul.. Entahlah apa maksudnya.. Hanya doa mampu kupanjatkan kepada Ilahi.. " Jika benar ia untukku, kumohon Allah dekatkan hatinya dengan hatiku tapi andai sebaliknya, kumohon dijauhkan diriku dari dirinya.." Doa ni juga selalu ku amalkan jika ku di pesimpangan delima dalam membuat sesuatu keputusan/pilihan tertentu.. Semua orang inginkan yang terbaik dalam hidupnya, begitu jugalah dengan diriku.. Amin...
Satu lagi, mimpi yang mengimbau sejarah keluargaku.. Ku sendiri pun tak tau, kuat sangat ke kaitan mimpi ni dengan apa yang telah terjadi.. Sebenarnya mimpi yang dimaksudkan adalah mimpi gigi luruh ( maknanya dah takda semua gigilah ) Orang kata, kalau mimpi macam tu, bermakna, kita akan kehilangan insan yang paling rapat dengan kita... 10 tahun lalu, lepas arwah nenekku meninggal, mamaku bercerita yang mama pernah mimpi gigi luruh semua tapi mamaku diamkan je.. tak sangka arwah nenekku yang pergi dulu..
Tahun lepas, ku bermimpi mimpi yang sama, arwah sepupuku kembali ke Rahmatullah.. Tahun ni pun sama, adik kepada sepupuku ni pulak yang pergi.. (Dua-dua terlibat dengan kemalangan) Kami semua redha pemergian mereka, kedua-duanya memang anak yang baik & soleh sebab tu Allah ambil mereka dalam usia yang muda.. Al-Fatihah selalu buat mereka yang telah pergi..
25 tahun lepas, tahun kelahiranku, arwah tok, wan (belah abah) & Pak Andak Yusof (adik abahku) terlibat dengan accident juga.. Lepas 2 minggu arwah tok (belah mamaku) pulak ikut jejak mereka.. Sebulan je sebelum ku lahir ke dunia ni.. Sedih, tak dapat kenal atuk & tak pernah rasa dukungan atuk..
Tapi yang dapat kukaji sejarah keluargaku ni, setiap kali ada ahli keluarga yang meninggal dunia, pasti ada penggantinya yang lahir ke dunia.. Macam tahun kelahiranku, 4 pergi, 4 pula yang ganti.. (Diriku & 3 lagi sepupu lelaki) Begitu juga tahun kedua-dua sepupuku yang meninggal tu, kedua-duanya ada pengganti.. (2 lelaki pergi, 2 perempuan ganti)
Itulah yang membuat ku agak risau baru-baru ni.. Sebabnya, lepas arwah adik sepupuku meninggal bulan lepas, ku pernah bermimpi mimpi yang sama. Tahun ni pulak wife sepupuku yang kat Kedah tu akan bersalin.. Macam-macam yang ku pikirkan.. Astagfirullahal'azim.. Entahlah..akhirnya atas nasihat keluarga & teman2 rapat, ku berdoa minta yang terbaik untuk semua.. Andai dah sampai masa seseorang, tak dapat tidak kita kena terima juga hakikat tersebut.. Selalu kuingatkan diriku & adik-adikku agar sentiasa berbuat baik pada MamaAbah & semua orang, taat pada setiap suruhan Allah & jangan nakal2 sebab kita tak tau berapa lama lagi kita kat dunia ni.. Kat dunia ni sekejap je, akhirat jualah yang kekal abadi.. Ya Allah, takutnyalah bila kita dah meninggal nanti, tak ada apa dah yang boleh tolong selain amal baik di dunia, doa dari insan-insan yang mengingati kita & juga sedekah jariah yang kita sumbangkan dengan seikhlas hati.. Lagu Menanti Di Barzakh nyanyian kumpulan Far East tu cukup terkesan bagiku.. " Ya Allah, matikanlah kami semua dalam keadaan yang beriman & bertaqwa dan juga dalam keadaan yang baik-baik..Amin..
Di kesempatan ni juga, ingin ku memohon ampun dan maaf andai ada salah & silap selama ni.. Kepada seluruh keluarga, teman-teman & semua.. Tau, kadang-kadang ada yang terasa dengan diriku.. minta maaf banyak-banyak.. Halalkan makan minum, ilmu yang diberi selama ni ye.. Andai terdengar @ tau ku dah tak ada kat dunia ni, sedekahkanlah Al-Fatihah & surah-surah yang baik ye.. Andai ada buat tahlil, sampaikanlah sekali untuk seluruh muslimin & muslimat yang telah pergi.. InsyaAllah, besar pahala tu nanti.. Terima kasih atas sumbangan bakti kalian.. Hanya Allah yang dapat memberi ganjarannya..
Pesan Permata Hati.. Sayangilah apa yang ada sekarang, sebelum ianya hilang dari pandangan.. Lafazkanlah cinta & kasih sayang kepada insan-insan tersayang terutama ahli keluarga kita sebelum semuanya terlambat.. Harapnya semoga tidak ada lagi yang terlambat..
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Wassalam..
Monday, May 26, 2008
Travel Hujung Minggu...
Cuaca 2-3 ari ni mmg panas sangat2, rasa mcm terbakar je muka ngan tangan ni ( sbb betul2 mengadap matahari masa drive ) Air-cond pun tak tahan panas so buka jelah tingkap, ambil angin semulajadi negeri Terengganu Darul Iman.. Hihihi.. Masa alih gi tu byk pulak kerja2 penyelenggaraan jalan yg tak siap, so makinlah lambat perjalanan kami nak sampai.. Fikir2 juga, SUKMA tak sampai seminggu je lagi, sempat ke siap semua kerja2 tu yek?? Sebabnya kerja2 tu mmg mengganggu laluan jalan.. Tak seronoklah pulak untuk suasana" Perkampungan SUKMA " nanti kan.. Harap-harapnya semoga semuanya berjalan lancarlah nanti.
Akhirnya sampai jugaklah kat rumah pengantin, alhamdulillah. Comellah sangat2 pasangan pengantin ni. ( Tp sygnya emma lupa nak keluarkan kamera, maka takdalah bergambar ngan pengantin.. Huhuhu.. sedihnyalah ) Takpa, abi dah janji nak kirimkan gambar, tunggu jelah nanti.. Disebabkan Sabtu ni masih kat Langkawi, insyaAllah, maka nak tak nak, kena pergi jugaklah minggu ni majlis diaorang. ( Sahabat baik sorang ni mmglah kena pergi walau byk halangan pun..) So 31 ni, kalau tak jenguk muka, faham2 jelah ye B.. Semoga Berbahagia B-Ikin..
Hari Ahad pulak, hantar Umi ( my aunt ) ke Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.. Pergi berteman dengan Chu ( also my aunt) & Ebby ( my cousin ). Abah, mama & achik pula hantar adik ke Kem Motivasi kat Agro Semuji Resort ( masing2 saling berhantar..Hahaha..)
Kami bertolak dalam pukul 8 lebih, sampai Lipis pkul 12 lebih. Kami ikut jalan Jerantut - Kuala Lipis. ( Jalan kat situ memang berbengkak-bengkok, berbukit-bukit, tinggi rendah, rasa macam naik roller coasterlah pulak! Cukup bahaya..tambah2 lagi, byk selekoh tajam.. Fuhh.. betul2 menguji pemanduan.. Huhuhu..) Tapi sebab kat situ jalan teduh & dekat cket dari highway, lalu jelah. Lagi pulak memang dah biasa ikut jalan tu masa melawat Along kat Felda Sg. Koyan dulu, so takdalah bimbang sangat. Lagipun kita bawa dengan berhemah, insyaAllah okay. Alhamdulillah, selamat pergi & selamat balik, Umi pun dah selamat belajar.. Sebab berhemah sangat memandu, pukul 10 .30 malam baru sampai rumah..Hihihi.. Mama punyalah risau, setiap jam call ( Cian kat mama, risau kat angah ) Nak buat mcm mana, bertolak balik pun dah lambat, pas tu berhenti solat, mandi, rehat & makan. Takpalah, janji dah selamat sampai, alhamdulillah.
Tapi 2 hari travel tu, memang banyak jugaklah jumpa kereta accident, ada yg terbalik, ada yg jatuh gaung, ada yg remuk & macam2 lagilah.."Ya Allah, mintalah jauh semua tu.." Risaulah sangat bab2 accident ni. Sbb sejarah keluarga yg lalu banyak memori ngeri ( insyaAllah, ada masa nanti akan diceritakan pulak kisah2 sejarah ni ye )
Masa gi Lipis tu, bawalah diaorang ni jalan2 melawat rumah Chef Wan kat Sg. Koyan, rumah Siti Nurhaliza kat Kuala Lipis dan jalan2 kat Homestay Kuala Medang, Lipis. Sbb makcik2 dengan sepupuku sorang ni tak pernah gi tempat2 tu lagi. Memang berjalan sungguh2lah ari tu.. Nak rehat kat homestay mak2Ayah angkat, mereka takda. ( Masing2 balik kampung & ada yg gi kenduri, biasalah kan cuti sekolah ni) So bawa jelah mereka jalan2 tengok Homestay dengan Felda.. Masa nak gi rumah Chef wan ngan Siti pun berpusing2 jugak cari sbb ingat2 lupa.. ( Maklumlah, lepas along transfer ke Melaka tahun lepas, dah dekat setahun tak jejak kaki ke sana ) tp jumpalah jgk akhirnya.. Tapi terpikir2 jugak sbb apa mesti tunjuk rumah 2 insan ni yek, tambahan lagi kita2 ni bukannya peminat fanatik mereka?? Jawapannya, mungkin sebab mereka ni orang Pahang yg famous, mungkin menjadi satu tarikan kot.. Sebab memang ramai yg gi melawat rumah diaorang ni. Walau tak dapat jumpa tuan empunya diri, tengok rumah pun jadilah.Hihihi.. Satu lagi dewan kawin Ziana Zain dulu ( kat Raub ) itu pun org nak tengok jugak. Tak faham sungguhlah?? Kat Kuantan pulak, rumah mak Norman Hakim kat Taman Guru tu jd tumpuan. Tapi tak pernah gi & tak tau pun kat area mana.
Itulah yang peliknya. kat tempat orang, kita boleh tunjuk@bawa jalan2 sedara & kawan2 tp kat tempat sendiri, 60% tempat2 je yg tau. Pelik kan kan??
Tapi Permata Hati tetap berpegang pada prinsip " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri ". Yalah kalau hujan emas, ramai plak yg datang merompak nanti, dah tak aman. So biarlah hujan batu, kurang2 boleh buat tembok penahan. Hihihi.. Lawak yg mungkin tak berapa lawak..hahahaa..
Okaylah, cukup untuk setakat ni dulu..
Sebelum tu nak ucap Selamat Pengantin Baru buat Abi-Ikin, Fini-Yahya, Zaki-Munie, Ina-Duan, Iela, Diana, Ina, Kak Dayah & Kak Ida dengan pasangan masing. Selamat Melayari Alam Rumahtangga dalam rukun dan damai & didoakan semoga semuanya berbahagia hingga ke akhir hayat, insyaAllah. Amin.. Minta maaf banyak2 bagi undangan yang tak dapat dipenuhi ye.. Semoga majlis2 anda sentiasa berjalan lancar. Wassalam.
Friday, May 23, 2008
Tazkirah..
Tazkirah untuk hari nie yea……..
MENGHORMATI AZAN
Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita
amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan
hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri
tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika
azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka
kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun
nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."
Dosa Berkuku Panjang
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang
babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung
untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
Wassalam…….
Permata Hati MakNgah, Abdul Rahman...
Buah hati kita yang sorang ni... Namanya Abdul Rahman...Lahir pada 07/10/2006 bersamaan 15 Ramadhan... Semoga menjadi anak yang soleh... insyaAllah... Menjadi kesayangan semua orang... Sayangnyalah kat dia.. maklumlah dah jaga dari lahir sampailah umur hampir setahun... Dah macam anak sendiri...
Mana xnya, ibu dia xtau apa2 lagi kita dah pun mimpikan dia.... Entahlah lepas along kawin, harap sangat dapat baby yg comel cepat2... alhamdulillah ada juga rezeki awal... sebab teringin sangat nak main dengan budak kecik ni...
Lihat dia membesar dari kecik, setiap perkembangannya kita perhati, rasa seronok sangat... Belajar dari pengalaman untuk masa akan datang... Huhuhu... Bila??? InsyaAllah... panjang umur sampailah masa tu... Amin...
Buat masa ni tengok jelah gambar2 dulu ye, nak tulis pun dah xda idea dah... Huhuhu....
Personaliti Diriku....
Salam... Eeemmmm... Diriku sebenarnya mcm mana ye???
Senang je.. boleh dikategorikan sebagai orang yang sederhana je dalam semua hal...
Mungkin mudah mengenaliku dari perwatakanku... Ye ke??? Xtaulah.. Jawablah sendiri...
Dulu diriku memanglah seorang yang amat pemalu... ( Entahlah dah semulajadi, nak buek cam mano...) Hihihi... Sekarang je dah kurang sikit.. itupun sebab dah selalu jumpa dengan orang2 yang happy good lucky.. such as.... ( xyahlah mention nama... nanti xcukup space plak... ramai sangat... Hahahaa...)
Diriku sebenarnya boleh tahan jugak dalam bab2 marah ni.. tp depend pada situationlah... Marahku akan tiba2 datang bila dah berpuluh-puluh kali bagitau perkara yang sama tp buat xfaham2 lagi... Haaa.. mmg siaplah ku membebel... tp marah dan bebelanku xlahlama.. Paling lama pun mungkin 15 minit... Penat ooo marah lama2 ni...Huhuhu... Yang paling bestnya setiap kali klau marah mesti adik2ku lah yang kena... Mana xnya, diaorang jelah yg selalu buat diriku marah pun... xda org lainnya... ( Al-maklumlah adik2 ku semuanya lelaki...) Tp marahku selalunya diakhiri dengan senyum ketawa... sebabnya budak2 ni sukalah buat lawak yang xberapa lawak, sebab tu boleh gelak... Huhuhu...
Kalau nak tengok kita marah... cubalah buat nakal2 ye!!!
Diriku juga sebenarnya memang jenis yang suka kat satu2 perkara je... Contohnya apa je pemberian mamaku @ kaklongku @ barang yang ku beli sendiri, memang akan kugunakan selalu sampailah barang tu hilang @ rosak @ lusuh @ yg seumpamanya.. Barulah akan ada ganti yang baru.. Untuk buat koleksi, belum sampai masanya lagi kot... bukanlah berjimat sangat tp dah memang ku bukan jenis yang suka bershopping @ berkoleksi.. Lagi satu diriku pulak mmg jenis yang xsuka keluar tanpa urusan tertentu... ( Sebab tulah agaknya ku xberapa ada ramai kawan bab keluar2 bandar ni - sbb boleh dikatakan jarang sgt org perempuan ni xsuka bershopping... Huhuhu...)... Tapi sekali sekala tu.. adalah juga... Maybe 2 bulan sekali, jumpa kawan2 lama yg balik bercuti....
Sama jugalah dengan pilihan hati rasanya... Diriku sebenarnya seorang yang sukar menerima 'seseorang' & sukar juga untuk melupakan... Tunggu jelah nanti ye berita baik yang terbaru...
Selain itu... kenal jelah macam biasa... Sebab diriku memang biasa pun, ada kelebihan ada kekurangan... sama je mcm org lain... ( Byk lagi nak tulis sebenarnya, tp byk lagi keja nak disettlekan ni... Huhuhu...)
Oklah, pesanan terakhir dari Permata hati sebelum mengundur diri... Jaga diri hiasi peribadi... Jaga iman, hiasi taqwa... Jaga akhlak, hiasi silaturrahim... Assalamualaikum....
Thursday, May 22, 2008
Family Kesayanganku....
Keluarga, family... sama jelah tu... tetap menjadi kesayangan...
Keluargaku sekarang dah menambah ke 9 orang... Abahku, Mamaku, Kaklongku + Abg iparku, Abg Hafiz, Alang, Achik, Adik & si kecil yg comel, Abdul Rahman...
Alhamdulillah... akhirnya dapat jugak anak buah sorang... Huhuhu... Seronoklah sgt bila budak kecik sorang ni lahir sebab memang dah lama nak ada budak kecik dalam rumah...
Lepas 13 tahun baru dapat budak kecik, itu yang seronok sangat...
Xpalah.. pasal budak kecik sorang ni akan ditulis lain kali.. sebab memang byk sangat cerita dari dia kecik sampai umur setahun 6 bulan ni...
Apa2pun... sayangilah keluarga anda dengan sebanyak sayang.. xrugi pun malah dapat pahala lagi...
Pesanan ikhlas dari Permata Hati.... Sayang Semua... Semoga sentiasa dalam Rahmat & Perlindungan Allah hendaknya... Amin...